Books




Novel ni di-suggest oleh adik laki bongsu aku.
Rasa macam nak jadi budak baik bila baca novel ni =)
Alkisah,Amir Mukhlis,seorang pemuda serba sederhana,yang berkelakuan sederhana tetapi pendirian Islamik yang tinggi,secara tak sengaja telah membuatkan ramai wanita jatuh hati dengannya.
Bermula kisah,seorang wanita ,Wardah, yang menyayangi Amir,tetapi dipaksa berkahwin dengan orang lain,berakhir dengan kematian,apabila kerap kali diseksa suaminya.Di akhir saat hidupnya,Wardah kerap kali menyatakan perasaan terkilannya kerana tidak dapat hidup bersama lelaki beriman, Amir kepada sahabat karibnya Tasnim.Ini menyebabkan Tasnim merasa ingin tahu sejauh mana hebatnya Amir sehingga Wardah terlalu susah melupakannya.
Tasnim mencari Amir,dan selepas mengenal sendiri Amir,Tasnim mula faham akan punca Wardah terlalu kasih kan Amir.
Amir seorang lelaki Islam yang sangat beriman.
Teguh akan pendirian terhadap Islam.
Pandai menegur dengan cara yang berhikmah.
Tinggi kesabaran dalam berhujah tatkala diberi soalan berbentuk provokasi.
Taatkan ibu bapanya.
Sangat hormatkan wanita sebagai kaum yang lemah.
Bijak mindanya.
Lembut butir bicaranya.

Tersentuh owh baca novel ni,sebab ni bukan novel cinta,tapi more to describe ciri-ciri wanita muslimah yang dicari-cari oleh kaum lelaki yang baik,dalam bentuk cerita.
Pandai adik laki aku pomot kat aku ye.Tenqiu manyak2 Mukmin~