Sunday, July 3, 2011

Pimple ku Sayang..

Assalamulaikum..

Salam sejahtera ke atas kamu!

Jerawat ohhhh jerawat.
Masalah aku yang tak berhabis-habis.

Punca jerawat:

* Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.

* Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan

.
* Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.

* Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.


* Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.

* Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.


Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
sumber dari (Web)


Baru-baru ni mak cakap
"Awk ni dah 24 tahun dah,takkan hormon tak stabil-stabil lagi..potpetpotpet"

Apa plak..mana tau..dah benda alah ni nak naik..pimple sayang aku,aku sayang pimple.Ahaks!!

Kalau zaman sekolah,kawan selalu tegur,

''Ko dah pakai produk T3?''
Dah.
"T4?"
Dush3.
Kureng~

''Weh aku takut r tgk pipi ko merah-merah"

Ha....Ko tak tau..ni la original blusher u know
(==)'

Segalanya bermula time form 1&2 aku aktif olahraga.
Muka hangus hangit dan rentung.
Mak tegur suh pakai sunblock.
Aku pun pakai la 1 produk yang mak aku suggest.
Then,wow,memang sunburn dah kurang.
Tapi aku neh....maleh nak sental muka.
Balik sekolah berbasikal redah asap kete debu bla3,sampai umah tak basuh muka.
Sedar tak sedar de accessories atas muka.

Naik form 3,kawan tegur,
"Ala mai...sayangnya,muka da putih,tapi ada jerawat pulak..."

O,muka aku putih ye?
O,teruk ye kalau jerawat naik?
Oo..........

Pastu alamak.Alamak.
Baru perasan kalau jerawat naik maknanya cepat-cepat kena control,
kalau tak nanti get worse.

Pastu mula la tny orang tu orang ni,

Weh,ko pakai pe kat muka?Ko plak?Ko?Dia?Then?Pastu?Oo...
Pastu semangat gi kedai cari produk yang sama.
Then try.
Then,gedegung gedegang makin subur pulak kebun haku.

Sampai hujung form 5,ada yang memperkenalkan aku dengan satu produk,
memang sangat menjadi produk ni.
Jerawat,parut,dan segala kat muka aku semua habis.
Time tu baru aku perasan,o..ada tahi lalat ye kat muka aku?
Selama ni kompius dengan pimple.Haha!

Tapi...lama-lama aku stop pakai,since aku tersedar produk tu nipiskan kulit muka aku.
Stop je produk tu,terus pimple naik banyak2.
Seeee?
Betapa bahayanya produk ni.
And produk ni memang hangat kat pasaran sampai sekarang.

After met pakar kulit,baru reda..Alhamdulillah.

Now baru aku realized,
Produk yang sesuai dengan orang lain,tak semestinya sesuai dengan kita.
Sebab produk tu bukanlah berperanan besar pada kulit seseorang.
Kerana pimple datangnya dari 'dalam'.
Darah kotor,hormon,genetik.
So kalau Siti Nurhaliza yang kulitnya flawless giler,aku tak perlu try la produk dia,sebab memang takkan dapat kulit sesihat dia,sebab itu gene~~~
Kalau Wardina yang comel giler tu,aku tak perlu tau dia pakai apa kat kulit sebab kulit dia kalau tak pakai produk apa-apa pun memang secantik itulah.

Lepas baca artikel pasal Maizawati ni:
Dapat disimpulkan,jangan tiru orang pakai produk apa..sebab memang susah nak dapat secantik orang yang memang kulit dia takde problem..
70% jenis kulit anak,datangnya dari jenis kulit bapa.

It is about gene~

Aku tak pernah sunyi.
Pergi mana-mana ada 'teman'~ =D

-Sekian-