Salam sejahtera ke atas kamu!
Tadi tengah rehat, terkenang pulak zaman
belajar yang mana antara aktiviti yang mewarnai hidup time tu, kerja part time!
Kalau tak silap, start sem 2 (1st year) lagi dah start buat kerja
part time. Sebab? Awal-awal sem banyak giler masa free, makin banyak masa free
makin banyak duit untuk dihabiskan.Warghhh.Joli-joli.Heheh. Biasala time tu
baru kenal dunia ‘luas’ , tambah plak awal-awal sem dulu join kelab tarian,time
menari tu di mekap kaw-kaw punya, po laie, dari situ la start belajar mekap
bagai. Pastu beli sikit-sikit. Sikit, tapi zaman student mana de duit meh.
Murah bila dah keje, mahal oooo bila masih bergelar student.
Ada dua aktiviti aku aktif awal-awal sem
dulu, kelab silat & kerja. Silat best, selain belajar banyak ‘bunga’,
banyak juga menjelajah Johor kerana aktiviti dia. Tapi, its cost money. So..i
choose to be more focus pada part time! Baru duit masyuk~ selain masa yang
diperuntukkan pun sama jek, petang2.Consider aktiviti riadah la tu~
1.
Staf kat Cybercafe Kolej Kediaman
Menapak 2 3 langkah je CC tu dari
bilik (okeh over). Dekat sgt, tak penat, & tak perlu belanja pape. Dari
situ aku kenal ramai orang, & banyak pengalaman.
Dari 1st year sampai final year
aku stay situ. Dah kacip dgn bos yg sporting.
2.
Jual bunga time konvo
Yang ni join kelab silat. Seronok. Join
venture dengan penjual bunga sebenar. Tengok & belajar menggubah dari orang
tu. Dan yang paling seronok sebab sambil-sambil jual, leh raikan konvo
senior-senior.
3.
Join Digi buat
promotion DigiCampus
Mostly yang join ni Chinese. Aku
join jugak sebab classmates Chinese ajak. Tapi yang ni tough sikit, sebab yela,
nak approach orang untuk beli benda yang tak pernah diorg dengar lagi,
DigiCampus time tu baru sgt lagi
diperkenalkan.Cam direct selling lak rasa. Tapi keje ni ajar aku jadi tak tahu
malu :P
4.
Berniaga di Bazar Ramadan
Walaupun untuk beberapa hari aku
tolong makcik tu berniaga, manyak untung oooo! Best & banyak untung rupanya
berniaga bazaar ni. Makcik tu jual mihun sup & rojak mee. Dalam UTM jugak.
Tapi 2 jam aku tolong,dari jam 5-7pm, dia bayar RM15,siap belanja berbuka lagi.Sup
dia sedap giler,cukup rasa. Tu untuk sehari.Kalau aku tolong sebulan???
Lumayan. Bagi sorang student la. Tapi aku rasa memang makcik tu dapat banyak
untung. Ehehe.
Ha, tu la antara keje part time
aku zaman student. Bestnya bila ingat balik.Banyak experience gained dari situ.
And memang aku masukkan seme kerja-kerja tu dalam resume. Ihiks!
Oh ye. Time aku kerja kat Cyberjaya last
year, disebabkan sebelah malam tak tau nak watpe,single lak time tu, nak dating
boyfren jauh, sempat la jugak part time. Side Income. Heheheh. Di kedai fotostat. Sikit, tapi income
bulanan aku jadi tambah RM400 dengan kerja tu. Dari aku dok tercongok kat umah
layan FB lepas refresh refresh pastu boring tido, baik aku keje. And dapat
berkenalan dengan kawan dari Vietnam & Indon. Serius rasa lain bila dapat
dekati orang cam diorang, ada cerita tersendiri yang boleh di share.And bos
dia, Uncle pe tah nama, ajar serba sedikit macamana dia boleh start business
& jadi kaya raya. Nice!
No comments:
Post a Comment