Saturday, April 23, 2011

Small Stall.A polite Worker.

Assalamualaikum.
Salam sejahtera ke atas kamu!


Semalam ayah tak kerja.
So ktorg breakfast sama-sama kat gerai roti canai.
Even gerai tu kecik,kedudukan pun kat simpang jalan je,
tapi roti canai dia best.

Namun begitu,roti canai yang garing lagi sedap bukanlah tajuk utama cerita ini.Ehem ehem.


Kedai tu bukak lambat.
Pukul 8 lebih baru beroperasi.
Maybe sebab yg urus kedai tu,dua org je.
Yela gerai kecik kan.
So aku selalu la frust sebab tak dapat pekene roti canai dia pagi2 before keje,
dapat lalu depan gerai tu pun jadila~amik bau.Hahah!

Ada sorang pekerja ni,(kat gerai tu ada dua je yg keje,bos and budak ni)
tiap kali amek order,senyum kemain.Lelaki ye.
Manisss je muka dgn pelanggan (^__^)
Jari dia akan menunjuk arah,dengan menggunakan ibu jari tangan.
u know wat i mean??u know wat i mean??? !
camni:

Gemuknya tangan...(==)''

Tiap kali dia pulangkan baki duit,or nak hantar hidangan,dia akan tunduk hormat and hulurkan duit dengan cara macam ni:


Tak pun camni:


Cara memberi barang @ memulangkan duit sangat penting ketika urusan niaga.
Tu etika yang diajar time aku part time dulu.
Budak ni praktikkan.
Even kat gerai kecik.
Memang berbunga2 la hati kami sebagai pelanggan.
Kalau kat restoran grand2 tu normal la kan.

Lepas habis breakfast semalam,dan nak bredar,budak tu dekati ktorg.

"Pakcik,selama saya kerja kat sini,saya mintak maaf ye jika ada tsalah laku and layanan.
Harini last saya kerja sini,hujung minggu ni dah nak sambung blajar smula dah''

Budak tu bercakap dengan rendah suara.
Ayah aku tak ckp pape lagi,aku yang jawabkan

''Takpe2,awak x wat salah pape pun,ok2 je seme"
Heeeeee.

Dalam kereta ayah gitau,budak tu akan sambung Master.
Sopan & pandai.
Goodluck ye budak!
Orang sopan macam tu berhak dapat doa dari seme~ =)


-Sekian-


Sunday, April 17, 2011

Penipu keji

Assalamualaikum

Salam sejahtera ke atas kamu!

Rakyat Malaysia dkenali dengan sikap pemurah.Betul ke??
Maybe betul..Dats y meminta sedekah boleh dijadikan "kerjaya".
Dan kerana "kerjaya" itulah,ramai yang betul-betul memerlukan tertindas.


Citer 1


Time ni aku kat terminal Larkin,Johor Bahru,nak balik Kuantan.
Sementara menunggu bas bergerak,ada sorang makcik,
dengan muka sedih,bawak anak dia naik bas.
(Dalam gambar yang tak brapa jelas ni,anak makcik ni,yg duduk atas benda kuning tu,makcik tu,yg berbaju ungu duduk di tiang)
Then mintak sedekah dari seat ke seat.
Terdetik 'orang ni betul2 susah or x?'
Tapi bagilah jugak.
Kalau betul dia susah,kita dapat bantu.
Kalau dia tipu, "ko sendiri jawabla dgn tuhan"

Dia tak habis round seat ke seat lagi,driver bas dah halau.
Eh,kejamnya pakcik ni.
Tapi,rupanya 'kejam' bersebab.

"Inilah masalah rakyat Malaysia,pemurah sgt tak soal selidik dulu orang yg mintak derma tu.
Saya bukan nak halang awak semua buat baik,tak,
tapi saya dah kerap sgt bawak bas ke sini,saya dah kenal sape makcik tu.
Awak ingat dia betul-betul susah ke?Tak!
Henfon dia tak main la macam kita-kita ni,
yang mahal2 dekat sribu tu sbijik kalau awak semua nak tahu!
Dia tak bawak anak dia mkn kat gerai2 tepi ni,tuh,tiap2 tengahari bawak anak ke KFC.
Tu,peniaga buah tepi tu nak bagi buah yang dah tak dijual pada dia,
anak beranak sombong,taknak trima.
And bukan dia sorang buat keje tu,entire family buat.Dia and anak kecik tu naik bas ni,anak-anak yang lain kutip kat bas lain"

Okeh.Tersentap.Baru je nak berfikiran positif.


______________________________________________________________________

Citer 2

Ayah ke stesen minyak untuk pam tayar keretanya..
Dari jauh,dia nampak sorang budak laki mengheret basikal buruk menghampiri dia.
Bermuka kusam,berbaju lusuh.

"Pakcik..boleh tak mintak rm2,saya lapar nak bli makanan..air saya dah ada ni"

Ayah tak endah.

"Pakcik..boleh tak mintak rm2,saya lapar..air minum saya dah ada"

Budak tu repeat,mungkin dia ingat ayah tak dengar...

Sekali lagi ayah tak endah.
Budak tu berlalu.
Waktu tu baru ayah tengok dia betul-betul..

Budak tu masuk longkang,kutip tin2 kosong,masukkan ke dalam kotak pada basikal dia.
Jalan & jalan lagi.

Ayah berhentikan kereta dekat budak tu.
Ayah hulurkan RM2.

"Terima kasih pakcik..."

Then ayah terus drive ke hospital,tempat ayah bekerja.
Otw balik,pusing kat bandar,dia terserempak dengan budak tadi,
sedang kutip2 tin kat tepi2 jalan.

Ayah brek kereta mengejut,membuatkan kereta belakang dia time tu marahkan ayah.
Ayah tersentak.

Budak tu rupanya betul-betul miskin & lapar,bukan buat-buat.

Ayah hulurkan duit extra.

"Eh,apa ni pakcik,byk sgt ni.."
Walaupun duit yang ayah mampu hulurkan time tu tidaklah banyak.

'Adik dah mkn?'
Ayah bertanya.

"Belum pakcik.Lepas saya dah siap kerja nanti,saya makan"

'Okeh2,adik teruskanlah kerja,tapi jangan tak makan ye'

Dalam kereta,ayah menangis....huuuuuu (T__T)

Besarnya kesan penipu kepada orang yang betul-betul memerlukan.



-Sekian-

Thursday, April 14, 2011

Tom & Jerry

Assalamualaikum..salam sejahtera ke atas kamu!

Sape suka dengan kucing, angkat tangan macam saya!!!soley~soley~
=D

Kita dah biasa tengok kucing telentang buat muka comel+innocent+muka mintak penampar.eh,friskies tu,kan??


Kali ni,meh nak show lawan kucing yang tak kurang comelnya,meniru-niru aksi comel si kucing,mintak belas kasihan.
Inilah kisah tom & jerry.
Hahaha.
Seeeeee...En.Jerry pun pandai telentang ma....

=D

Sebelum telentang tu,dia menguap dulu 2 3 kali.
Haih..awatla wat camtu..
Kan aku da 'jatuh hati'


Gilo sudeyh...(==)'


-Sekian-

Tuesday, April 12, 2011

Moh kita berkemahiran!

Assalamualaikum..Salam Sejahtera ke atas kamu!

Baru-baru ni join Prof Noriah gi meeting NCWO
(National Council of Women's Organization) zon Pantai Timur.

Saje-saje join,sbb diajak.
Walaupun tak tahu motif.
Asalkan dapat makan sedap kat hotel 5 bintang.Hahaha =P

Meeting ni dibuat di Zenith Hotel,Kuantan.
Actually Prof ajak temankan dia & sekaligus dedahkan aku and Hayati dengan benda-benda macam ni.

"Daripada awak berdua duk rumah tak buat apa,baik ikut saya"

Baekkkkk.

Prof dilantik tak pasal2 mnyandang timbalan NCWO.
Bkerut2 dahi dia,sbb dia takmo jawatan tu.
Tapi senyum dalam keterpaksaan sepertimana gambar di atas...=D

Presiden NCWO ni adalah Dato Maznah Mazlan.
Kebanyakan yang hadir plak wanita2 berjaya sperti arkitek,doktor,businesswoman and else.
Oh rendahnya trasa diri ini (T___T)
Rasa mau jadi mcm mereka even tak terer mcm mereka.wuwwu~

Pengisiannya,aku rasa tak byk.
Maybe sbb 1st time join.
Tapi,pas dengar ceramah Dato Maznah,baru terfikir,
tingkatkan kemahiran pada diri,yg boleh tingkat pendapatan.
Dapatkan sijil2 kemahiran yang boleh jana pendapatan.
O ye.Aku minat menjahit.
Y not gi kelas menjahit??
Lombap aih.Nak tunggu ceramah camni ke baru nak terfikir (==)''


Kemahiran terbahagi kepad 5 level.

Misalannya kemahiran menjahit.

Level 1 : Pandai menjahit baju kurung,baju melayu leher bulat.
Tp still takleh amik upah,sbb kualiti jahitan tak lawa lagi,baru basic level.

Level 2: Kemahiran menjahit baju kurung dah diperbagaikan,dah boleh menghasilkan baju kurung moden,baju kebaya dan sebagainya,also baju melayu dah boleh jahit leher cekak musang.
Dah boleh trima upah.

Level 3 : Dah boleh bekerja di kedai2 jahit,dah boleh dihired.
Pakaian yang dijahit,selesa and serba cantik.

Level 4: Dah boleh bukak kedai jahit.

Level 5: Dah boleh bukak kelas@akademi jahitan.

Begitulah jugak dengan kemahiran-kemahiran lain
seperti andaman,perpaipan,elektrik,kimpalan dan sebagainya.

Ada orang yang memiliki kemahiran2 ni,tapi takde sijil.

So if dia tiba2 nak bukak kedai or pape yang memerlukan sijil,
dia boleh dapatkan sijil,
dengan syarat dah ada pengalaman menggunakan kemahirannya,selama 3 tahun.

Kerja susah nak dapat nowadays,
tambahan pulak,prempuan,
yang perlu bersaing dengan laki2,dalam industri.
So,kemahiran2 macam ni yang boleh bantu tingkatkan taraf hidup.

Maybe jadi sampingan.

Mau ke kelas menjahit..Kat mana ya di Kuantan???

(^^)v

-Sekian-

Friday, April 8, 2011

Scanning???


Salam Sejahtera ke atas kamu!

Dah lama tertanya2 hal ni.
Biasa tgk kan org lepak,dengan kawan,kat restoran or mall ,lama lak tuh?


Tapi kalau sorang2,tmenung lama2,tgk org kiri kanan atas bawah, tak rasa hairan ke,

what are they doing actually???


Gambar atas ni adalah contoh situasi,di kedai makan time aku breakfast before masuk kerja.
Lama dia termenung sorang2,org lain dah mulakan kerja,sampai la customer dah sampai,dia
still menetap kat situ.

Think positive...Maybe mereka2 :

-Saje boring2 tgk orang lalu lalang,tgk gelagat orang.
-Kepenatan..
-Sedang bermuhasabah diri.
-Sedang fikir problem or sedang plan nak watpe pastu kowt?


Eh.Eh?Pehal lak aku yang sibuk2 hal diorang nih?

'Orang tak kacau ko,ko pehal?ko takyah ar amek kisah.
Ni ko yang perhatikan orang lbih2 lak kan.'

Sebab orang macam ni menakutkan aku bila dia tgk kita segenap inci dari atas sampai bawah.Scanning??

Tak salah kan mereka kalau kita yang berpakaian cam sarung nangka and pakai 'baju adik2'.
Tapi kalau dah pakai baju kurung longgar pun pandang macam tu...
Tambah2 baju sekolah.

One day aku balik skolah,berbasikal 3 orang.
Singgah kedai goreng pisang nak minum ABC.
Sorang pakcik ni yg tgh lepak2,obviously tgk dari atas sampai bawah.
Terus kami2 tak jadik singgah.Tapau jelaaaaa.
Gerun.

Pe ke heinye pokcik???
Seksi sgt ke baju skolah besar gdabab compang camping kami ni??


-Sekian-

Stairs

Salam sejahtera ke atas kamu!

Pagi ni nak cakap pasal tangga.

Gambar di atas merupakan gambar tangga,bagi mereka yang masih tak kenal apa itu tangga.
Tangga merupakan binaan yang bertingkat2,yang membolehkan kita naik dan turun.
Ye,kerana tangga lah kita boleh sampai ke tingkat atas,kerana tangga juga lah kita boleh turun ke tingkat bawah.
Tangga sangat bermanfaat ketika lif rosak.

Sekian definisi tangga. =D


Sbenaonya aku nak cakap fungsi tangga ni kat aku sepanjang aku bosan2 keje kat cni. (^^)v

Smenjak da keje,baru aku faham,prasaan maleh yang mnebal membuak2 utk bsenam.

Maleh yg melampaui batas2 normal manusiawi.Eceh.
So aku mencabar diri snirik utk sama skali tidak menggunakan lif time keje.Yeah,i dare myself!!

Punya la da lama xbsenam,nak sampai aras atas skali tu,level 5,rasa nak tercabut paha.
Ni mesti 15kg kat kaki saje.
Tu yang rasa nak jatuh tgolek2 kat tangga tuh.Haha
Kalo bleh rasa nak tinggal jap peha kat situ,da hilang penat,gi kutip balik.bole ke camtu??(==)'


Even fungsi tangga pd ksihatan nampak kecik jek,tapi beberapa perkara pasal kesihatan yang kita boleh detect,apabila menggunakan tangga:

-Baru sedar berat badan macam gajah.

-Kekemasan lutut boleh disedari (betul ke istilah kemas tu),
kalau rasa kaki mcm tercabut tu,ado maknoooo la tu.

-Suka hati je jalan laju2,kaki no poblem ma.
Tapi suruh je turun naik tangga,tiba2 leh rasa sakit.Owh,ada poblem rupanya kaki aku.

-Mengah2,stamina semput tak cukup fit.



Hargai tangga di sekitar anda anda =P

Tak berkesempatan beraktiviti panjat gunung?
Moh panjat bangunan tinggi.



-Sekian-



Saturday, April 2, 2011

Tot tet tot tet

Salam sejahtera ke atas kamu!

Cuba teka,apo bondo eh tajuk ni??
(^^)v

Cerita mak yg baru balik dari surau.

Mak:"Ngah,bukak pintu ni".
Tgn mak ada barang,pulut kuning dibawak balik dari surau.

Mak:"Nah.Brebut dgn budak2 nak membolehkan dapat pulut kuning ni.Time moreh kemain diorg brebut makanan.Time solat,borak je lebih spanjang org bjemaah.'Tot Teettt Tot Tet'.Bila masa diorg smayang ntah".

Aku:"umur brapa dak2 tu?"

Mak:''Paling bsar darjah 5 kot"

Loh....

Haish.Budak2~Haha


"Tot tet tot tet" = Bunyi bdk2 borak.
Comel kan? =P

A Gift~

Salam Sejahtera ke atas kamu!

Hari ni pergi jalan2 Kuantan utk cari barang.

Buat si Bongsu,
Abg,akak ipar,aku & adik share skit sorang utk blikan
hadiah fon kpd bliau atas kputusan exam bliau.

Mak oih..crewet nao taste.
Nak yang kecik,
Nak yang comel2 je design.
Jiwa estetika betul.
And fisrt design yang dia nampak cantik,kaler pink!!

Si bongsu ni laki okey.Laki.
Aku tolong usha kan design fon,sambil2 tu,dia pergi cari kasut.
Cari kasut saje dah sparuh hari nak cari yang dia berkenan.
Belum lagi habiskan keje-keje usha fon.
Sementara nak tunggu dia wat keputusan,sempat la aku gi shopping shawl selai dua ~ =D


Sony Xperia.


Fon ni comel & harga dalam bajet.
Bulat penuh mata adik aku tgk.
**Blink2*

Cute,kecik.Design cun.
Touchscreen & keypad.
Camera 5mp,ada wifi seme tu.
Tapi kekurangan dia,bluetooth hanya boleh sesama model ni jek.Owh sayang.

Rasa cam taknak blikan utk bliau.
Bli kat aku la.Hahaha


So tak jadi.
Suh bliau tgk design fon2 lain,tak minat.


Penat jek nak nunggu mamat neh pilih.
Last2 brainwash dia suh minat yang ni:

Sony Hazel.

Mula-mula dia tak minat.Besar la,apa la.
Tapi bila da bagi dia pegang,senyum tak henti2..
Budak2~ =D

Seronok jek rasa bagi hadiah kat org.
Tambah-tambah kalau yg bila da dapat senyum tak henti2 camtu.Hahaha.
Next time nak bg hadiah lagi la kat sape2.**Wink2

Abg,Kakno,Kakcik.
Mission Complete!