Tuesday, December 18, 2012

Ujian Fizikal Bomba

Assalamualaikum.

Salam Sejahtera ke atas kamu!

Wow dah setahun tak menulis.
Alhamdulillah dah selamat bergelar Puan Isteri sudah lebih 3 minggu.
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Sebelum ni dah berkali kali terfikir nak share pengalaman melalui ujian fizikal bomba yang bagi aku memang pengalaman menarik. Last year. 
Macam ala ala jungle tracking gitu :p


Pertama sekali nak melalui ujian tu of course memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Memang aku sangat berminat dengan unit beruniform coz smart. Ngeh ngeh.
Ujian yang dilalui ni adalah bagi jawatan Pegawai Penguasa Bomba KB41. Tapi rasanya semua jawatan pun akan melalui bentuk ujian yang sama.

Sebaik dipanggil menjalani ujian ni, aku ditemani housemate kerap jugak la ke taman Cyber untuk jogging, pada awalnya SAHAJA. Tapi makin dekat tarikh ujian, makin malas.heheh.

Ujian adalah pada hari Sabtu.
Cuti kerja start Khamis.
Jumaat ke Jabatan Bomba Kuantan.

Omang Aih!!Ramai yang datang training. Jam 3 petang. Panas + Nervous. 
Ujian yang paling ramai failed adalah ujian panjat tali.
Encik encik bomba yang ada sudi ajar aku. 
Tak sampai suku panjat, jatuh. OMG.OMG.Cane neh.
Balik umah sakit seluruh badan.
Malamnya mak ayah suruh makan banyak2 sebab BMI low.


Esoknya tawakkal jela =='
Pagi pagi ayah bawak gi makan breakfast berat2,sekali lagi usaha nak naikkan berat.

Sebaik sampai, memang ramai budak dah tunggu. Calon perempuan yang ada seramai 27 orang. And sepanjang menunggu, entah berapa kali dah berulang alik ke toilet. Minum air banyak sangat breakfast tadi. 

 Seeeeeeeeee. Tengok dari bawah ni macam pendek je kan tali ni. 4 meter setengah. Tapi bila dah kat atas, gayat juggeks!


 Perkara pertama yang pihak bomba lakukan adalah memeriksa fizikal.

1. BMI : Jika ada yang mengalami kurang berat, maybe anda boleh buat macam ni ; sebaik berat ditimbang, ketika tinggi diukur, bengkokkan sikit lutut untuk kelihatan rendah, tapi jangan obvious sgt. Maka balance la BMI. Got what i mean? Ngeh ngeh. BMI kalau tak lepas, maka sila lah balik awal. Time ni ada sorang calon perempuan yang sangat kurus. Ibu bapa yang menemani dia tolong merayu, akhirnya lepas. Tapi rayuan tersebut tak dilakukan depan pegawai SPA. Kawtim meh ~

2. Ujian Penglihatan : Pegawai bomba akan menguji penglihatan dari jauh (sama macam ujian kita biasa buat di klinik, yang tengok abjad kat dinding tu......). Kemudian ujian contact lense. Mereka akan check seorang demi seorang. 



3. Kawad kaki : Calon dikehendaki berkawad sejauh lebih kurang 3 atau 4 meter seorang bagi melihat keadaan kaki, tangan dan bahu.

4. Pemeriksaan bentuk badan : Calon wanita dikehendaki menanggalkan baju (dalam bilik) dan diperiksa oleh pegawai wanita. Tujuannya bagi memeriksa parut pembedahan, kecederaan badan dan...body allignment :p 

Apabila semua ni lepas,maka bermula lah ujian pertama. Panjat tali. Tak lepas ujian ni, maka failed seluruh ujian.
  Semua calon lelaki melepasi ujian ni. 
Tapi hanya beberapa calon wanita yang lepas. Of course me not included. Hahah! Setelah berjaya panjat 3/4m. Berenti amek nafas. Gedebuk jatuh  (==)'

Trust me, kasut yang betul paling membantu. Kitorang time ni pakat share kasut sorang calon tu,sebab kasut dia best & nasib baik dia sporting. Kasut ala ala Converse yang macam budak skolah pakai tu yang terbaik. Getah mencengkam baik pada tali.


Ujian kedua adalah mengangkat berat. Ketika ini bantuan diberikan kepada calon wanita. Kalau tak tolong rasanya ramai yang terlepas atas kaki .hehehe. Menurut pegawai bomba disitu, hanya ujian memanjat tali sahaja yang tak boleh ditolong.Sebab ujian panjat tali dilakukan betul betul depan pegawai SPA. Yang lain lain, kelonggaran diberikan. Wanita perlu mengangkat pemberat tersebut sehingga ke paras pinggang manakala bagi lelaki, perlu mengangkat melebihi paras  pusat.
Berat pemberat tu, I guess lebih kurang berat tong gas yang berisi hokeyh.

 Ujian ketiga adalah memanjat menara bomba. Alat keselamatan dipakaikan. 

Seterusnya, ujian bagi mengangkat tangga ni dengan balance. Nampak ringan, tapi berat actually.

Dan.... Ini je peserta wanita yang berjaya. Aku ni kira datang amek pic jela. Reporter. Hahah.

Sebaik sahaja menerima panggilan ujian fizikal begini, sila lah buat training di Balai terdekat dengan anda, sebab mereka memang open balai seminggu sebelum ujian ,sehingga lewat malam sekalipun.Pasti ada yang sudi memberi tunjuk ajar.

Sekian, bagi yang akan melalui semua ni, goodluck!  =)