Sunday, July 3, 2011

Pimple ku Sayang..

Assalamulaikum..

Salam sejahtera ke atas kamu!

Jerawat ohhhh jerawat.
Masalah aku yang tak berhabis-habis.

Punca jerawat:

* Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.

* Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan

.
* Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.

* Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.


* Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.

* Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.


Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
sumber dari (Web)


Baru-baru ni mak cakap
"Awk ni dah 24 tahun dah,takkan hormon tak stabil-stabil lagi..potpetpotpet"

Apa plak..mana tau..dah benda alah ni nak naik..pimple sayang aku,aku sayang pimple.Ahaks!!

Kalau zaman sekolah,kawan selalu tegur,

''Ko dah pakai produk T3?''
Dah.
"T4?"
Dush3.
Kureng~

''Weh aku takut r tgk pipi ko merah-merah"

Ha....Ko tak tau..ni la original blusher u know
(==)'

Segalanya bermula time form 1&2 aku aktif olahraga.
Muka hangus hangit dan rentung.
Mak tegur suh pakai sunblock.
Aku pun pakai la 1 produk yang mak aku suggest.
Then,wow,memang sunburn dah kurang.
Tapi aku neh....maleh nak sental muka.
Balik sekolah berbasikal redah asap kete debu bla3,sampai umah tak basuh muka.
Sedar tak sedar de accessories atas muka.

Naik form 3,kawan tegur,
"Ala mai...sayangnya,muka da putih,tapi ada jerawat pulak..."

O,muka aku putih ye?
O,teruk ye kalau jerawat naik?
Oo..........

Pastu alamak.Alamak.
Baru perasan kalau jerawat naik maknanya cepat-cepat kena control,
kalau tak nanti get worse.

Pastu mula la tny orang tu orang ni,

Weh,ko pakai pe kat muka?Ko plak?Ko?Dia?Then?Pastu?Oo...
Pastu semangat gi kedai cari produk yang sama.
Then try.
Then,gedegung gedegang makin subur pulak kebun haku.

Sampai hujung form 5,ada yang memperkenalkan aku dengan satu produk,
memang sangat menjadi produk ni.
Jerawat,parut,dan segala kat muka aku semua habis.
Time tu baru aku perasan,o..ada tahi lalat ye kat muka aku?
Selama ni kompius dengan pimple.Haha!

Tapi...lama-lama aku stop pakai,since aku tersedar produk tu nipiskan kulit muka aku.
Stop je produk tu,terus pimple naik banyak2.
Seeee?
Betapa bahayanya produk ni.
And produk ni memang hangat kat pasaran sampai sekarang.

After met pakar kulit,baru reda..Alhamdulillah.

Now baru aku realized,
Produk yang sesuai dengan orang lain,tak semestinya sesuai dengan kita.
Sebab produk tu bukanlah berperanan besar pada kulit seseorang.
Kerana pimple datangnya dari 'dalam'.
Darah kotor,hormon,genetik.
So kalau Siti Nurhaliza yang kulitnya flawless giler,aku tak perlu try la produk dia,sebab memang takkan dapat kulit sesihat dia,sebab itu gene~~~
Kalau Wardina yang comel giler tu,aku tak perlu tau dia pakai apa kat kulit sebab kulit dia kalau tak pakai produk apa-apa pun memang secantik itulah.

Lepas baca artikel pasal Maizawati ni:
Dapat disimpulkan,jangan tiru orang pakai produk apa..sebab memang susah nak dapat secantik orang yang memang kulit dia takde problem..
70% jenis kulit anak,datangnya dari jenis kulit bapa.

It is about gene~

Aku tak pernah sunyi.
Pergi mana-mana ada 'teman'~ =D

-Sekian-



Monday, June 6, 2011

Ujian bertulis MPK

Assalamualaikum

Salam sejahtera ke atas kamu!




Mari menguji minda..dengan soklan2 di bawah ;D

Soalan berkenaan Pahang:

1.Adun Parlimen Kuantan?
2.Terdapat berapa Majlis Perbandaran di Pahang?
3.Berapa daerah dalam Pahang?Negeri manakah yang bersempadan dengan Pahang?
4.Ketua jabatan tertinggi di Majlis Perbandaran Kuantan dikenali sebagai apa?
5.Ibu negeri Pahang yang pertama?
6.Daerah terluas di Pahang?
7.Majlis Perbandaran Kuantan adalah badan berkanun atau..?
8.Universiti yang terdapat di Pahang?
9.Majlis Perbandaran Kuantan terdiri daripada berapa bahagian?
10.Sambutan Hari Merdeka peringkat kebangsaan di Pahang diadakan pada tahun berapa?


Soalan Umum:

11.Benua kedua terbesar di dunia?
12.Negara yang akan menganjurkan sukan olimpik tahun 2012?
13.Negeri di Malaysia yang akan menganjurkan Sukan Malaysia pada tahun 2012?
14.Siapa Menteri Perumahan Malaysia?
15.Siapa Menteri Penerangan,Kebudayaan dan Komunikasi Malaysia?
16.Tong Biru pada stesen kitar semula,adalah untuk bahan buangan apa?
17.Tong Coklat pada stesen kitar semula,adalah untuk bahan buangan apa?
18.E=MC
2 adalah ciptaan siapa?
19.Apakah hasil ciptaan Leonardo De Caprio selain daripada lukisan potret Monalisa?
20.Negara Malaysia diisytiharkan darurat pada tahun berapa?
21.Warna biru pada bendera Malaysia melambangkan apa?
22.Apakah perkara ketiga dalam Rukun Negara?
23.Blue Cube (Kubah Biru) terdapat di negara mana?
24.Siapa yang mencetuskan idea kilat sebagai pemancar elektron?
25.Siapakah Perdana Menteri Australia?
26.Barrack Obama berada dalam parti politik apa?
27.Organ apakah yang memproses glukosa di dalam badan?
28.Apakah software yang memproses perkataan ,selain 'Microsoft Word'?
29.Sultan Mizan Zainal Abidin adalah Agung yang ke berapa?
30.Cukai pintu juga dikenali sebagai cukai ____?
31.Apakah suruhanjaya yang dirubuhkan bagi mendapatkan pandangan rakyat Sabah & Sarawak mengenai penubuhan gagasan Malaysia?
32.Senarai Wilayah Persekutuan di Malaysia?
33.Tarikh penubuhan Malaysia?
34.Apakah nama penuh kapal angkasa yang dinaiki oleh Syeikh Muzhafar?
35.Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua?
36.'Bapa Pembangunan' adalah gelaran bagi Perdana Menteri Malaysia yang ke berapa?
37.Antara negara-negara ini; 'Oman,Jordan,Syria,Mesir'-yang mana bukan negara Asia?
38.Antara universiti - universiti ini; 'Hull University,Massachoute Institute,Harvard University'-yang mana bukan terdapat di Amerika?
39.Siapakah yang mencipta lampu?
40.Jabatan apakah yang menguruskan pengambilan penjawat awam di Malaysia?
41.Ahli negara ASEAN?
42.Fungsi komputer?
43.Apakah daerah Bandar Diraja Perak?
44.Berapakah jumlah rakyat negara China?
45.Siapakah yang menghasilakan penisilin?
46.Siapakah yang membunuh John.F.Kennedy?


Ni 46/60 Soalan yang aku ingat.Jom Jawab!
(^^)v

Soalan-soalan ni adalah soalan ujian bertulis Majlis Perbandaran Kuantan yang aku join 5/6/2011,di Kompleks Belia Indera Mahkota,Kuantan,yang mana dari 24,300 permohonan,hanya 3ribu yang terpilih.Wah!

Soalannya ada yang senang je,kan?
Tapi langsung tak terjangka akan masuk,mean,soalan-soalan yang tak perlukan study as preparation,tapi perlukan our alertness pada environment dan perkembangan isu semasa.

Bukan senang nak gi sit exam ni,kena 'berperang'!
Punya la ramai yang datang sampai nak masuk dewan kena divide group by group,yang mana group tersebut tidaklah dibahagi secara sistematik tapi kena rebut siapa yang berjaya masuk dewan dulu.
Maka terbentuk lah 'group' di dalam dewan.Hahah!

Berhimpit-himpit nak masuk tu,dah macam orang berhimpit-himpit
nak cium Hajarul Aswad di Mekah.
Can u imagine?

Awal-awal sampai,aku nampak ramai giler orang.
Rasa nak surrender,tapi nanti membazir balik kalau tak go on.
Maka brebutla jua

Sampai macam tu na...Nak keja gov punya penangan~
(~~)'


Sorry for those yang bertanyakan apa soalan yang bakal masuk aritu,serius tak boleh jangka apa yang masuk,at the end,soalannya memang tak terjangka!Anyway,goodluck,moga ada rezki untuk kamu-kamu =)


Tuesday, May 31, 2011

Can't avoid (==)'

Assalamualaikum
Salam sejahtera ke atas kamu!

Petang tadi mak tepon,

"Ngah,dah selesa ke kerja kat sana?MPK ada panggil ujian bertulis Ahad ni,nak balik try tak??"


Of course la..nak2!
Mean,lepas kerja hari Jumaat petang,kena terus gerak balik Kuantan.

But the problem is..macammana nak sampai Kuantan ni?
Bas mana satu nak naik pun aku tak reti lagi.
Paling jauh pernah pergi pun,Alamanda je.Hahah.
Itupun kena cepat-cepat balik before 4pm,sebab takut.
Fuh!Asidman betul-betul buat aku taat dengan rumah.
Yep,dalam 2 minggu,dah 2 kali gi Alamanda sorang-sorang.
Y?Sebab cuba untuk takmo ganggu orang dgn nyusahkan mereka-mereka untuk teman~

Misi ke Kuantan....
House mate ajar,kena amik bas kat KL,owh Allah..agak mencabar.
Alone,kalau ada teman,berani jugak.
And niat di hati,kalau nak belajar naik bas pun,janganlah sampai menyusahkan orang.

Time2 macam ni rasa kalaulah aku laki,kan senang.
Even sorang-sorang,
tak perlu risau -rogol,ragut,sexual harrasment,kena culik,kena 'asid'-

Kalau siang,aku berani,tapi lepas kerja kan,dah nak malam...(T__T)

Ye,takmo susahkan orang,sepertimana aku dah susahkan ramai orang dulu-dulu.
Tapi disebabkan tak berani nak gi beli tiket malam-malam,terpaksa jugak susahkan:
Najihatussakinah!!

Misi mencari tiket malam esok dengan terpaksa mengajak Najihatussakinah teman.
Thanks dear (^^)v

I really try to not bother you guys,but still can't avoided..so sorry~


-Sekian-

Sunday, May 29, 2011

Best-kal

Assalamualaikum
Salam sejahtera ke atas kamu!


Me: ''Nak jog boleh x?''

Cik Twin: ''Ala beskal pun peluh gak pe,jomla nek beskal je...''

Baekkkk....

Inilah Cik Twin.

Wo~Nasib baik tak jog,naik beskal pun memang dah peluh & lelah habis.
Nampak sangat lemak terlebih.(==)'

Senyum-senyum.Semangat ni!

Kami ke Taman Botani Putrajaya semalam untuk berbasikal,
Disebabkan datang awal(waktu operasi:9am-5pm),kami dapat pilih beskal yang elok-elok.
Tapi bunyik bunyian kriuk kriuk tetap ada sebagai pemeriah suasana.

Then,warm up dulu kat jalan rata.
Lepas tu.
Lepas tu.
Bukit 45 darjah.
Nafas da mula semput.
Basikal dah rasa berat.
Speed dah puas adjust.
Tiba-tiba rasa prasan paha jd fit.
Trasa perut jadi kempis.
I feel goooood~ =P


Time turun bukit,vroooooommmm!
Rasa lebih laju dari mat rempit.
Tiba-tiba "shreeeeeettttt!!"
Kena brek emergency.

"Sara!Jap2!!"

Owh,mak Cik Twin tepon rupanya.
Kne brek emergency time turun bukit tu utk jawab call.Hahah!

Cuba cari 2 orang budak dalam ni.Hehe.

RM4 adalah untuk sejam.Kami berbasikal dari 9.30 am-11am.
Walaupun dah hampir tengahari,tapi still ok,sebab ada teduhan pokok-pokok.

Lepas dah penat,lepak kat tepi tasik.
Celup-celup kaki dalam tasik,rasa lega sejukkan kaki.

Teringat kenangan terjun sungai-lumpur-lopak time blaja.Best2.

Apa yang menarik,sebelum balik,kami dapat tengok
satu persiapan Garden wedding di tepi tasik ni.
Bunga-bunga hidup,theme kuning.Cantik...(^^,)Betapa skemanya Cik Twin berbasikal.
Beratur ye budak-budak....ngahahaha


Ek Elley~Basikal pun nak sewa ke??
Tapi kalau nak berbasikal kat tempat cantik camni,
takkan nak angkut basikal dari umah plakkan?
Tak logik..tak logik....

Anyway,tempat yang romantik jugak untuk ajak kesayangan berdating dgn cara sihat (^^)

-Sekian-

Friday, May 27, 2011

Geng baling 'Air' punya story


Assalamualaikum..
Salam sejahtera ke atas kamu!

"Girl and Guys who stay around Sunway area please BEWARE. Yesterday evening "Acidman" attack a chinese girl near Sunway Pyramid area.The girl was in her car when she was attacked, now she is in hospital and already blind. The day before which is last Saturday, he attacked a mother and child in SS17, and on the previous Friday morning he attack in Summit."
Baru-baru ni kawan post di-fb-nya bahawa terdapat kes baru simbahan asid toward a chinese girl kat Sunway Pyramid.Ada comment dari kawan dia,bertanya:

"Betul-betul jadi or just berita yang di-forward utk timbulkan huru-hara?''

Ye tak ye,maybe khabar angin.
Baru nak lega then this morning my teammates story mory~

"Sarah have u heard bout new case of acid splashier?"

NO................................y?

"Please beware ya,last night it happen in front of my sis sampai dia jadi takut nak tidur malam coz she c himself tangan victim tu nyaris nampak tulangg you know.blalalalalala"

Mangsa berada di dalam kereta ketika kejadian & sedang mentapau KFC ketika itu,di Cyberjaya.
Dokek dah tu dongan tompek den.
Camno nih.Camno nih.

Eden try buek tak tau lah y0?

(@@)'




Sunday, May 22, 2011

Selamat Pengantin Baru~




5 Saksama yang so far takde sape-sape terikat lagi ^^


Berlomba beskal dari sekolah rendah.


Team berbuka sebilik


Nasik ayam penyet partner =P

Gossips girl~ haha


macam-macam =D


Partner gado sebilik.Hahah!

I am so happy for those yang da sampai ke 'destinasi' memasing.
Tambah-tambah yang da jadi mommy to be.
Sape-sape yang nak kawin pasni,gtau aku setahun b4 kawin yek!wajib.
Nak bersedia mental n fizikal.Hahah!

Dulu-dulu time belajar,gado-gado kan?
Tetapi thanks bcoz all those things make my life colourfull =p


-LOve U FrienDs-

Saturday, May 21, 2011

Favourite Woman

Assalamualaikum

Salam sejahtera ke atas kamu!

Emo.emo.
Sebab wanita pojaan hati dikutuk-kutuk baru-baru ni.

Sape2?

Puan Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot.

Punca?
Sebab beliau lantang menegur dan bersuara akan pendirian beliau.
Then apa jadi?Beliau dikutuk dan wujud page di facebook yang mengkutuk akan 'mulut laser'nya.


What the......

Dari zaman sekolah aku suka Wardina,since dia pakai tudung.
Sebelum tu tak minat.
Sejuk mata memandang.
Kalau aku da sejuk memandang,pe tah lagi laki-laki kan.
Aku minat dia sebab dia ada quality-Beauty with brain!
Bukan cantik tapi otak ting-tong mcm bunyi tin kosong.

Dia lantang mengkritik sebab dia rasa itu tanggungjawab dia untuk tegur.
Sebagai Muslimah,sebagai Melayu.
Tapi dia tak mention nama sape-sape,
so its general opinion dia share dengan fans via fb and twitter.
dan yang melenting kaitkan dengan politik.
Laser atau tak,sape MAKAN CILI AKAN TERASA PEDAS.

Ni adalah blog yang mengkisahkan hal kutukan pada Wardina

Most of them adalah laki!
Yang entah anak bini kat rumah terpimpin ke tak.
Huh.


Wajah lembut pojaan hati ^^

Seterusnya wanita dikagumi adalah Waheeda Abdul Wahab.

Sedih bila dulu dia dikutuk kerana merampas suami orang,yang padahal aku rasa itu dah memang jodoh dia.

Sama ada dia kawin lambat atau cepat dengan Akhil Khayy,
kalau dah tersurat jodoh,kahwin jugak.
Hal umahtangga Akhill & Maizawati,
dah tertulis jodoh sampai situ je,
kalau Waheeda tak interfere,cerai juga..

Ceh cakap pandai,ko da rasa baru tau Maisarah.erk.wuwu~takmo2 (T__T)


Dulu aku suka Waheeda sebab dia pakai tudung,comel, & educated.
Time tu zaman sekolah,aku berangan nak jadi cantik & educated macam dia.
Bukan nak jadi artis,tapi mau jadi manusia macam dia.
Tapi kalau dapat glemer cam dia best juga.Hohoho
Best ke?Oh x best ye?Takpelah.

Secara luaran mereka nampak macam Muslimah yang cuba melawan arus modenisasi dengan cara yang betul.Mean,cuba menjadi public figure yang baik.

Kenapa tak jadikan Ustazah Siti Nor Bahiyah je sebagai Idola??
Of course she also one of my idol,cuma mau jadi sgt berilmiah macam dia,
macam langit dengan bumi.
Tapi dia sangat pandai mendekati golongan muda dengan ceramah ke-ibu-an dia.

So,kutip ilmu dari dia je yang mampu.

~I love Semanis Kurma~











Tuesday, May 17, 2011

Penyimbah asid di cyberjaya??!

Assalamualaikum
Salam sejahtera ke atas kamu!

Semalam mengantuk amat time kerja.
Tapi still boleh perform.Alhamdulillah.
Maybe sbb tidur malam banyak kali terjaga.

And perjalanan ke tempat kerja pagi-pagi,macam biasa.
Sorang-sorang.
Diam-diam.
Mamai-mamai.
Balik kerja,penat amat,tunggu maghrib,then.tdooooo sampai 4 pagi utk bangun solat isyak.
Cik room mate tak tidur.
Cik room mate pun cerita.


''Akak tau tak,pagi tadi,ada orang nampak suspek simbahan asid tu kat kawasan sini?"


------Hah??------

Pagi tadi??
Terus rasa fresh and alert.

Tak keluar umah la aku pasni (T___T)'

Sunday, May 8, 2011

Penempatan reramai

Assalamualaikum
Salam sejahtera ke atas kamu!

Harini hari kedua berada di rumah sewa,di Cyberia Smarthome,Cyberjaya.

Bagi yg nak ke sini lawat haku (kalo ada la) (T______T) :

Perlu jumpa nama tempat ni dulu

Then akan jumpa roundabout,pusing kanan (pukul 3)

Akan jumpa security
Then,jumpa lorong ni.Kemudian,belok kiri
Here is where i live currently
Room mates adalah student MMU,sbelah je dgn rumah ni,diorg ke kelas pun jalan kaki je.
And penghuni rumah ni,ada yg kembar.
Menengok mereka...wat aku jeles!!!
Best jgk kan ada kembar mcm ni,kerja sama-sama,blajar sama-sama,bilik sewa pun sama-sama.
Mean,campak je kemana-mana,diorg tak risau,sbb ada kawan.

Mak!Nak kembar boley??
(T____T)

Semalam agak kekok,sbb kat tempat baru kot.
Macam terkejut pun ye.
Pagi semalam celik mata kat rumah sendiri,harini celik mata dah kat tempat lain.
Magik.Blink2**
So,tak pasal2 homesick.Hahah!

=D

Malam semalam tak lapar, & tak tau nak gi cari kedai makan kat mana.
Adik-bradik kembar ni ajar.
Kalau tak ke kedai....order delivery.
Then akan hantar ke rumah.
Memang mcm kat hostel zaman blaja dulu-dulu.
Okeh,i folo u la twins..
Nak mrasa.
Next time dah tau itu ini,i think i prefer jalan gi kedai kot utk tapau.
Tak pun masak.
Sbb,bosan!Ergh....


Tapi petang,kira2 pukul 6,aku gi jalan2 & utk tapau makanan.
Dekat sangat tempat nak beli belah nya.
Cuma aku ke-kekok-an coz susah nak jumpa melayu,most of them are foreigners.
Student MMU kot.
Maybe aku kuar tak kne masa.Ngehngeh.



Aku pun cepat2 tapau & blah!



Friday, May 6, 2011

Bonda~

Assalamualaikum

Salam sejahtera ke atas kamu!

Sana-sini sambutan Mother's Day.
Sempena sambutan,mau la bercerita tentang bondaku~ =)

Dari kecik org slalu ckp aku iras mak time muda.
Iras tang mana aku pun tak tau.
Puas belek depan cermin telek jrawat telek tahi lalat,telek dagu,mana sama!Takde2!

Tapi orang da cakap camtu,aku trime dgn banggga..
Sbb mak cantik zaman muda (0''o)

Cantik tapi...garang.ops.

Orang kata bila anak prempuan iras mak,anak lelaki iras ayah,jadi tak skepala.
Kami mmg tak skepala.
Ada je yang nak digaduhkan.
Gaduh pun sbb aku mlenting balik.
Haha.

Dek krana aku rasa dia garang,maka aku tak reti nak show sayang kat dia scara zahir.
Tapi mmg syg..
Sebab garang dia aku jadi orang.
She show her concerns through 'bebelan'.
Pas emo kena marah,kadang-kadang tak boleh terima tguran dari dia.
Tapi bila pk balik,apa yg dia tgur tu ada betulnya.
Maybe kerana 'dah lebih dulu mkn garam'.
So senyap-senyap,aku trima nasihat dia,lepas da pk blk.
=D

Setiap mak ayah mesti dah rencanakan yang terbaik utk anak2 dey all kan?

Jiwa remaja byk guna emosi dari guna otak.
Mak cuba guide yang itu.
Dia menjadi seorang ibu yang melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin walaupun cara garangnya kadang-kadang buat aku sangat tak faham.
~

Thanks Allah for giving me a great mother.



Thursday, May 5, 2011

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Assalamualaikum..

Salam Sejahtera ke atas kamu!


Ada sape2 minat menyertai kerajaan (tentera)?

Pengambilan dijangkakan bulan 6,terbuka bagi graduan Diploma & Ijazah

Secara fizikal,
Wanita:
Tinggi/Berat:1.57m/45kg


Lelaki:
Tinggi/Berat:1.62m/47.5kg

BMI:18-23


Permohonan boleh dibuat dengan menghantar salinan-salinan berikut:

-Ijazah/Diploma
-Transkrip
-SPM/SPMV
-Kad Pengenalan
-Sijil Berhenti Sekolah
-Sijil Kelahiran Pemohon,Ibu & Bapa
-Sijil Kokurikulum
-2 Keping sampul surat berukuran 20cm x 28cm,
bersetem 50 sen &beralamat sendiri.
Sila catatkan pada sebelah kiri sampul sama ada permohonan untuk tentera Darat,Laut atau Udara Malaysia.
Goodluck!



Klik pada pic untuk tumbesaran





Langkah baru

Assalamualaikum

Salam sejahtera ke atas kamu!

Baru2 ni ke KL untuk sign agreement kerja baru dgn mak,ayah & adik.
Betapa aku disayangi sebab ditemani mak ayah sampai ke bilik perjumpaan tu pun,
siap tolong baca agreement tu sama-sama.
After dah sign,ayah siap tolong semak lagi,kot2 ada yang terlepas pandang.Hahah!

Pakguard,operator yang kawal pintu keluar masuk bangunan tu pun terkelip-kelip,
sengih-sengih pelik tgk aku bawak mak ayah teman.

"Erm..yang nak sign agreementnya,sorang je kan pakcik,makcik?"

=D

Tertangkapnya gambar ni sebab ayah boring aku baca lama sgt ;)


Lepas je ayah aku snap pic ni,aku suh dia tunggu kat bilik ni.
Ayah,tolong jaga surat tu,ngah tak tahan nak gi toilet!!


-Sekian-

Saturday, April 23, 2011

Small Stall.A polite Worker.

Assalamualaikum.
Salam sejahtera ke atas kamu!


Semalam ayah tak kerja.
So ktorg breakfast sama-sama kat gerai roti canai.
Even gerai tu kecik,kedudukan pun kat simpang jalan je,
tapi roti canai dia best.

Namun begitu,roti canai yang garing lagi sedap bukanlah tajuk utama cerita ini.Ehem ehem.


Kedai tu bukak lambat.
Pukul 8 lebih baru beroperasi.
Maybe sebab yg urus kedai tu,dua org je.
Yela gerai kecik kan.
So aku selalu la frust sebab tak dapat pekene roti canai dia pagi2 before keje,
dapat lalu depan gerai tu pun jadila~amik bau.Hahah!

Ada sorang pekerja ni,(kat gerai tu ada dua je yg keje,bos and budak ni)
tiap kali amek order,senyum kemain.Lelaki ye.
Manisss je muka dgn pelanggan (^__^)
Jari dia akan menunjuk arah,dengan menggunakan ibu jari tangan.
u know wat i mean??u know wat i mean??? !
camni:

Gemuknya tangan...(==)''

Tiap kali dia pulangkan baki duit,or nak hantar hidangan,dia akan tunduk hormat and hulurkan duit dengan cara macam ni:


Tak pun camni:


Cara memberi barang @ memulangkan duit sangat penting ketika urusan niaga.
Tu etika yang diajar time aku part time dulu.
Budak ni praktikkan.
Even kat gerai kecik.
Memang berbunga2 la hati kami sebagai pelanggan.
Kalau kat restoran grand2 tu normal la kan.

Lepas habis breakfast semalam,dan nak bredar,budak tu dekati ktorg.

"Pakcik,selama saya kerja kat sini,saya mintak maaf ye jika ada tsalah laku and layanan.
Harini last saya kerja sini,hujung minggu ni dah nak sambung blajar smula dah''

Budak tu bercakap dengan rendah suara.
Ayah aku tak ckp pape lagi,aku yang jawabkan

''Takpe2,awak x wat salah pape pun,ok2 je seme"
Heeeeee.

Dalam kereta ayah gitau,budak tu akan sambung Master.
Sopan & pandai.
Goodluck ye budak!
Orang sopan macam tu berhak dapat doa dari seme~ =)


-Sekian-


Sunday, April 17, 2011

Penipu keji

Assalamualaikum

Salam sejahtera ke atas kamu!

Rakyat Malaysia dkenali dengan sikap pemurah.Betul ke??
Maybe betul..Dats y meminta sedekah boleh dijadikan "kerjaya".
Dan kerana "kerjaya" itulah,ramai yang betul-betul memerlukan tertindas.


Citer 1


Time ni aku kat terminal Larkin,Johor Bahru,nak balik Kuantan.
Sementara menunggu bas bergerak,ada sorang makcik,
dengan muka sedih,bawak anak dia naik bas.
(Dalam gambar yang tak brapa jelas ni,anak makcik ni,yg duduk atas benda kuning tu,makcik tu,yg berbaju ungu duduk di tiang)
Then mintak sedekah dari seat ke seat.
Terdetik 'orang ni betul2 susah or x?'
Tapi bagilah jugak.
Kalau betul dia susah,kita dapat bantu.
Kalau dia tipu, "ko sendiri jawabla dgn tuhan"

Dia tak habis round seat ke seat lagi,driver bas dah halau.
Eh,kejamnya pakcik ni.
Tapi,rupanya 'kejam' bersebab.

"Inilah masalah rakyat Malaysia,pemurah sgt tak soal selidik dulu orang yg mintak derma tu.
Saya bukan nak halang awak semua buat baik,tak,
tapi saya dah kerap sgt bawak bas ke sini,saya dah kenal sape makcik tu.
Awak ingat dia betul-betul susah ke?Tak!
Henfon dia tak main la macam kita-kita ni,
yang mahal2 dekat sribu tu sbijik kalau awak semua nak tahu!
Dia tak bawak anak dia mkn kat gerai2 tepi ni,tuh,tiap2 tengahari bawak anak ke KFC.
Tu,peniaga buah tepi tu nak bagi buah yang dah tak dijual pada dia,
anak beranak sombong,taknak trima.
And bukan dia sorang buat keje tu,entire family buat.Dia and anak kecik tu naik bas ni,anak-anak yang lain kutip kat bas lain"

Okeh.Tersentap.Baru je nak berfikiran positif.


______________________________________________________________________

Citer 2

Ayah ke stesen minyak untuk pam tayar keretanya..
Dari jauh,dia nampak sorang budak laki mengheret basikal buruk menghampiri dia.
Bermuka kusam,berbaju lusuh.

"Pakcik..boleh tak mintak rm2,saya lapar nak bli makanan..air saya dah ada ni"

Ayah tak endah.

"Pakcik..boleh tak mintak rm2,saya lapar..air minum saya dah ada"

Budak tu repeat,mungkin dia ingat ayah tak dengar...

Sekali lagi ayah tak endah.
Budak tu berlalu.
Waktu tu baru ayah tengok dia betul-betul..

Budak tu masuk longkang,kutip tin2 kosong,masukkan ke dalam kotak pada basikal dia.
Jalan & jalan lagi.

Ayah berhentikan kereta dekat budak tu.
Ayah hulurkan RM2.

"Terima kasih pakcik..."

Then ayah terus drive ke hospital,tempat ayah bekerja.
Otw balik,pusing kat bandar,dia terserempak dengan budak tadi,
sedang kutip2 tin kat tepi2 jalan.

Ayah brek kereta mengejut,membuatkan kereta belakang dia time tu marahkan ayah.
Ayah tersentak.

Budak tu rupanya betul-betul miskin & lapar,bukan buat-buat.

Ayah hulurkan duit extra.

"Eh,apa ni pakcik,byk sgt ni.."
Walaupun duit yang ayah mampu hulurkan time tu tidaklah banyak.

'Adik dah mkn?'
Ayah bertanya.

"Belum pakcik.Lepas saya dah siap kerja nanti,saya makan"

'Okeh2,adik teruskanlah kerja,tapi jangan tak makan ye'

Dalam kereta,ayah menangis....huuuuuu (T__T)

Besarnya kesan penipu kepada orang yang betul-betul memerlukan.



-Sekian-

Thursday, April 14, 2011

Tom & Jerry

Assalamualaikum..salam sejahtera ke atas kamu!

Sape suka dengan kucing, angkat tangan macam saya!!!soley~soley~
=D

Kita dah biasa tengok kucing telentang buat muka comel+innocent+muka mintak penampar.eh,friskies tu,kan??


Kali ni,meh nak show lawan kucing yang tak kurang comelnya,meniru-niru aksi comel si kucing,mintak belas kasihan.
Inilah kisah tom & jerry.
Hahaha.
Seeeeee...En.Jerry pun pandai telentang ma....

=D

Sebelum telentang tu,dia menguap dulu 2 3 kali.
Haih..awatla wat camtu..
Kan aku da 'jatuh hati'


Gilo sudeyh...(==)'


-Sekian-

Tuesday, April 12, 2011

Moh kita berkemahiran!

Assalamualaikum..Salam Sejahtera ke atas kamu!

Baru-baru ni join Prof Noriah gi meeting NCWO
(National Council of Women's Organization) zon Pantai Timur.

Saje-saje join,sbb diajak.
Walaupun tak tahu motif.
Asalkan dapat makan sedap kat hotel 5 bintang.Hahaha =P

Meeting ni dibuat di Zenith Hotel,Kuantan.
Actually Prof ajak temankan dia & sekaligus dedahkan aku and Hayati dengan benda-benda macam ni.

"Daripada awak berdua duk rumah tak buat apa,baik ikut saya"

Baekkkkk.

Prof dilantik tak pasal2 mnyandang timbalan NCWO.
Bkerut2 dahi dia,sbb dia takmo jawatan tu.
Tapi senyum dalam keterpaksaan sepertimana gambar di atas...=D

Presiden NCWO ni adalah Dato Maznah Mazlan.
Kebanyakan yang hadir plak wanita2 berjaya sperti arkitek,doktor,businesswoman and else.
Oh rendahnya trasa diri ini (T___T)
Rasa mau jadi mcm mereka even tak terer mcm mereka.wuwwu~

Pengisiannya,aku rasa tak byk.
Maybe sbb 1st time join.
Tapi,pas dengar ceramah Dato Maznah,baru terfikir,
tingkatkan kemahiran pada diri,yg boleh tingkat pendapatan.
Dapatkan sijil2 kemahiran yang boleh jana pendapatan.
O ye.Aku minat menjahit.
Y not gi kelas menjahit??
Lombap aih.Nak tunggu ceramah camni ke baru nak terfikir (==)''


Kemahiran terbahagi kepad 5 level.

Misalannya kemahiran menjahit.

Level 1 : Pandai menjahit baju kurung,baju melayu leher bulat.
Tp still takleh amik upah,sbb kualiti jahitan tak lawa lagi,baru basic level.

Level 2: Kemahiran menjahit baju kurung dah diperbagaikan,dah boleh menghasilkan baju kurung moden,baju kebaya dan sebagainya,also baju melayu dah boleh jahit leher cekak musang.
Dah boleh trima upah.

Level 3 : Dah boleh bekerja di kedai2 jahit,dah boleh dihired.
Pakaian yang dijahit,selesa and serba cantik.

Level 4: Dah boleh bukak kedai jahit.

Level 5: Dah boleh bukak kelas@akademi jahitan.

Begitulah jugak dengan kemahiran-kemahiran lain
seperti andaman,perpaipan,elektrik,kimpalan dan sebagainya.

Ada orang yang memiliki kemahiran2 ni,tapi takde sijil.

So if dia tiba2 nak bukak kedai or pape yang memerlukan sijil,
dia boleh dapatkan sijil,
dengan syarat dah ada pengalaman menggunakan kemahirannya,selama 3 tahun.

Kerja susah nak dapat nowadays,
tambahan pulak,prempuan,
yang perlu bersaing dengan laki2,dalam industri.
So,kemahiran2 macam ni yang boleh bantu tingkatkan taraf hidup.

Maybe jadi sampingan.

Mau ke kelas menjahit..Kat mana ya di Kuantan???

(^^)v

-Sekian-

Friday, April 8, 2011

Scanning???


Salam Sejahtera ke atas kamu!

Dah lama tertanya2 hal ni.
Biasa tgk kan org lepak,dengan kawan,kat restoran or mall ,lama lak tuh?


Tapi kalau sorang2,tmenung lama2,tgk org kiri kanan atas bawah, tak rasa hairan ke,

what are they doing actually???


Gambar atas ni adalah contoh situasi,di kedai makan time aku breakfast before masuk kerja.
Lama dia termenung sorang2,org lain dah mulakan kerja,sampai la customer dah sampai,dia
still menetap kat situ.

Think positive...Maybe mereka2 :

-Saje boring2 tgk orang lalu lalang,tgk gelagat orang.
-Kepenatan..
-Sedang bermuhasabah diri.
-Sedang fikir problem or sedang plan nak watpe pastu kowt?


Eh.Eh?Pehal lak aku yang sibuk2 hal diorang nih?

'Orang tak kacau ko,ko pehal?ko takyah ar amek kisah.
Ni ko yang perhatikan orang lbih2 lak kan.'

Sebab orang macam ni menakutkan aku bila dia tgk kita segenap inci dari atas sampai bawah.Scanning??

Tak salah kan mereka kalau kita yang berpakaian cam sarung nangka and pakai 'baju adik2'.
Tapi kalau dah pakai baju kurung longgar pun pandang macam tu...
Tambah2 baju sekolah.

One day aku balik skolah,berbasikal 3 orang.
Singgah kedai goreng pisang nak minum ABC.
Sorang pakcik ni yg tgh lepak2,obviously tgk dari atas sampai bawah.
Terus kami2 tak jadik singgah.Tapau jelaaaaa.
Gerun.

Pe ke heinye pokcik???
Seksi sgt ke baju skolah besar gdabab compang camping kami ni??


-Sekian-

Stairs

Salam sejahtera ke atas kamu!

Pagi ni nak cakap pasal tangga.

Gambar di atas merupakan gambar tangga,bagi mereka yang masih tak kenal apa itu tangga.
Tangga merupakan binaan yang bertingkat2,yang membolehkan kita naik dan turun.
Ye,kerana tangga lah kita boleh sampai ke tingkat atas,kerana tangga juga lah kita boleh turun ke tingkat bawah.
Tangga sangat bermanfaat ketika lif rosak.

Sekian definisi tangga. =D


Sbenaonya aku nak cakap fungsi tangga ni kat aku sepanjang aku bosan2 keje kat cni. (^^)v

Smenjak da keje,baru aku faham,prasaan maleh yang mnebal membuak2 utk bsenam.

Maleh yg melampaui batas2 normal manusiawi.Eceh.
So aku mencabar diri snirik utk sama skali tidak menggunakan lif time keje.Yeah,i dare myself!!

Punya la da lama xbsenam,nak sampai aras atas skali tu,level 5,rasa nak tercabut paha.
Ni mesti 15kg kat kaki saje.
Tu yang rasa nak jatuh tgolek2 kat tangga tuh.Haha
Kalo bleh rasa nak tinggal jap peha kat situ,da hilang penat,gi kutip balik.bole ke camtu??(==)'


Even fungsi tangga pd ksihatan nampak kecik jek,tapi beberapa perkara pasal kesihatan yang kita boleh detect,apabila menggunakan tangga:

-Baru sedar berat badan macam gajah.

-Kekemasan lutut boleh disedari (betul ke istilah kemas tu),
kalau rasa kaki mcm tercabut tu,ado maknoooo la tu.

-Suka hati je jalan laju2,kaki no poblem ma.
Tapi suruh je turun naik tangga,tiba2 leh rasa sakit.Owh,ada poblem rupanya kaki aku.

-Mengah2,stamina semput tak cukup fit.



Hargai tangga di sekitar anda anda =P

Tak berkesempatan beraktiviti panjat gunung?
Moh panjat bangunan tinggi.



-Sekian-



Saturday, April 2, 2011

Tot tet tot tet

Salam sejahtera ke atas kamu!

Cuba teka,apo bondo eh tajuk ni??
(^^)v

Cerita mak yg baru balik dari surau.

Mak:"Ngah,bukak pintu ni".
Tgn mak ada barang,pulut kuning dibawak balik dari surau.

Mak:"Nah.Brebut dgn budak2 nak membolehkan dapat pulut kuning ni.Time moreh kemain diorg brebut makanan.Time solat,borak je lebih spanjang org bjemaah.'Tot Teettt Tot Tet'.Bila masa diorg smayang ntah".

Aku:"umur brapa dak2 tu?"

Mak:''Paling bsar darjah 5 kot"

Loh....

Haish.Budak2~Haha


"Tot tet tot tet" = Bunyi bdk2 borak.
Comel kan? =P

A Gift~

Salam Sejahtera ke atas kamu!

Hari ni pergi jalan2 Kuantan utk cari barang.

Buat si Bongsu,
Abg,akak ipar,aku & adik share skit sorang utk blikan
hadiah fon kpd bliau atas kputusan exam bliau.

Mak oih..crewet nao taste.
Nak yang kecik,
Nak yang comel2 je design.
Jiwa estetika betul.
And fisrt design yang dia nampak cantik,kaler pink!!

Si bongsu ni laki okey.Laki.
Aku tolong usha kan design fon,sambil2 tu,dia pergi cari kasut.
Cari kasut saje dah sparuh hari nak cari yang dia berkenan.
Belum lagi habiskan keje-keje usha fon.
Sementara nak tunggu dia wat keputusan,sempat la aku gi shopping shawl selai dua ~ =D


Sony Xperia.


Fon ni comel & harga dalam bajet.
Bulat penuh mata adik aku tgk.
**Blink2*

Cute,kecik.Design cun.
Touchscreen & keypad.
Camera 5mp,ada wifi seme tu.
Tapi kekurangan dia,bluetooth hanya boleh sesama model ni jek.Owh sayang.

Rasa cam taknak blikan utk bliau.
Bli kat aku la.Hahaha


So tak jadi.
Suh bliau tgk design fon2 lain,tak minat.


Penat jek nak nunggu mamat neh pilih.
Last2 brainwash dia suh minat yang ni:

Sony Hazel.

Mula-mula dia tak minat.Besar la,apa la.
Tapi bila da bagi dia pegang,senyum tak henti2..
Budak2~ =D

Seronok jek rasa bagi hadiah kat org.
Tambah-tambah kalau yg bila da dapat senyum tak henti2 camtu.Hahaha.
Next time nak bg hadiah lagi la kat sape2.**Wink2

Abg,Kakno,Kakcik.
Mission Complete!