Wednesday, October 29, 2014

Cuti-cuti Melaka

Salam sejahtera ke atas kamu!

Sempena cuti panjang last week, kami-kami (family husband) ronda-ronda Melaka membawa hajat FIL nak jalan-jalan sana.
22/10-Deepavali
23/10-Amik Cuti
24/10-Cuti Birthday Sultan Pahang
25/10-Maal Hijrah

Lumayannya rasaaaaaa. Heaven! Hehe.

22hb~
kami sekeluarga dah gerak ke  KL tidur rumah akak ipar. So 23hb tu dekatlah sikit nak travel ke Melaka. Alhamdulillah perjalanan mudah sebab time kami gerak ke KL tu, malam around pukul 8, Amran main-main sekejap dalam kete, then tidur straight sampai destinasi sebab time tu memang dah waktu tidur dia hehe. Tapi bila dah sampai sana, dia susah plak nak tidur, mau tak excited sebab tempat & suasananya lain, puas pujuk tidur,tapi dia nak main! Dalam pukul 2 dia tidur & celik je mata pkl 6 ++, terus excited nak keluar bilik, nak explore umah maklong.

23hb~
Lepas breakfast, dalam pukul 11 kami gerak ke Melaka. Family SIL tak dapat join lagi coz dia tak cuti. Homestay kami di Vista Kirana, tapi dalam maps tak berapa nak senang cari since dia perumahan baru. So if ada yang nak ke Vista Kirana Melaka, cari lah Tiara Melaka Golf & Country Club, Vista Kirana betul-betul setentang.
Tu, yg kat titik merah tu la Taman Vista Kirana 
Letak barang bagai, mandi –mandi rehat sekejap, kami sekeluarga pun keluar  & mula berjalan. Tempat pertama of course la bangunan merah Melaka. Kat situ lah kami set untuk jumpa family SIL nombor 2, ye aku ada 2 SIL, nombor 1, nombor 2 :P  Lepas dah round bangunan merah, kami naik ke Runtuhan Gereja Saint Paul & A Famosa. 
Pic sumber dari :Facebook Kak Ipar :P
Tapi muzium kapal & muzium Melaka kami tak gi, sebab dah petang & lapar.  Sebelum balik, naik Taming Sari. FIL takmo join sebab dia risau muntah pening tengok pemandangan pusing-pusing. Naik mende alah tu je dia tak join. Yang lain seme dia join dengan steady nya. Umur 70 tu, kagum2. Time tu kami masuk sorang kena bayar RM10. Sementara tengah tunggu giliran naik Taming Sari, lama jugak bilik tu dibersihkan. Rupanya ada orang muntah dalam tu. And bila dah masuk sendiri, memang ‘berayun’ jugakla kepala ni. Haha!
Amik pic orang lagi :P
Malam? Rileks kat umah makan malam. O ye. SIL bawak bahan mentah dari umah masing2. And masak kat umah homestay tu. Apsal aku tak rajin cam diorang? Dengan tak malunya mintak sikit bahan masak nak wat bubur Amran (==’)

24hb~
Pagi tu makan nasik lemak homestaymade :P Pastu jalan-jalan Mini Melaka. Even dah pernah pergi & tau rupa rumah-rumah tu, tapi still seronok nak masuk. Apsal ek? Maybe sebab selesa je rasa tiap kali masuk & kayu-kayu nya cantik. Sorang dewasa RM16.90, kanak-kanak RM5.
Yang kelakarnya, baru masuk rumah keempat,seme dah penat.Lama lepak dalam dalam umah tu. 
O ye, dalam umah ke 4 tu, de orang masak-masak roti jala & tea panas. satu set RM3.50 - ada roti jala 3 keping dgn kari ,secawan tea panas. Lagiiii lah buat orang nak lepak lama-lama dalam tu. Memang fe-feeling kat umah sendiri lah.

Pastu masuk umah Perak,kot kalo tak silap aku. Dalam tu de jual kuih tart. Nyum.Fevret.Beli satu bekas RM8, de 10 keping.

Bawak masuk ke umah sebelahnya, umah Pahang. Time nak masuk tu de 3 orang dancer masuk, diorang cakap diorang nak nari dalam umah Pahang tu. Eh2,sedang elok nonton sambil makan kuih beli tadi ni.Hehe.

Tap tap tap diorang buat step nari, pastu offer penonton nari sekali. Wahhhh. Sesi lepas gian! Sebab tak ramai dalam tu,so jadi muka tak malu muahaha! Even tari cam kayu, bolehlaaaaa. Senaman :P
Habis round umah-umah tu dalam pukul 1, balik. Sebab nak rehat & makan. Asalnya pukul 4 nak masuk semula Taman Mini tu utk tengok persembahan tarian plak (make sure tiket masuk tadi masih disimpan), tapi tak sempat sebab FIL request nak makan masakan masak sendiri, so masa utk memasak dah lama, tak sempat. Pukul 6 keluar semula untuk ke perigi Hang Tuah. Takde apa sangat kat situ except tengok perigi je. Then beli cenderahati.
Beli cenderahati banyak, percuma mende garu ni. Ahahah. Abaikan muka batakku itew.
Malam? Round River Cruise Melaka. Amek seat depan sekali. Kemain Amran amik angin macam dalam filem Titanic gitu. Nasib baik tak selsema. Hahah. 
25hb~
Kami gerak ke Muzium Hang Tuah plak. Panas. Aku round 2 umah je, Amran & Husband round habis dengan anak-anak sdara yang lain. Tapi muzium tu memang cantik senibina Melayu habis! Kalau la boleh dapat rumah cantik camtu. Verangan~~
Kat situ ada camera utk padanan wajah dengan model badan bersamping. 
Test kat Amran. Hehehe.Cute sangat muka tak padan dengan body.Pun bolehhh.
Habis round, kami ke  Restoran 35 Asam Pedas, Banda Hilir, Melaka. Orang kata kat situ asam pedas dia sangat best. Kebetulan time tu aku tengah takde selera nak makan lahaiii. Tapi makan la jugak lauk dia. Erm. Sedap! Sebenarnya ni first time aku makan daging asam pedas. Menarik. Nyum2. Recommended. Memang sedap. Dan aku tengah terliur tiba-tiba ni. Kena masak nih. Haish.Haish.
Habis makan. Balik, packing & bersihkan homestay. 


Sebenarnya waktu aku duk mencari homestay, yang dekat-dekat dengan pusat bandar semuanya penuh. Ada yang tak penuh tapi mahal sangat. Ada yang murah tapi bilik tak cukup. Ada yang harga ok, bilik banyak,tapi tak boleh stay ramai-ramai. Hampeh. Walaupun homestay yang kami amik ni agak jauh (dlm 10-15minit dari bandar), tapi kami puas hati. Dapur luas, rumah luas.Bilik cukup 5, semua aircond. Barang dapur juga lengkap dengan alatan masak. Mesin basuh,semua lah! Ni blog dia, go visit & booking cepat-cepat. Vista Kirana Homestay, Melaka.   Tuan dia pun baik. 10 bintang! (^^)








1 comment: