Selamat Ulangtahun perkahwinan yang pertama to me &
husband!
10 Muharram yang lepas, Khamis, setahun genap kami sebagai
suami isteri. Alhamdulillah. Semoga jodoh & rasa cinta antara kami kekal
hingga hujung nyawa. Segan nak tulis ‘till Jannah’. Coz tak baik mana pun diri
ini,banyak kena usaha (==)’.
Rasa macam baru je lagi jadi pengantin, gelaran ‘suami’ tu macam
baru je nak serap dalam saraf-saraf otak ni.
Rasa macam banyak kali nak kena ingatkan diri sendiri ni ‘Aku isteri
dia.Aku isteri dia’. Bukan pe, feeling GF-Bf lagi. Ngehngeh. And yes, sesi
berkenalan tak habis lagi. Fu ~
Perkenalan bermula bila aku ditempatkan untuk Latihan
Industri kat Isuzu Pekan. Under PC Department (lupa dah PC tu apa,personal
computer aku tau la:P) . Pejabat aku di atas, dia diaras bawah. 3 bulan je training nya.
Bulan Julai-September 2009. Time tu umur aku 22 tahun.
Isuzu, majority nya lelaki. Orang kata, kat situ makcik
cleaner pun glamer. Haha. So HR
awal-awal lagi nasihat, kalau ada bunyi ‘swit2’ tu, buat dunno jela. Yela, bila
tgk environment keje kat Isuzu tu pun, bagi aku, memboringkan~! Enjin.Spare
part.Mesin.Kereta.Tayar.Enjin.Spare part.Mesin.kereta.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Boring~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mana tak kacau org jadinya pekerja-pekerja kat situ. Sekarang
aku tgk dah lawa sikit, landskap dah banyak. Bertambah banyak pokoks-pokoksss and munge-mungeee~
Tiap-tiap pagi, ada 1 port yang setiap pagi sebelum start
bersenam, berkumpul budak-budak laki kat situ. Dan tiap-tiap pagi jugakla aku
terpaksa melintas situ untuk ke office. Dalam ramai-ramai tu, ada 1 suara yang
constant setiap pagi beri salam. Tapi aku tak tau suara sape. Segan aih nak
pandang. Kalau time tu aku bawak botol air, tiap-tiap kali bawak tu la dia
tegur botol air aku tu cun. Tapi memang cun pun botol tu,kaler pink! Hahah. Ada
lagi sampai sekarang :D
Lepas lama macam tu, tiba-tiba 1 hari, dapat sms dari
someone.
“Salam, ni Maisarah ke,yang praktikal kat Isuzu Pekan”
“Nope, saya praktikal di Semambu,sape ni?”
“Eh,bukan awak ke yang pakai baju biru tadi?”
“Hari-hari saya pakai baju biru” Hahahahahaha!
:D
|
Baju biru blup blup |
Seronok berbalas SMS dengan dia ni. Dengar suara through
phone pun bunyinya matured. Walau tak kenal sape. Tapi lama-lama cam
segan-segan pun ada nak datang praktikal. Sape dia ni..sape dia ni..
Lama-lama, dia nak perkenalkan diri. Satu hari, on the way balik jalan
kaki keluar dari kilang, tiba-tiba ada orang laki jalan sebelah ,seiring jalan,
buat muka ‘selenge’ je. Oh, dia rupanya. Tinggi macam galah.
Comel ;)
Dia suruh teka berapa umur dia.
"28"
Terkedu orang tu.
"Baru 25 la cik adik"
Ingatkan yang keje kat situ seme dewasa. Ada jugak yang muda belia lagi rupanya :P
Mungkin dah jodoh, selesa sangat berkawan dengan dia. Time
sedih-sedih dia bagi nasihat yang kadang-kadang tak terlintas dek kepala otak
aku. Yela, maybe sebab beza 3 tahun, bekerja, dah lebih dulu bergaul dengan
macam-macam orang. Macam abang-abang. Macam mak-mak pun ada kalau dah start
membebel :P
Satu hari, dia ajak keluar. For the 1 st time .Sebelum
keluar, dia terus bawak jumpa mak ayah dia. Okeh,touching. Bukan senang nak
jumpa yang ikhlas zaman sekarang. And,nasib baik dia perkenalkan dengan mak ayah dia. Kira sempat jugaklah aku jumpa dengan arwah MIL. Wuwuw~
Dia nak jumpa parents aku plak, tapi aku yang takut nak
bawak. Tak habis belajar lagi dah nak bercinta, bawak balik bakal menantu.
Gatal ! Uuuuu..
3 tahun, tapi memang
susah nak jumpa dia .Kadang-kadang rasa tak tabah dengan hubungan kami.
Istikarah, nampak dia. So stick dengan dia.
Aku belajar di Johor,dia bekerja di Pekan. Kalau
balik Kuantan sekalipun, no dating. No no no~ Bila dah kerja, aku di Cyberjaya
pulak. So kalau nak jumpa,harap time dia datang KL je la.
Akhirnya lepas aku hampir setahun bekerja, kami decide untuk seriuskan ikatan.
Walau dah tau duit tak cukup, gamble jek bincang dengan family tarikh bertunang
& kahwin.Lepas dah bincang tu la baru mai kecut perut. Mana nak cekau duit Ooooo~
Rezeki dari Allah untuk diri masjid, dalam masa setahun
sempat kumpul duit + bantuan mak ayah adik beradik,& family si dia, maka kami mengikat tali
pertunangan 25.8.2012.
Ikatan selama 3 bulan. Tapi tu pun sempat menyelit gaduh
yang banyak. Tu pun of course aku la yang byk meroyan. Cemburu curiga sensitif & macam-macam feel yang ntah pape semua ada! Nasib baik 3 bulan je! Fu
~
Preparation untuk wedding memang memenatkan. Tapi semua rasa
penat tu automatik hilang lepas si dia selesai membaca akad nikah,dengan
lajunya!Haha. Magis.
Lepas nikah, duduk serumah, macam-macam karakter si dia yang
baru dikenali. Kadang-kadang ada tersalah faham sebab sedang ‘mengenali’. Betullah
orang cakap, lama mana pun ‘couple’, perangai sebenar lepas kawin itu lain. And
mengenali karakter baru dia, buat aku makin sayang.
Masing-masing tak perfect. Tapi pasangan yang dikurniakan dari Allah ni, nampak perfect di mata aku. ❤❤❤