Friday, September 27, 2013

Kelegaan


Assalamualaikum,
Salam sejahtera ke atas kamu!

Semalam sekali lagi kena gi klinik untuk check up.
And finally, lepas dah tiap-tiap  minggu asyik kena g jumpa nurse tersebut, akhirnya lepas ni,
sebulan pulak baru jumpa semula.

Howwyyyeahhh!



Dan result darah bg ujian kencing manis sebelum ni, -ve, Alhamdulillah sihat walafiat.

Masuk minggu ni, baby dah berusia 22 minggu.
Time nurse ukur lilit perut, ngam-ngam 22 cm.
Katanya tu ukur lilit ideal 22 minggu usia baby, kalau terlebih besar maybe baby sebenarnya bukanlah 22 minggu (mean tarikh last period yg diberi adalah salah)

Bunyi jantung aktif, sebab sebelum tu budak tecik ni baru je menumbuk
& bagi flying kick padu dari dalam, tak tido la tu.Heheh.
Tapi nak maintainkan naik 1kg je time next appointment nanti, boleh ke??
Impossible is nothing. Ceh :P

Thursday, September 26, 2013

Jawatan Kosong Pekan Pahang

Salam Sejahtera ke atas kamu!

Tempat keje aku, Perodua Pekan membuat pengambilan
 Penasihat Jualan beramai-ramai.

Kalau ada yang berminat sila la apply ye?
Kot- kot ada yang berminat nak bekerja di hometown sendiri,
kerja ni sangat berbaloi & lumayan bagi yang rajin, punya ramai kawan di sini. 
Apabila ramai kenalan, mudahla untuk promosi.
Dan, Perodua kerap mengadakan diskaun & tawaran menarik ikut musim,
 memang mudah untuk mendapat pelanggan di sini.

Rata-rata Penasihat Jualan sebelum ni berhenti disebabkan menyambung pengajian 
& mendapat kerja yang lebih baik tawarannya.
Jika minat untuk menimba ilmu di samping mendapat keistimewaan hasil jualan, 
sila cuba, menarik & takkan rugi apa-apa! 

Kriteria yang disenaraikan itu, penting!

Tuesday, September 24, 2013

Teka teki

Assalamualaikum,
Salam sejahtera ke atas kamu!

Sekarang pregnancy dah masuk week 21.
Selalu terlupa dah berapa weeks, nasib baik dah install mende alah ni :P

 

Nak scan baby dah boleh ,seawal 4 bulan pun anu si tecik ni dah terbentuk.
Eh,otomatik rasa nak cakap pelat bila bertopikkan si kecik ni.Heheh.

Tapi ayah dah pesan awal-awal, kalau boleh jangan la scan,
sebab dia nak kan surprise utk cucu 2nd ni.
Macam serius je request dia. Gulp.

Tapi sebab anak 1st of course la cam nak tau. Ngehngeh.
Selagi kuat iman, aku bertahan la,tak mo scan.
Lagipun En.suami buat cool & rileks je,maka aku tumpang la sekali tempias ke-cool-an itew~

Last month, usha barang baby kat Sogo, adik tanya,
‘Apsal awak tak scan je? Kan senang nak beli barang baby, kaler pun senang nak cari’
Actually kalau si tecik ni girl sekali pun,
kalau boleh nak all white. 
Putih suci sesuci kete Alza Ivory White baru keluar Car Wash: P

Cuma, sekali-sekala, menggoogle juga sign jantina 
dari symptom time pregnant neh.
Erk. Cam bercampo-campo jek?
Takleh nak agak langsung ni. Hewhew

Ni Symptom aku setakat neh:-

·         Tidak mengalami morning sickness pada awal kehamilan.
Tapi suami yang meloya & manja pelik awal-awal dulu.
·         Bentuk perut condong ke arah bawah.
·         Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap.
·         Sukakan makanan yang masam.
·         Suami juga sama-sama alami pertambahan berat badan
·         Hidung tampak lebih mekar (ha yg ni aku sorg la, suami tak join venture.hahahaha)
·         Merasakan beban berat pada bahagian punggung ,peha dan pinggul
·         Sukakan buah
·         Suka bersolek (dulu sebelum pregnant de la jugak malas2,skrg hari-hari tak miss.Ihik)
·         Mengidam awal-awal ngandung jek,sekarang belasah seme.
·         Jerawat dah susah naik,senang sikit nak control.
·         Rasa bertenang jek, kalau kecik hati dengan orang pun sekejap sangat,
 terus hilang dibawak angin lalu~
Kan best kalau selalu gini.
Nak baby comel cam Naj!