Tuesday, September 10, 2013

Musim haji yang tiba lagi~

Salam sejahtera ke atas kamu!

Musim haji  ♫♪♫ ~ Telah tiba lagi ~ ♫♪♫  (Sape ingat lagu ni?)


7 September 2013, kami adik beradik & sepupu, hantar mak & ayah ke Kelana Jaya.Alhamdulillah dah tiba masa mak ayah dijemput menjadi tetamu Allah. Dan Alhamdulillah, mereka dapat pergi bersama-sama. Kuranglah sikit kerisauan kami adik beradik.


Flight mak ayah sepatutnya jam 1.00 am tapi ter-delay 2 jam,mesti mak ayah penat amat.


Lepas Isyak, mak ayah dah masuk balai Kelana Jaya. Kami tiba ke Kelana dari Kuantan lebih kurang jam 4 petang. 


1 perkara aku nak komen pasal lokasi Kompleks Tabung Haji ni. Apsal ko duk dalam taman perumahan orang oii ~ !!Sila la tukar lokasi. Puas makan buah 'langsat' nak mencariknyehh.


Tengah-tengah sesat tu, abg & kak ipar suruh install waze.

Dengan kadar segera install! Dan sangat berguna. 
Memang ia tunjukkan shortcut, 
sampai celah - celah taman orang ha dia bawak lalu. Heheh.
Mekasih Waze!




Dalam 4 jam++ jugakla menunggu. Ramai. Hujan lebat. lapar.Yang tak

de kena mengena ni pun asyik lapar, bakal jemaah apatah lagi.  
Walau penat, tapi seronok, sebab leh lepak-lepak 1 complete family kat situ.

Nasib baik suami dah pernah ada pengalaman menghantar ayah ke haji sebelum ni, maka dapat arrange beg mak ayah kat barisan awal-awal untuk masuk awal~


 Time ni mak baru terima beg gantung, cute beg ni katanya. Hehe.

Bila tiba masa mak ayah nak bergerak ke balai, salam peluk cium. Fuh, nasib baik tak nangis.


 Betul-betul sebelum mak ayah bergerak masuk balai.

Lepas dah selesai urusan mak ayah, kami adik beradik pun bergerakla ke hotel. Nasib baik kak ipar dah pindah KL, leh tolong book hotel. Maka berlonggoklah kami di hotel tersebut~ Tapi..bilik berasingan :P


Sebelum balik bilik, kami-kami gi cari makan dulu kat Kg. Baru. Masing-masing muka penat, time order semua tak memilih, konon tak de selera. Order set makan untuk 5-6 orang. Licin! Tak pernah hayat makan ramai-ramai camtu sampai licin menciut-ciut!Lapar dalam diam.Pas dah kenyang sikit baru semua leh borak2 & sembang2.hahaha.


Kenyang perut senang hati. Balik tido.Esoknya jalan-jalan. Pastu berpisah.Rasa cam tak puas spend masa dengan siblings sama-sama.


Mak ayah dijangka balik 23/10/13. 

Sangat harap mereka selamat semuanya.
Dan kami akan berkumpul lagi. 
Time tu maybe kena sewa homestay. Mesti!

Alkisah ternangis jugak bila dah balik umah mak. 

Guna kain smayang dia. De bau, tapi orangnya takdek. 
Lainnya rasa.Erk.Sebak.Sob2~

Ketika ketiadaan diorang, aku & suami perlu kerap jenguk umah, memandangkan sebelum ni dah pernah dipecah masuk. Risau.


Dan, budak ni, of course aku jugak kena jaga. 

Buat masa sekarang tergedik-gedik kat umah mentua, & tengah aktif memburu cicak. Heheh.

Oh ye, sempena nak hantar mak ayah, aku try order tudung dari Elle ZadaKonon-konon nak bagi kena tema, kena la pakai alim-alim skit nak hantar orang gi
haji neh.Heheh

Memang agak kekok kalau tak biasa bertudung besar, tapi seriously tudung ni aku pakai rasa selesa amat. 
Tak panas even besar.
 Tak panas even kaler aku pilih tu hitam.
Jenguklah, n try!
Benda elok apa salahnya promote kan~ :D


5 comments:

  1. kita pun baru beli ari tu.. tp soft awning.. kain dia best, tp x kene ngan muka la mai.., muka bulat la katakan.. x mcm muka mai..bujur sireh..hehe3.. rasa mcm nak let go la plak.. huhu3. mai nak beli?? he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. soft awning? xbrani try jugak yg soft..sbb sama jela,muka kita bulat.tambah2 keadaan skrg.hahaha.amek yg kaler pe qalbi?

      Delete
    2. winter bluebell..hehe3.. ala.. mai, bulat2 pun..kalo dah cntik, pakai apa pun cntik kan..hehe3.=)

      Delete
    3. auw..mekasih..hehe.. :D
      cantik kaler 2.soft jek.da try pakai dgn anak tudung awning?

      Delete
    4. emmm.. x try lg.. but thanks bg idea tu..sbb x terfikir plak nak wat cm tu..hehe3
      nnt kita nak wat entry pasal tudung ni jugak.. just wait n see ea..hehehe

      *tetiba rindu la kat mai nak belajar main2 tudung..heeee

      Delete