Wednesday, October 30, 2013

PerKEMBANGan Pesat :P

Assalamualaikum,
Salam sejahtera ke atas kamu!
Semakin berkembang.

Sebelum kawen, berat purata 45kg. Dekat-dekat nak kawen, berat 46-47kg. Lepas dah kawen berat naik menghampiri 50kg.

Mula-mula dapat tau pregnant, berat 52kg. And sekarang, 60kg.

Mean, sepanjang pregnant hampir 7 bulan, I have gained 8kg.


 Dari bacaan kisah-kisah orang lain, ramai yang tak reti handle kenaikan berat badan ketika hamil anak pertama. Yelah, takde experience. Memang rata-rata naik lebih dari 10kg. Tapi kalau ada yang tak naik banyak tu, mau tuntut ilmu please~! 1st timer , kalau tak makan, orang takutkan dengan cerita anak tak cukup khasiat, janin tak membesar, bantut & macam-macam lagi.

“Gemuknya awak sekarang” 
“Maisarah, awak tengok tak semula pic awak yg dulu dengan sekarang?Jauhnya beza”

Kadang-kadang rasa tertekan bila kena  tegur macam tu. Lepas tu balik rumah marah-marah bila suami suruh makan. Nak diet!Nak dietttttt! Pastu kena bebel balik. Haha.

Memang betul, mula-mula naik mendadak 3kg dulu,  sebab tak tau apa nak buat macamana. Tak makan salah, kurang makan pun salah. Tapi sekarang, dah tau cara. Hoyeahh! Caranya, makan dengan normal di siang hari. 
Malam ,minum susu aje. Tak pun sekadar alas perut. 
Memang sekarang ni malam-malam mudah tertidur awal. Sian en.Suami malam-malam layan movie sorang-sorang. Jadi, kalau malam pun makan berat, tidur awal pulak, membelon la. Huhu.

Sekarang rasanya macam tak makan banyak mana, kurang dari tabiat makan sebelum pregnant, tapi badan tetap naik, so I guess its normal la kot. Hehe. Layankan aje.Nanti-nanti lah diet :D
Time ni baru 2 bulan pregnant. Masih boleh 'panjat' Bukit Tinggi. Kononnya :p 
3 bulan, di bulan Ramadhan :)
4 bulan, dah Syawal 2013. Perut penuh khasiat makanan raya.
Pastu naik 3kg mendadak.Muahaha  
 5 bulan, berkursus di Rawang
 7 bulan! Ok. Ketara perKEMBANGan.

Takpelah, yang penting baby sihat. Mohon sangat semuanya ok & dalam lindungan Allah.
Due lambat lagi, bulan 1. Tapi dah berapa orang dah asyik sebut

"Dekat dah tu.Ntah2 bulan 12"
Nervous oii~!

Yang penting nak habaq mai sikit, chek sekarang makan supplement ni, kot ada yang berkenan, habaq la na?
Hat penting skali bila masuk trimester ni, tu...hat yang ostematrik tu. Nak elak dari kejang a.k.a cramp malam-malam ooo..Tak mahai pun, senang bawak pi mana-mana. Paihtu tak susah nak telan,licin ja pil-pil dia.Ha~ tu dia. Rosak bahasa. Haha.Lai-laiiiii
Sila like page INI
-Sekian- 

Friday, October 18, 2013

DIRTY TOPIC?Stay away from meyh!

Assalamualaikum,
Salam sejahtera ke atas kamu!
Selalu tak borak-borak dengan kawan jantina?
Topik apa yang selalu diborakkan?

Whatever topics it is, satu bab yang paling aku rasa tak boleh nak terima bila diborakkan terutama dari mulut lelaki yang dah kawin, adalah adalah bab se*s. Seriously perasaan time dengar tu rasa cam nak sepak orang tu laju-laju!

Perempuan dikatakan  famous dgn topik ‘anyam ketupat’ tapi laki-laki pulak, lebih worse dengan sebab most of them suka topik bab tu. Sorry to say : Its sound JIJIK to me! Macam takde topik lain nak dibincangkan.

Kat company lama aku kerja, sesama internal staf, satu ruang sembang khas di install kat PC masing2 oleh company utk mudahkan discussion keje. So sambil-sambil keje tu kadang-kadang ada yang buzz just utk borak-borak kosong.
 Sorang guy yang tak kawen lagi ni memang suka ajak borak, mostly pasal pengalaman masak, wedding preparation, style, fashion. Ha menarik tu bila laki terer bab tu. Jadi seronok chat. Malangnya lama-lama dia suka share story bab teetttt. Sikit-sikit aku mula jadi benci + meluat + rasa jijik dengan mamat ni. Bukan nak hina dia, tapi aku rasa tu perasaan yang sesuai untuk digambarkan pada sorang lelaki yang suka cakap pasal tu. And buat aku rasa tak boleh go on dengan ‘kawan’ ni, apabila aku tegur dia yang aku tak suka borak bab tu ,dia jawab:

‘’Hey come on, grow up la. U bukannya kecik lagi nak sempitkan fikiran tak mo cakap pasal benda-benda ni? Da nak kawen da pun’’

Boleh blah. Putus kawan.

Bab ni, tak perlu open. Jangan sebut sesekali pun dengan berlainan jantina. Persahabatan laki & perempuan ada batasnya. Sesama jantina, yes I can accept sebab nak dapatkan nasihat dan pengalaman. Dan kalau nak dengar nasihat dari laki sekalipun, biar lelaki tersebut menjawab dengan hikmah & penuh  berlapik ayatnya.
Dan : Menjawab tanpa nafsu.

Wednesday, October 9, 2013

Ikut Musim

Salam sejahtera ke atas kamu!
Time nak kawin, kita google banyak-banyak bab nak kawin.
Time nak dapat baby, kita google bab tu pulak. Ihiks.

Baru terperasan yang baru2 ni banyak betul LIKE page barangan baby padahal dah tau memang tak la nak beli barangan baby secara online kot. Tapi bila tengok album2 dia, ooo baru tau mende alah ni ada,oooo~ Serius jahil bab barang baby, belum lagi bab jagaan baby :D

Kadang-kadang bila tengok barang comel tu and cuba cari dekat luar, obviously barang kat luar lebih murah. Maybe sebab total campur postage kot. And yang kat luar lebih banyak buat sales & diskaun.

Contohnya mosquito net. Aku google & tengok kat FB harga dia RM60++. Takde jenama (bab jenama pun aku jahil untuk barang baby ni, yg aku bese dengar Anakku, Pureen & Etc). Kebetulan time tu aku & hubby di KL, singgah Sogo. Kebetulan jugak ada sale. Bese la, Sogo. Sale memanjang. So, kebetulan pun memanjang. Heheh. Harga dia kami beli RM50++ je.
Yang putih camni la kami beli.Labuh tak tau lagi, belum try :P
Ada la jugak beli bed crib tu, 8 in 1, RM 299. Ok kot harga tu. hehe. Asalnya berminat yang brand Bumblee Bee sebab cute, tapi yang tu de 7 in 1, RM300++. So..kita amek yang berbaloi :D  
O ye, kat online, harga dia lebih mahal plus minus RM50 la. Maybe sebab aku yang tak habis ‘round’.

Pasal warna pilihan baju & barangan, kami berdua decide nak pilih kaler universal. Alkisahnya tadi gi klinik, untuk check baby secara emergency coz aku risau 2 hari baby tak menendang & aku tak rasa pergerakan dia macam biasa. Risau2. So doctor scan. Alhamdulillah baby sihat & aktif, cuma maybe atas faktor tertentu, aku tak dapat kesan pergerakan baby ni. Dan scan punya scan, terpacul dari mulut doktor jantina baby sambil dia tunjuk tetttt baby. Cute! haha.

Tapi, alaaaa. Dah tak surprise. Doktor pun cakap tak komfem lagi. Cuma agak jelas la, cam da komfem jek. lalalalalala. Kena berlakon berahsia habis dari ayah mak ni. Diorang yang nakkan surprise. Basya!

Tuesday, October 8, 2013

Zaman belajar & Part time! (^^)

Salam sejahtera ke atas kamu!

Tadi tengah rehat, terkenang pulak zaman belajar yang mana antara aktiviti yang mewarnai hidup time tu, kerja part time! Kalau tak silap, start sem 2 (1st year) lagi dah start buat kerja part time. Sebab? Awal-awal sem banyak giler masa free, makin banyak masa free makin banyak duit untuk dihabiskan.Warghhh.Joli-joli.Heheh. Biasala time tu baru kenal dunia ‘luas’ , tambah plak awal-awal sem dulu join kelab tarian,time menari tu di mekap kaw-kaw punya, po laie, dari situ la start belajar mekap bagai. Pastu beli sikit-sikit. Sikit, tapi zaman student mana de duit meh. Murah bila dah keje, mahal oooo bila masih bergelar student.

Ada dua aktiviti aku aktif awal-awal sem dulu, kelab silat & kerja. Silat best, selain belajar banyak ‘bunga’, banyak juga menjelajah Johor kerana aktiviti dia. Tapi, its cost money. So..i choose to be more focus pada part time! Baru duit masyuk~ selain masa yang diperuntukkan pun sama jek, petang2.Consider aktiviti riadah la tu~

1.      Staf kat Cybercafe Kolej Kediaman
Menapak 2 3 langkah je CC tu dari bilik (okeh over). Dekat sgt, tak penat, & tak perlu belanja pape. Dari situ aku kenal ramai orang, & banyak pengalaman.
Dari 1st year sampai final year aku stay situ. Dah kacip dgn bos yg sporting.

2.       Jual bunga time konvo
Yang ni join kelab silat. Seronok. Join venture dengan penjual bunga sebenar. Tengok & belajar menggubah dari orang tu. Dan yang paling seronok sebab sambil-sambil jual, leh raikan konvo senior-senior.

3.       Join Digi buat promotion DigiCampus
Mostly yang join ni Chinese. Aku join jugak sebab classmates Chinese ajak. Tapi yang ni tough sikit, sebab yela, nak approach orang untuk beli benda yang tak pernah diorg dengar lagi, DigiCampus time tu  baru sgt lagi diperkenalkan.Cam direct selling lak rasa. Tapi keje ni ajar aku jadi tak tahu malu :P

4.      Berniaga di Bazar Ramadan
Walaupun untuk beberapa hari aku tolong makcik tu berniaga, manyak untung oooo! Best & banyak untung rupanya berniaga bazaar ni. Makcik tu jual mihun sup & rojak mee. Dalam UTM jugak. Tapi 2 jam aku tolong,dari jam 5-7pm, dia bayar RM15,siap belanja berbuka lagi.Sup dia sedap giler,cukup rasa. Tu untuk sehari.Kalau aku tolong sebulan??? Lumayan. Bagi sorang student la. Tapi aku rasa memang makcik tu dapat banyak untung. Ehehe.

Ha, tu la antara keje part time aku zaman student. Bestnya bila ingat balik.Banyak experience gained dari situ. And memang aku masukkan seme kerja-kerja tu dalam resume. Ihiks!

Oh ye. Time aku kerja kat Cyberjaya last year, disebabkan sebelah malam tak tau nak watpe,single lak time tu, nak dating boyfren jauh, sempat la jugak part time. Side Income. Heheheh. Di kedai fotostat. Sikit, tapi income bulanan aku jadi tambah RM400 dengan kerja tu. Dari aku dok tercongok kat umah layan FB lepas refresh refresh pastu boring tido, baik aku keje. And dapat berkenalan dengan kawan dari Vietnam & Indon. Serius rasa lain bila dapat dekati orang cam diorang, ada cerita tersendiri yang boleh di share.And bos dia, Uncle pe tah nama, ajar serba sedikit macamana dia boleh start business & jadi kaya raya. Nice!

Thursday, October 3, 2013

Merasa TERKESAN, Fuh!

Assalamualaikum,
Salam sejahtera ke atas kamu!
Allahurabbi. Terkesan sungguh dengan kenaikan minyak.
Baru-baru ni dengan hubby ke pasaraya, memang normal tiap-tiap bulan after gaji hubby akan ajak beli groceries. Terkesan, sungguh. Bila lihat hubby fikir panjang nak capai barang yang biasa kami beli sebab jelas ketara harga barang tu naik banyak & tak mampu nak bantu dia coz duit gaji sendiri disimpan untuk baby. Dia bukan jenis berkira orangnya tambah-tambah kalau barang tu memang digunakan kat umah. Tapi de certain barang terpaksa beli kat tempat lain yang lebih murah maybe. Susu Anmum yang topup sokmo tiap kali sebelum habis tu pun dah naik RM2! Bunyinya sikit , tapi agak menekan bagi yang baru nak bina hidup baru macam kami.

Disebabkan itu, plan asal nak kumpul duit je dulu untuk beli barang-barang baby. Yelah, awal lagi, baru 23 weeks, nak beli apa. Paling sesuai orang nasihatkan beli la time dah 7 bulan nanti.

“ What’s on my mind? “

Macamana plan kewangan untuk kawin dulu, macam tu jugakla untuk menimang baby ni. Biar awal, tapi kena beli sikit-sikit supaya x rasa sangat tekanan harga barang. Yela, se cute-cute size, rege nyeeeee haih. Nasib baik cute, sejuk mata memandang.Hehe.



So baru-baru ni, ajak hubby beli barang baby sikit. Baru dapat baju 4 pasang. 2 malam, 2 siang. Warna, universal. Don’t like pink.Ihik. Barang tambahan lain mungkin next months. 4 months to go. Sikit-sikit lama-lama jadi la sebakul barangnya nanti. Ngehngeh.

“ What’s on their mind? “

Macam-macam lagi benda nak dinaikkan harga. Parking.Gula. Minyak lagi. Rumours or tak, kalau takde angin masakan pokok bergoyang.
Tapi bila baca laporan audit tu, HAPPY giler!! Huh.

Tuesday, October 1, 2013

Maybank2u Klik-klik

Assalamualaikum,
Salam sejahtera ke atas kamu!

Lambat dapat tau tapi excited sbb akhirnya tahu. Hehehe.
Semalam cuti sebab nak uruskan KWSP, tapi akhirnya 3 perkara tersetel. Alhamdulillah.
Selama ni agak terbeban sebab malas betul nak g bank in duit 
Tabung Haji & bayar PTPTN.
Penyudahnya akaun & hutang tak berganjak-ganjak.
Mula la usha kot dengan M2U leh setel. Rupanya boleh! Tapi cas RM1 la.
Better dari takde masa langsung nak mencelah time keje nak pi bayao.

Tabung Haji
Pilih Account & Banking
Pilih 'Transfer'
Klik pilihan 'Tabung Haji'
Next
Next
And next. Follow je :P
Lepas sehari, baru akan ter update dalam sistem Tabung Haji. Then boleh la semak dengan Tabung Haji. Tapi sebelum buat aktiviti di atas, sila lah daftar no akaun Tabung Haji beserta no siri buku Tabung Haji di mesin ATM Maybank. Baru la mende-mende alah di atas boleh dilakukan.


PTPTN
Mula-mula pilih 'Bill Payment"
Klik "make a one-off payment"
Scroll pilihan yang ada
Dan pilih urusan!
Pun cas RM1. Lepas 3 hari baru update di sistem PTPTN.Tapi kena ingat nombor rujukan surat tawaran PTPTN la. Kalau tak ingat nombor tu, silalah call/refer PTPTN. Tada~!
Moga hutang selesai jua nanti.Amin ♥ ❤

TEMAN, sehidup semati

Assalamualaikum
Salam sejahtera ke atas kamu!

Dulu-dulu time ceramah kursus kahwin, ustaz ada bercerita macamana ragam isteri dia kat rumah yang sentiasa mahu kan dia sentiasa berada depan mata.

"Eh, ada abang, ingatkan takde”

Intai si isteri dari bilik, sambil menjahit.
Ustaz (suami) nya pulak tengah melayan rancangan TV.

“Lah awak ni, saya ada kat umah pun awak pelik ke?”

Pastu ustaz tu gelak.
Katanya lucu sebenarnya bila dia ingat-ingat balik gelagat isteri.
Masing-masing buat hal sendiri kat umah tapi
skali skala isteri dia akan tetap intai,cari dia.
Dia faham apa sebenarnya yang terbenak dalam fikiran isteri dia.

Isteri sebenarnya bukanla nak berkepit aje dengan suaminya kat rumah,
 bukan jugak nak dera suami dengan kerja macam-macam.
Sebenarnya isteri lebih tenang bila ada suami yang teman di rumah.
Tak perlu buat apa-apa. Cuma perlu teman. Tak susah pun.

Bila dah kawen ni, aku faham pe isteri ustaz tu rasa.
Mebi sebab baru lagi kawen,mebi.
Tapi rasanya seme pompuan pun sama, ustaz td & isteri dia pun da lama kawen,
masih camtu jek bini dia.

1 perkara yang lelaki bujang tak faham, bila geng diorang kawen & kwn dey all tu da takleh nak spend masa together2 mcm dulu :

DAH KENA IKAT.
 DAH KENA QUEEN CONTROL.
 TAKUT BINI.

Macam-macam istilah lah yang bila isteri dengar, boleh sentap.
Seolah-olah kita sebagai isteri dah rampas kawan diorang.
Seolah-olah isteri ni jahat sangat.

Hello~~!
Lepas je kawen, isteri kena ikut suami & mostly girlfrens
 yang bujang akan faham yangkawan diorg da takleh nak keluar
sewenang-wenangnya sebab da bersuami.
Kawan hilang sorang demi sorang.
Lost contact, senyap sikit demi sikit.
Kalau tau update pun dari FB @ laman social lain.
Nak lepak lama-lama pun belum tentu suami izinkan,
 (sedetik suami rasa tak suka, dah jatuh dosa pd isteri)
Walhalnya de sesetengah isteri, zaman bujangnya aktif,
 sana sini ramai kenalan & join aktiviti macam-macam.
The only best friend yang dia ada skrg,SUAMI.
Takkan ada kata-kata kurang menyenangkan keluar
dari kawan isteri baik laki @ perempuan.

Jarang sangatla dengar isteri yang halang suami keluar bersantai
dengan kawan-kawan dey all ,sbb faham emosi lelaki.
Ego nya lain dari pompuan.

Tapi hanya suami yang gentleman & betul-betul sayang isteri saja akan faham, betapa isteri sunyi, apabila suami tak de kat umah.
Even dah ada anak.
Suami teman lain rasa dia.
Anak teman, lain rasanya.Kot. Ihik.

Sayang anak tangan-tangankan, Sayang isteri tinggal-tinggalkan.
Mungkin tu prinsip orang laki.  
Tapi aku tak rasa camtu bagi orang perempuan.
Merana bila  meninggal & ditinggal-tinggalkan ni.
Kan sebelum kawen dulu janji nak jadi TEMAN sehidup semati?
Hehe.