Friday, April 25, 2014

Atasi Kelkatu Bersepah!


Assalamualaikum!

Pernah tak kelkatu a.k.a anai-anai terbang menyerang rumah tiba-tiba walaupun takde perubahan cuaca?Baru-baru ni hujan tak,panas ye,tetiba anai-anai ni datang menyerbu lampu neon nan indah kat umah. Sebelum ni tak kisah sangat pun, tapi dek kerana risau mende alah ni masuk telinga baby Amran maka gelabah la tutup lampu sana sini. Sementara nak tunggu masa masak makan malam, aku tidurkan baby Amran & husband tengah buat kerja sikit kat dapur tapi aku tak tau dia buat apa siap bertangga bagai. Bila aku ke dapur, dia pun pesan,

 "Yang minyak masak dalam mangkuk plastik tu tolong buang eh?".

 Aik,dia buat apa plak dengan minyak masak ni. Ketung ketang masak masak masak masak pung pang pung pang. Siap. Dah siap baru aku perasan ada plastik bergayut-gayut kat lampu.


Ohhhhhh. Ni lah projek beliau rupanya. Impress! Tak nak bagi anai-anai tu jatuh & merayau-rayau kat lantai, high possibility kacau baby nanti, maka plastik dilebarkan, sapu minyak & gantung di lampu. Melekat-lekat & tak jatuh, yeay! Tak perlu racun & beli pelekat tu. Jimat (^^)

Monday, April 21, 2014

Diet Atkins?


Salam sejahtera ke atas kamu!

Time pantang, memang mak marah berdiet coz menyusu badan. Memandangkan rezeki utk BF dah tak berapa nak ada,bekerja plak, penat + masa makan bertrabur ikut tahap ke-bizi-an kerja,
maka aku pun start la control makan...

Lepas dah try control makan tapi termakan jugak di malam hari & berat serupa tuuuuu je jugak, sampai en.Husband asyik perli -- "Kata nak diet??" sambil pandang senget-senget, maka aku pun nak try la berdiet.**Serius ni**

Adik pernah kurus amal D.A.
Ex-housemate susut banyak amal D.A.
My niece pun susut amal D.A.
So.Jom try.
Challenging myself.
Berat sekarang 54kg. Ikut tinggi,its not an ideal weight for me.Terlebih sikit.
Uniform kerja pun cam seksi gitew.
Induction 2 minggu.
Tapi body mesti cam berkecamuk sikit coz aku ambil pil perancang Marvelon, asyik lapa aje baq hang! Kriuk-kriuk angin dalam perut kat opis. Kus semangat.
Let's see if I can follow the regime in this 2 weeks. Will update the result later~

**Atkins ke laut.Kakakaka! Turun 2 kg jek sbb tak makan malam.Choi~

Friday, April 18, 2014

Kenangan owh!

Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas kamu!

Kemas-kemas meja ofis tadi,jumpa benda alah ni. Kenangan owh!
Time preggy kan kena kira pergerakan baby sehingga 10 gerakan. Alang-alang dah kira gerakan,aku catit sekali masa gerakannya tu. Kertas ni aku tampal belakang name tag kerja. Siap gayut pen sekali. So boleh tau la rentak gerakan dia & pukul berapa dia aktif.

Waktu sangat aktif : Antara pukul 11:30am-1:30pm, perut berombak dan berirama ♫♪♫
Tak pernah cukup 10 kotak isi setiap hari. Lompong dek busy kerja.