Thursday, November 21, 2013

Minyak Kelapa Dara VCO Tanamera

Salam sejahtera ke atas kamu!

Minyak Kelapa Dara VCO Tanamera.
Nak story sikit mengenai minyak ni. Melalui office mate la aku kenal mengenai produk ni. Ramai mommies juga yang bagi review product ni. Dengan izin Allah & istiqamah sapu minyak ni, membantu memudahkan pembukaan ketika bersalin normal. Malah ada yang bagi review luka sangat sikit.

Sekarang officemate tu dah bersalin, tengah pantang lagi. So tak sempat lagi nak tanya review dari dia pulak. Tapi yang aku tau, dia sendiri agak tak lama masa bersalin. Tengahari warded sebab dah mula ada tanda nak bersalin, menjelang Maghrib, baby dah keluar (^^) . Time lunch tu kami dating lawat dia, rileks je lagi boleh borak-borak & jalan-jalan. Dan sebab dia takde time-time ni, maka google la sendiri cari supplier. Memang dari weeks 25 lagi aku dah survey & tanya-tanya kat FB. Dari description cara penggunaan tu, aku belum patut guna lagi, yang patut mula adalah bakal mummy yang pregnant 30 weeks above. So, hold lah untuk beli.

Sampailah semalam (19/11/13) aku baru tersedar dari lamunan yang terhenti itu (Ces) yang aku patut dah mula guna. Elemek, kalau baru nak order, baru nak postage, lewat beberapa hari dah la kiranya kan? Beriya.Heuheu.

Pastu aku pun inbox seller yang aku pernah mesej sebelum ni. Nasib baik ready stock sentiasa ada dan, hari ni dah dapat! Super fast punya service, 5 star nak bagi kalau dia mintak. Hehe. So hari ni dah mula apply. Tapi..tapi.. mungkin minyak ni betul-betul pure, bau dia kusss semangat. Macam bau kelapa ori. Perfume gi office la ni. Melintas sebelah orang semerbak bau kelapa. Wangi~~~ Ko hade?Hahaha.

Menjelang minggu ke 37++, cara pengambilan adalah dengan menyapu + telan. Sebelum beli,aku plan nak sapu minyak ni kat perut untuk atasi stretch mark. Tapi sebab bau kuat sangat, terpaksa la stick pada minyak zaitun Safi. Wangi sikit :D

Berkesan atau tak pada aku, kena tengoklah nanti. Hope dipermudahkan bersalin secara normal macam mommies yang lain. Dan kalau ada yang nak beli & mendapat servis yang terbaik~~! Sila lah PM orang ini. Servis laju + tak kerek nak layan mesej customer.

No comments:

Post a Comment