Wednesday, October 29, 2014

Cuti-cuti Melaka

Salam sejahtera ke atas kamu!

Sempena cuti panjang last week, kami-kami (family husband) ronda-ronda Melaka membawa hajat FIL nak jalan-jalan sana.
22/10-Deepavali
23/10-Amik Cuti
24/10-Cuti Birthday Sultan Pahang
25/10-Maal Hijrah

Lumayannya rasaaaaaa. Heaven! Hehe.

22hb~
kami sekeluarga dah gerak ke  KL tidur rumah akak ipar. So 23hb tu dekatlah sikit nak travel ke Melaka. Alhamdulillah perjalanan mudah sebab time kami gerak ke KL tu, malam around pukul 8, Amran main-main sekejap dalam kete, then tidur straight sampai destinasi sebab time tu memang dah waktu tidur dia hehe. Tapi bila dah sampai sana, dia susah plak nak tidur, mau tak excited sebab tempat & suasananya lain, puas pujuk tidur,tapi dia nak main! Dalam pukul 2 dia tidur & celik je mata pkl 6 ++, terus excited nak keluar bilik, nak explore umah maklong.

23hb~
Lepas breakfast, dalam pukul 11 kami gerak ke Melaka. Family SIL tak dapat join lagi coz dia tak cuti. Homestay kami di Vista Kirana, tapi dalam maps tak berapa nak senang cari since dia perumahan baru. So if ada yang nak ke Vista Kirana Melaka, cari lah Tiara Melaka Golf & Country Club, Vista Kirana betul-betul setentang.
Tu, yg kat titik merah tu la Taman Vista Kirana 
Letak barang bagai, mandi –mandi rehat sekejap, kami sekeluarga pun keluar  & mula berjalan. Tempat pertama of course la bangunan merah Melaka. Kat situ lah kami set untuk jumpa family SIL nombor 2, ye aku ada 2 SIL, nombor 1, nombor 2 :P  Lepas dah round bangunan merah, kami naik ke Runtuhan Gereja Saint Paul & A Famosa. 
Pic sumber dari :Facebook Kak Ipar :P
Tapi muzium kapal & muzium Melaka kami tak gi, sebab dah petang & lapar.  Sebelum balik, naik Taming Sari. FIL takmo join sebab dia risau muntah pening tengok pemandangan pusing-pusing. Naik mende alah tu je dia tak join. Yang lain seme dia join dengan steady nya. Umur 70 tu, kagum2. Time tu kami masuk sorang kena bayar RM10. Sementara tengah tunggu giliran naik Taming Sari, lama jugak bilik tu dibersihkan. Rupanya ada orang muntah dalam tu. And bila dah masuk sendiri, memang ‘berayun’ jugakla kepala ni. Haha!
Amik pic orang lagi :P
Malam? Rileks kat umah makan malam. O ye. SIL bawak bahan mentah dari umah masing2. And masak kat umah homestay tu. Apsal aku tak rajin cam diorang? Dengan tak malunya mintak sikit bahan masak nak wat bubur Amran (==’)

24hb~
Pagi tu makan nasik lemak homestaymade :P Pastu jalan-jalan Mini Melaka. Even dah pernah pergi & tau rupa rumah-rumah tu, tapi still seronok nak masuk. Apsal ek? Maybe sebab selesa je rasa tiap kali masuk & kayu-kayu nya cantik. Sorang dewasa RM16.90, kanak-kanak RM5.
Yang kelakarnya, baru masuk rumah keempat,seme dah penat.Lama lepak dalam dalam umah tu. 
O ye, dalam umah ke 4 tu, de orang masak-masak roti jala & tea panas. satu set RM3.50 - ada roti jala 3 keping dgn kari ,secawan tea panas. Lagiiii lah buat orang nak lepak lama-lama dalam tu. Memang fe-feeling kat umah sendiri lah.

Pastu masuk umah Perak,kot kalo tak silap aku. Dalam tu de jual kuih tart. Nyum.Fevret.Beli satu bekas RM8, de 10 keping.

Bawak masuk ke umah sebelahnya, umah Pahang. Time nak masuk tu de 3 orang dancer masuk, diorang cakap diorang nak nari dalam umah Pahang tu. Eh2,sedang elok nonton sambil makan kuih beli tadi ni.Hehe.

Tap tap tap diorang buat step nari, pastu offer penonton nari sekali. Wahhhh. Sesi lepas gian! Sebab tak ramai dalam tu,so jadi muka tak malu muahaha! Even tari cam kayu, bolehlaaaaa. Senaman :P
Habis round umah-umah tu dalam pukul 1, balik. Sebab nak rehat & makan. Asalnya pukul 4 nak masuk semula Taman Mini tu utk tengok persembahan tarian plak (make sure tiket masuk tadi masih disimpan), tapi tak sempat sebab FIL request nak makan masakan masak sendiri, so masa utk memasak dah lama, tak sempat. Pukul 6 keluar semula untuk ke perigi Hang Tuah. Takde apa sangat kat situ except tengok perigi je. Then beli cenderahati.
Beli cenderahati banyak, percuma mende garu ni. Ahahah. Abaikan muka batakku itew.
Malam? Round River Cruise Melaka. Amek seat depan sekali. Kemain Amran amik angin macam dalam filem Titanic gitu. Nasib baik tak selsema. Hahah. 
25hb~
Kami gerak ke Muzium Hang Tuah plak. Panas. Aku round 2 umah je, Amran & Husband round habis dengan anak-anak sdara yang lain. Tapi muzium tu memang cantik senibina Melayu habis! Kalau la boleh dapat rumah cantik camtu. Verangan~~
Kat situ ada camera utk padanan wajah dengan model badan bersamping. 
Test kat Amran. Hehehe.Cute sangat muka tak padan dengan body.Pun bolehhh.
Habis round, kami ke  Restoran 35 Asam Pedas, Banda Hilir, Melaka. Orang kata kat situ asam pedas dia sangat best. Kebetulan time tu aku tengah takde selera nak makan lahaiii. Tapi makan la jugak lauk dia. Erm. Sedap! Sebenarnya ni first time aku makan daging asam pedas. Menarik. Nyum2. Recommended. Memang sedap. Dan aku tengah terliur tiba-tiba ni. Kena masak nih. Haish.Haish.
Habis makan. Balik, packing & bersihkan homestay. 


Sebenarnya waktu aku duk mencari homestay, yang dekat-dekat dengan pusat bandar semuanya penuh. Ada yang tak penuh tapi mahal sangat. Ada yang murah tapi bilik tak cukup. Ada yang harga ok, bilik banyak,tapi tak boleh stay ramai-ramai. Hampeh. Walaupun homestay yang kami amik ni agak jauh (dlm 10-15minit dari bandar), tapi kami puas hati. Dapur luas, rumah luas.Bilik cukup 5, semua aircond. Barang dapur juga lengkap dengan alatan masak. Mesin basuh,semua lah! Ni blog dia, go visit & booking cepat-cepat. Vista Kirana Homestay, Melaka.   Tuan dia pun baik. 10 bintang! (^^)








Wednesday, October 15, 2014

Lelaki Vs Perempuan?

Salam Sejahtera ke atas kamu!

Hari semalam & hari ni mata aku secara tak sengaja tertancap kat 1 aksi yang aku rasa macam drama plak.
Alkisahnya after lunch time, aku nak park kereta kat port biasa, setentang dengan sebuah bus stop, yang jugak bertentangan dengan opis.Pukul 2, waktu budak sekolah sesi pagi balik.
Ni lah bus stop tersebot~ Ngam-ngam mengadap kereta aku.
Tengah-tengah aku dok ke depan,reverse, ke depan, reverse, aku ternampak sorang budak laki dengan kompidennya gedebuk gedebak lempang sorang budak pompuan. Dua-dua budak sekolah. Dan ada jugak beberapa budak laki lain yang aku rasa kawan budak laki tu. Siap aku nampak ada kawannya ajuk suh ayun kepala pompuan tu kat tiang plak.

Wooooo..serius menyirap darah aku tengok. Rasa nak gi lempang tegur, tapi aku sure teguran dalam keadaan marah tu takkan berjaya. And aku pulak baru lepas park kete, for sure budak tu boleh cam kete tu. Dahlah husband punya, jangan buat hal. Budak sekarang gengster2. Haih. Mintak jauhkan keturunan kita dari jadi macam tu.

Bagi la hon dua kali, tak layan..or tak dengar kot.

Pastu aku masuk opis,ajak opismate tengok plak,ha...nampak tak betapa lama nya adegan tunjal lempang tsebut?Dia tengok, and dia pun nyirap. Pastu bos kebetulan lalu,dengan bos-bos aku ajak tengok sekali.Hahaha.
Opismate aku cakap, mungkin adik beradik.Ok. So biarlah.
Habis adegan tu, tetiba muka laki dengan girl tu rapat. Membelakangkan kami.Pekebenda dia buat tu?Aku tak rasa adik beradik buat macam tu  Ooooheemmmmmgeeee!
Pastu dia naik bus. Habis. Dalam hati ni,please, takmo nampak benda-benda camtu lagi. Selain dari rasa nak marah,trauma ternampak benda gitu.


Dan tetiba...tengahari ni budak berdua tersebut & kawannya melintas di premis kami lagi, and again, drama tersebut jadi lagi. Kali ni bersaksikan ramai staff lain yg lepas tengok tu ada bunyik-bunyik : 

"Eeeeeeeeeeeeeeeeee sakitnya kena lempang gitu"

Like a hero, sorang staff laki kat sini melintas jalan, and gi tegur budak laki tersebut. And bagi bagi hadiah lempang sekali.Hahahahahahah! Padan muko. Eh :P

Staff tu cakap, budak tu kata pompuan tu adalah adiknya. Ooo.. tak tau plak aku marah kat adik sampai tak menyempat tunggu kat umah.
___________________________________________________________________________________________________

Eh.Terbusy body lebih-lebih plak pasal diorang. Nauzubillah. Bergetar rasa bila nampak benda-benda camtu. Mula-mula memang merasakan itu salah pihak lelaki. Tapi yang sebenarnya, salah perempuan lebih lagi. Kawan-kawan adik-adik, bercinta sayang macamana pun, janganlah sampai membiarkan suka suki orang naik tangan kat kita. Belum kawin dah macam tu, dah kawen sok?

Lelaki vs perempuan? Tak seswai~~~~

Belajar self defence.
Belajar juga tingkatkan rasa malu. 
Belajar hargai diri.

-Sekian- 



Tuesday, October 14, 2014

Cekam Kuku (Bestnya Tajuk.hikhik)

Salam sejahtera ke atas kamu!

Sape pernah kena cekam kuku angkat tangan! Me me! (T__T)
Sakit owh.
Sumber:Google
1st time kena kat Kolej Matrikulasi. Minggu orientasi. Pas SPM kan seronok sangat duk umah bebas takyah pakai kasut bagai. Tetiba whole day sepanjang orientation weeks tu kena pakai kasut & berstokin. Pas solat kena sarung kasut, nak gi makan pun kasut. Kasut kasut kasut. Tiba-tiba masuk hari kedua,ibu jari kuku kaki kiri sakit sangat-sangat. Cuba la bertahan sebab setakat rasa mencucuk-cucuk je. Pastu, satu malam, time nak tido (bayangkan wajib pakai kasut satu hari sampai dah masa nak tidur baru bukak,program memang sampai tengah malam) ,tengok luka kat tepi jari tu berdarah. Dan ada nanah sikit-sikit. Yark! Sakit giler…

Waktu tu jugak nangis-nangis tepon ayah suh amik.Wuwuwuwwuu. Eh,aku bukan anak manja.No no no. Cuma sebab tak tahan sakit sangat.

Esoknya ayah bawak aku gi wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan. Disebabkan ayah staff hospital, terus direct bawak aku jumpa doktor. Doktor picit-picit.Warghhh. Doktor suggest buang kuku tu. Setuju atau tak? Tengah sakit owh, setuju jela.

Tapi yang menariknya time tu, dia hulur boring & pen untuk ayah aku tandatangan persetujuan kebenaran penjaga untuk pembedahan. Pastu eh eh eh,dia tak jadi bagi kat ayah aku.
Dia tanya, 
 "Awak dah 18 kan? Dah masuk matrik ni patutnya dah 18 tahun la kan?Nah, dah boleh sign sendiri."
Weeewit. Besar dah aku. Weewit. Lepas aku sign, dia suntik ubat bius. Adalah dalam 6 suntikan. Tu pun dia tanya lagi, berasa tak dia picit-picit kaki aku. Berasa lagi la aku cakap. Tapi doktor dah tak mau tambah suntik. Overrrrr kau sampai nak lebih dari 6 suntikan. Pastu kruukkkk kruukkk kreekk dia potong & buang kuku aku. Macam potong kertas. Start dari tu, aku pakai sandal, and berstokin all the time,sebab tak nak habuk masuk dalam luka.

De la suara-suara yang sound sebab aku tak pakai kasut. Puas la nak bagitau sorang-sorang. Hoi, sebab kasut la kaki aku jadi gini tau x?!

Heheh. Tak tak tak..bukan sebab kasut actually.
Rupanya sebab salah cara potong kuku.

Sekarang aku tengah sakit cekam kuku lagi, jadi semula setelah sekian lama. Kadang-kadang Amran main-main kat kaki uiiiii seram nak.
Memang berasa kuku yang tengah nak tumbuh memanjang tu cekam isi. Pas jadi semula ni baru aku google kenapa jadi cekam.



Tak boleh potong kuku ibu jari kaki terlalu pendek melebihi isi,camni :
Sumber:Google
Pasni,kena hati-hati la bab potong kuku (T_T)