Tuesday, October 14, 2014

Cekam Kuku (Bestnya Tajuk.hikhik)

Salam sejahtera ke atas kamu!

Sape pernah kena cekam kuku angkat tangan! Me me! (T__T)
Sakit owh.
Sumber:Google
1st time kena kat Kolej Matrikulasi. Minggu orientasi. Pas SPM kan seronok sangat duk umah bebas takyah pakai kasut bagai. Tetiba whole day sepanjang orientation weeks tu kena pakai kasut & berstokin. Pas solat kena sarung kasut, nak gi makan pun kasut. Kasut kasut kasut. Tiba-tiba masuk hari kedua,ibu jari kuku kaki kiri sakit sangat-sangat. Cuba la bertahan sebab setakat rasa mencucuk-cucuk je. Pastu, satu malam, time nak tido (bayangkan wajib pakai kasut satu hari sampai dah masa nak tidur baru bukak,program memang sampai tengah malam) ,tengok luka kat tepi jari tu berdarah. Dan ada nanah sikit-sikit. Yark! Sakit giler…

Waktu tu jugak nangis-nangis tepon ayah suh amik.Wuwuwuwwuu. Eh,aku bukan anak manja.No no no. Cuma sebab tak tahan sakit sangat.

Esoknya ayah bawak aku gi wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan. Disebabkan ayah staff hospital, terus direct bawak aku jumpa doktor. Doktor picit-picit.Warghhh. Doktor suggest buang kuku tu. Setuju atau tak? Tengah sakit owh, setuju jela.

Tapi yang menariknya time tu, dia hulur boring & pen untuk ayah aku tandatangan persetujuan kebenaran penjaga untuk pembedahan. Pastu eh eh eh,dia tak jadi bagi kat ayah aku.
Dia tanya, 
 "Awak dah 18 kan? Dah masuk matrik ni patutnya dah 18 tahun la kan?Nah, dah boleh sign sendiri."
Weeewit. Besar dah aku. Weewit. Lepas aku sign, dia suntik ubat bius. Adalah dalam 6 suntikan. Tu pun dia tanya lagi, berasa tak dia picit-picit kaki aku. Berasa lagi la aku cakap. Tapi doktor dah tak mau tambah suntik. Overrrrr kau sampai nak lebih dari 6 suntikan. Pastu kruukkkk kruukkk kreekk dia potong & buang kuku aku. Macam potong kertas. Start dari tu, aku pakai sandal, and berstokin all the time,sebab tak nak habuk masuk dalam luka.

De la suara-suara yang sound sebab aku tak pakai kasut. Puas la nak bagitau sorang-sorang. Hoi, sebab kasut la kaki aku jadi gini tau x?!

Heheh. Tak tak tak..bukan sebab kasut actually.
Rupanya sebab salah cara potong kuku.

Sekarang aku tengah sakit cekam kuku lagi, jadi semula setelah sekian lama. Kadang-kadang Amran main-main kat kaki uiiiii seram nak.
Memang berasa kuku yang tengah nak tumbuh memanjang tu cekam isi. Pas jadi semula ni baru aku google kenapa jadi cekam.



Tak boleh potong kuku ibu jari kaki terlalu pendek melebihi isi,camni :
Sumber:Google
Pasni,kena hati-hati la bab potong kuku (T_T)















Saturday, October 4, 2014

Travel bersama anak kecil.

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera ke atas kamu~!

Tak lama lagi ada family vacation side hubby kat Melaka. Tak sabar, since Amran pun dah besar sikit. Macam-macam dah ni plan untuk dia. Baju mana yang nak pakai untuk berjalan time siang. Baju mana nak pakai kalau keluar belah malam. Nak dia selesa sentiasa, yela, dia seorang yang kuat berpeluh. Takmo dia demam macam 1st time travel dulu.

Insyaallah dengan sedikit pengalaman time travel (baru 2 kali je kot travel keluar Pahang.Mihmih), tapi hope pengalaman ni berguna untuk ibu-ibu yang pertama kali macam aku ni.

Usia Amran ketika 1st time berjalan ke KL-Selangor-Perak tu baru nak masuk 4 bulan,belum boleh berguling2 @ meniarap sendiri lagi. Untuk elak aku penat , and sekali sekala letakkan Amran, kami bawa beanbag bersama. Tokki Amran duduk kat seat depan while kami dua beranak duk belakang,luas sikit nak bertinju.Eh? Time si anak ni nak tido, memang cam bertinju sikit kekdahnya. Kahkah.

Antara beanbag @ carseat, we both prefer beanbag coz lembut ,flexible & lebih menyerap hentakan . Dah la jalan Temerloh –KL tu dah cam roller coaster.  Begegau bebenao kaw! Tapi kne make sure beanbag ni fix elok2 kat seat blkg,kami cover belakang driver seat dengan bantal-alas-duduk-time pregnant. Boleh agak bantal cemana kan kan?  
Time ni tiba2 Amran nangis sebab tgn kanan cubit tgn kiri sendiri. Hahaha! Baru belajar tak sarung mitten.
Dari segi preparation susu dia, kami standby air letak separuh dlm each feeding bottle tu. Mini termos letak dlm beg supaya suhu tahan lama sikit. Sikit jela. Pun bolehhhhh~Susu letak dlm bekas cenggitu. Dapat yg 4 compartment lagi better.Seme ni dan baju lampin mandian wet tissue spare,kami taruk dlm bagpack. Tak terlarat nak heret beg baby yg bese2 org pakai cam handbeg tu. Rebeh sebelah bahu dah aritu... Ok tipu je.
 
Yang bekas susu air termos besar-besar, belakang kasi taruk ! Habis dlm bekas kecik tu, berenti mana-mana masjid, kita refill. Biasanya selang 2 jam Amran mintak susu, so untuk travel 6 jam++  perjalanan cukupla stok kecik-kecik ni.

Dari segi nak tukar pampers, kalau Amran ‘u-uk’ , kami akan segera berhenti & basuh di tandas mana-mana tempat yg sesuai. Kalau dia just kencing.boleh la hold skit.Hehe. Nak tukar dlm kereta x berani, risau kena ‘tembak’. Haha!


Dari segi pakaian lak, serik kot nak bagi dia nampak-comel-tapi-seksa! Aritu kengkonon teringin nak tengok dia pakai romper + lengging. Time tu kenduri kat Perak & kami beramai bergerak dari KL. Dalam kereta dia cool je, yela sbb beraircond kan. Tapi bila dah sampai kat kenduri tetengah hari buta tu, sian dia, kepanasan. Right after kenduri terus kitorang vogelkan dia dlm kereta. Dari Perak terus shoot balik Pahang, kat R & R Temerloh baru basah-basahkan badan dia & tu lah silap kami sebab lewat buat benda tu. Dia panas sebelum tu, pastu sejuk sangat masuk aircond, pastu panas semula bila singgah R & R ,then kami mandi kan dia, sejuk balik. Sampai umah, dia demam (T__T) 

Bila dah tau camtu kekdahnya, time balik beraya ke Kelantan itu hari (Amran dah 6 bulan), dalam kereta siap-siap tanggalkan baju dia, agak-agak nak berenti, sarung balik. Bagi dia guling-guling bebas kat seat belakang. Kalau pakai baju pun, siap-siap sapu tangan kecik lembap atas kepala dia. And of course, mainan banyak-banyak bawak bekal.Heeee.Sebab dia suka explore & main tak kira tempat. Complicated betul cara kami. Any tips?
Guling guling guling panjat panjat panjat
Sekarang Amran dah 8 bulan, dah pun bersolid food, tengah fikir camne nak bekal homemade food kat dia ni. Herm. Maybe bekal pisang or buah-buah, n bubur nasik beku dari umah kot. Sebab homestay nanti ada fridge. May Allah ease our planned untuk tak bagi fast food
(nestum,cerelac) kat Amran. 

Wednesday, July 16, 2014

CDM 25?


Salam sejahtera ke atas kamu!

Bila dah baca banyak-banyak komen pasal wanita pemarah tu, semenya dah macam keyboard warrior. Macam clearly know whats was actually happened. Memang tak patut pompuan tu marah-marah macam tu, dan semua org pun x berhak condemn dia teruk-teruk, lagi-lagi tindakan penyebar video. Apa yang dia peroleh dari penyebaran video tu?Puas hati bila dah jadi kes racist?
Bila aku cuba berada kat tempat pompuan tu, aku rasa aku faham dia.  Maybe disebabkan dia dah explain puncanya pada uncle tu, uncle tu boleh maafkan dia.

Dari cara perempuan tu marah-marah, seems like dia ada pendam problem @ mood tgh swing time tu. 
Tiba-tiba pulak kereta baru kena langgar. Apa yang dalam otak seme keluar di mulut. Perempuan memang boleh jadi ‘berani’ & bertukar karektor bila dia tengah ‘tak waras’.  Cuba kalau dia tengah waras, suh ulang tayang pun memang dia tak tergamak. How I know? Dah pernah jadi kat diri sendiri. Ngehngeh.

Antara dia & uncle tu dah settle. Tapi Malaysian tak settle lagi. 'Prihatin' betul.