Salam Sejahtera ke atas kamu!
Alhamdulillah,dah 2 bulan lebih
usia anak pertama kami,seorang putera yang comel! (^^,)
|
Hari keluar dari hospital, 4 Februari 2014 |
Bila kenangkan masa melahirkan,
“best” sungguh~!Hahah.
Genap 40 minggu, doktor pesan
perlu melalui proses induce, diarahkan mendaftar di wad bersalin kerana baby
GDM, takleh lama-lama dalam perut dikhuatiri dia lemas. Actually admit di
Hospital Pekan, Pahang. Masuk mendaftar 30
Januari 2014. Dan itu
memang tarikh jangkaan due.
|
Hari mendaftar di Hospital Pekan. Tak sakit pape lagi, boleh la nak 'peace' bagai kan. |
Tapi pada hari pertama berada di wad, doktor hanya
check jalan & keadaan baby. Langsung takde tanda jalan akan buka dalam masa
terdekat. Pintu rahim kemas tertutup lagi. Keadaan baby dalam perut ok dan
stabil, maka doktor tangguh proses induce.
31 Januari, check
jalan,masih belum ada bukaan, dan tiada tanda akan bersalin jugak. Doktor
monitor jantung baby. Selama ni jantung baby laju & berdebar, tiba-tiba
hari ni,degup dia slow! Alamak! Hospital baru di daerah kecil ni,kemudahan
bilik bedah takde, maka aku perlu ditransfer ke Hospital Kuantan. Doktor tak
yakin untuk teruskan induce sebab memandangkan degup baby x stabil, in case
baby lemas ketika usaha nak teran, takde bilik bedah untuk back up.
Perlu check out dari hospital
Pekan jam 12 tengahari. Time tu dah mula rasa pinggang & perut tak selesa.
Orang kata rasa contraction ni ala-ala senggugut. Tapi sebab tak pernah alami
senggugut, so tak tau pun tu permulaan contraction. Ingatkan rasa tak selesa
sebab tak makan lagi! So sebelum ke hospital Kuantan,sempat la lagi makan-makan kat hospital Pekan. Sedap oh lauk hospital rupanya.Ngehngeh.
Ke hospital Kuantan dengan
ambulans. Dia punya laju perghh macam aku dah nak terberanak sangat-sangat dah.
Dengan bergoncang & bumping tak hengat. Hello encik driver~! Tapi dek
kerana ambulans tu bergoncang sakan, tiba-tiba sakit perut makin kuat. Keluar
je dari ambulans, terus kena check jalan. Time tu doktor sahkan memang dah
start contraction. Wehuuu takyah induce! ❤
Start dari tu dah mula
sapu-sapu perut dah. Mak kata tu baru sikit rasanya.Nanti-nati lagi ‘best’.
Pastu dia gelak. Sedapnya rasa dia oooiiiii~! (==)’
Suami teman sampai Maghrib.
Pastu bila dia balik, tahan diri dari menangis . Sebab. Dah start kena hadapi
sakit sorang-sorang. Huwaaaaa! Dia pesan suruh rehat, aku try tido tapi mata
dah tak nak lelap. Start 8 malam, dah mula tak selesa nak baring. Pusing kiri dan
kanan, umang aih lagi ngeri rasa contraction tu. Tapi bila telentang, sakit
pinggang plak sebab tampung perut. Selang 10 minit ‘dia’ datang. So,memang
langsung takleh pejam mata. Pukul 1 pagi , tiba-tiba rasa cecair panas. Basah
pad. Tanya nurse, tu ke air ketuban. Dia
cakap mungkin. Tapi dia tak check pun. Terasa hati. Huh.
Dekat pukul 2 pagi, aku tekan
loceng, panggil nurse. Nurse yang sama datang pegang perut aku & tanya,
“Anak sulong ke?”
Aku bagitau dia yang aku tak
reti handle sakit tu. Ter-menitik jugak air mata ngadu kat dia. Kakakaka. Tapi
teringat mak pesan, jangan nangis. Kena kuat semangat.
Time dia pegang tu,aku rasa
lega sikit. Dia suruh bertenang and ajar cara pernafasan, and pesan, itu lah
cara bernafas kat labor room nanti. Setiap
kali datang contraction, tarikh nafas dalam-dalam ikut hidung, hembus dari
mulut. Dia
panggil doktor untuk check bukaan, baru 1cm.
Lepas nurse ajar bernafas tu,
dapatla selelap dua antara gap contraction tu. Pukul 6 lebih, aku dah tak tahan,
panggil nurse lagi. Check jalan, 4cm. Alhamdulillah! Disuruh makan & masuk
labor room segera. Sempat minum nestum & milo sahaja. Tak kenyang pun.
Pukul 7:30, aku di katil kedua.
Suami sampai & mula teman. Doktor masukkan cecair induce. Dijangka bukaan
penuh jam 5 petang. Huhu~!Aku disuntik ubat tahan sakit. Ubat tu kata doktor
boleh buat aku mengantuk. Dapatla rehat dari pukul 8am-12 tengahari. Lepas pada
tu ubat tu dah tak berkesan. Dah start ramas jari suami tiap kali contraction.
Sian dia. Hehe. Ada dia bercerita time aku sakit-sakit tu,nak tenangkan aku.
Tapi, ceritanya time tu melintas kat telinga tapi aku blur apa benda dia citer
tuh. Jawab pun merepek-repek je aku rasa.Heheh.
Dahaga tak yah cakapla. Mintak
dengan suami,tapi nurse tak bagi minum. Siap mintak titiskan sikiiiiit je air
pun tak leh. (T_T)
Sakit pinggang, mintak
disapukan minyak panas, nurse marah membebel-bebel katanya normalla,nak jadi
ibu ni memangla sakit macam-macam.Jangan la nak manja sangat.Heh.Kalo aku segar
time tu nak jugak aku cepuk nurse tu.Tak efek pape pun kot sapu minyak tu,bagi
aku lega skit je pun. Ciss!
2:30pm, aku sakit perut nak
buang air besar. Nurse cakap,buang je atas katil. So, teran je la membuang kat
situ :P
Lepas je membuang, doktor check
jalan. Dah 9 cm! Maka dia suruh aku teran ,sama macam aku teran nak buang air
tadi. Ohhh..dengan terernya aku teran muahahaha. Tapi lepas tahap dahi baby je.
Selebihnya terpaksa vacuum sebab baby dah mula berak & dikhuatiri lemas.
Plus, aku dah flat betul.
O ye, ketika teran, teknik
handle kepala tu kena betul. Aku terperasan,apabila
postur kepala tak betul, punggung terangkat. Tu
yang boleh akibatkan koyakan besar. Ouchh! Nasib baik suami support, adjust
kepala supaya tak salah postur.
Alhamdulillah,
jam 3:21 pm, 1 Februari 2014, lahirlah Malik(Pemimpin) Amran (Yang Memakmurkan)
b.Muhammad Abdullah~!
|
Mula-mula keluar dari perut,beratnya 3.50 kg, ni timbangan bila ditahan kat wad,turun 100gram.Uik? |
Luka jahitan? Luaran, adalah
dalam 1.5cm. Alhamdulillah. Tapi, jahitnya di bilik bedah. Dan siap disuntik
epidural. Kebas separuh badan. Kenapa? Sebab aku dapat luka di pintu rahim.
Puncanya teran awal sangat padahal pintu rahim tak buka lagi. Pelik,bila masa aku
teran awal, padahalnya aku start teran bila nurse-nurse sorak suh teran. Ohhh.
Rupanya time aku ‘membuang’ tu dah ter-teran.Ops. Muehehehe.
Tapi seronok pulak bila
teringat balik, time bersalin tu, semua nurse yang ada bersorak bagi support.
“ Lagi Maisarah, kuat
lagi! Ha, betul dah cara teran tu,kuat lagi! Come on Maisarah, push! Push!”
Kalau ada team pom pom girl
mesti lagi meriah ni. Hahaha!
|
Dah 2 bulan 14 hari. Bestnya peluk & cium baby. Rezeki paling mahal ❤ |