Showing posts with label sharing is caring~. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring~. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

Pimple ku Sayang..

Assalamulaikum..

Salam sejahtera ke atas kamu!

Jerawat ohhhh jerawat.
Masalah aku yang tak berhabis-habis.

Punca jerawat:

* Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.

* Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan

.
* Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.

* Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.


* Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.

* Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.


Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
sumber dari (Web)


Baru-baru ni mak cakap
"Awk ni dah 24 tahun dah,takkan hormon tak stabil-stabil lagi..potpetpotpet"

Apa plak..mana tau..dah benda alah ni nak naik..pimple sayang aku,aku sayang pimple.Ahaks!!

Kalau zaman sekolah,kawan selalu tegur,

''Ko dah pakai produk T3?''
Dah.
"T4?"
Dush3.
Kureng~

''Weh aku takut r tgk pipi ko merah-merah"

Ha....Ko tak tau..ni la original blusher u know
(==)'

Segalanya bermula time form 1&2 aku aktif olahraga.
Muka hangus hangit dan rentung.
Mak tegur suh pakai sunblock.
Aku pun pakai la 1 produk yang mak aku suggest.
Then,wow,memang sunburn dah kurang.
Tapi aku neh....maleh nak sental muka.
Balik sekolah berbasikal redah asap kete debu bla3,sampai umah tak basuh muka.
Sedar tak sedar de accessories atas muka.

Naik form 3,kawan tegur,
"Ala mai...sayangnya,muka da putih,tapi ada jerawat pulak..."

O,muka aku putih ye?
O,teruk ye kalau jerawat naik?
Oo..........

Pastu alamak.Alamak.
Baru perasan kalau jerawat naik maknanya cepat-cepat kena control,
kalau tak nanti get worse.

Pastu mula la tny orang tu orang ni,

Weh,ko pakai pe kat muka?Ko plak?Ko?Dia?Then?Pastu?Oo...
Pastu semangat gi kedai cari produk yang sama.
Then try.
Then,gedegung gedegang makin subur pulak kebun haku.

Sampai hujung form 5,ada yang memperkenalkan aku dengan satu produk,
memang sangat menjadi produk ni.
Jerawat,parut,dan segala kat muka aku semua habis.
Time tu baru aku perasan,o..ada tahi lalat ye kat muka aku?
Selama ni kompius dengan pimple.Haha!

Tapi...lama-lama aku stop pakai,since aku tersedar produk tu nipiskan kulit muka aku.
Stop je produk tu,terus pimple naik banyak2.
Seeee?
Betapa bahayanya produk ni.
And produk ni memang hangat kat pasaran sampai sekarang.

After met pakar kulit,baru reda..Alhamdulillah.

Now baru aku realized,
Produk yang sesuai dengan orang lain,tak semestinya sesuai dengan kita.
Sebab produk tu bukanlah berperanan besar pada kulit seseorang.
Kerana pimple datangnya dari 'dalam'.
Darah kotor,hormon,genetik.
So kalau Siti Nurhaliza yang kulitnya flawless giler,aku tak perlu try la produk dia,sebab memang takkan dapat kulit sesihat dia,sebab itu gene~~~
Kalau Wardina yang comel giler tu,aku tak perlu tau dia pakai apa kat kulit sebab kulit dia kalau tak pakai produk apa-apa pun memang secantik itulah.

Lepas baca artikel pasal Maizawati ni:
Dapat disimpulkan,jangan tiru orang pakai produk apa..sebab memang susah nak dapat secantik orang yang memang kulit dia takde problem..
70% jenis kulit anak,datangnya dari jenis kulit bapa.

It is about gene~

Aku tak pernah sunyi.
Pergi mana-mana ada 'teman'~ =D

-Sekian-



Monday, June 6, 2011

Ujian bertulis MPK

Assalamualaikum

Salam sejahtera ke atas kamu!




Mari menguji minda..dengan soklan2 di bawah ;D

Soalan berkenaan Pahang:

1.Adun Parlimen Kuantan?
2.Terdapat berapa Majlis Perbandaran di Pahang?
3.Berapa daerah dalam Pahang?Negeri manakah yang bersempadan dengan Pahang?
4.Ketua jabatan tertinggi di Majlis Perbandaran Kuantan dikenali sebagai apa?
5.Ibu negeri Pahang yang pertama?
6.Daerah terluas di Pahang?
7.Majlis Perbandaran Kuantan adalah badan berkanun atau..?
8.Universiti yang terdapat di Pahang?
9.Majlis Perbandaran Kuantan terdiri daripada berapa bahagian?
10.Sambutan Hari Merdeka peringkat kebangsaan di Pahang diadakan pada tahun berapa?


Soalan Umum:

11.Benua kedua terbesar di dunia?
12.Negara yang akan menganjurkan sukan olimpik tahun 2012?
13.Negeri di Malaysia yang akan menganjurkan Sukan Malaysia pada tahun 2012?
14.Siapa Menteri Perumahan Malaysia?
15.Siapa Menteri Penerangan,Kebudayaan dan Komunikasi Malaysia?
16.Tong Biru pada stesen kitar semula,adalah untuk bahan buangan apa?
17.Tong Coklat pada stesen kitar semula,adalah untuk bahan buangan apa?
18.E=MC
2 adalah ciptaan siapa?
19.Apakah hasil ciptaan Leonardo De Caprio selain daripada lukisan potret Monalisa?
20.Negara Malaysia diisytiharkan darurat pada tahun berapa?
21.Warna biru pada bendera Malaysia melambangkan apa?
22.Apakah perkara ketiga dalam Rukun Negara?
23.Blue Cube (Kubah Biru) terdapat di negara mana?
24.Siapa yang mencetuskan idea kilat sebagai pemancar elektron?
25.Siapakah Perdana Menteri Australia?
26.Barrack Obama berada dalam parti politik apa?
27.Organ apakah yang memproses glukosa di dalam badan?
28.Apakah software yang memproses perkataan ,selain 'Microsoft Word'?
29.Sultan Mizan Zainal Abidin adalah Agung yang ke berapa?
30.Cukai pintu juga dikenali sebagai cukai ____?
31.Apakah suruhanjaya yang dirubuhkan bagi mendapatkan pandangan rakyat Sabah & Sarawak mengenai penubuhan gagasan Malaysia?
32.Senarai Wilayah Persekutuan di Malaysia?
33.Tarikh penubuhan Malaysia?
34.Apakah nama penuh kapal angkasa yang dinaiki oleh Syeikh Muzhafar?
35.Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua?
36.'Bapa Pembangunan' adalah gelaran bagi Perdana Menteri Malaysia yang ke berapa?
37.Antara negara-negara ini; 'Oman,Jordan,Syria,Mesir'-yang mana bukan negara Asia?
38.Antara universiti - universiti ini; 'Hull University,Massachoute Institute,Harvard University'-yang mana bukan terdapat di Amerika?
39.Siapakah yang mencipta lampu?
40.Jabatan apakah yang menguruskan pengambilan penjawat awam di Malaysia?
41.Ahli negara ASEAN?
42.Fungsi komputer?
43.Apakah daerah Bandar Diraja Perak?
44.Berapakah jumlah rakyat negara China?
45.Siapakah yang menghasilakan penisilin?
46.Siapakah yang membunuh John.F.Kennedy?


Ni 46/60 Soalan yang aku ingat.Jom Jawab!
(^^)v

Soalan-soalan ni adalah soalan ujian bertulis Majlis Perbandaran Kuantan yang aku join 5/6/2011,di Kompleks Belia Indera Mahkota,Kuantan,yang mana dari 24,300 permohonan,hanya 3ribu yang terpilih.Wah!

Soalannya ada yang senang je,kan?
Tapi langsung tak terjangka akan masuk,mean,soalan-soalan yang tak perlukan study as preparation,tapi perlukan our alertness pada environment dan perkembangan isu semasa.

Bukan senang nak gi sit exam ni,kena 'berperang'!
Punya la ramai yang datang sampai nak masuk dewan kena divide group by group,yang mana group tersebut tidaklah dibahagi secara sistematik tapi kena rebut siapa yang berjaya masuk dewan dulu.
Maka terbentuk lah 'group' di dalam dewan.Hahah!

Berhimpit-himpit nak masuk tu,dah macam orang berhimpit-himpit
nak cium Hajarul Aswad di Mekah.
Can u imagine?

Awal-awal sampai,aku nampak ramai giler orang.
Rasa nak surrender,tapi nanti membazir balik kalau tak go on.
Maka brebutla jua

Sampai macam tu na...Nak keja gov punya penangan~
(~~)'


Sorry for those yang bertanyakan apa soalan yang bakal masuk aritu,serius tak boleh jangka apa yang masuk,at the end,soalannya memang tak terjangka!Anyway,goodluck,moga ada rezki untuk kamu-kamu =)


Tuesday, April 12, 2011

Moh kita berkemahiran!

Assalamualaikum..Salam Sejahtera ke atas kamu!

Baru-baru ni join Prof Noriah gi meeting NCWO
(National Council of Women's Organization) zon Pantai Timur.

Saje-saje join,sbb diajak.
Walaupun tak tahu motif.
Asalkan dapat makan sedap kat hotel 5 bintang.Hahaha =P

Meeting ni dibuat di Zenith Hotel,Kuantan.
Actually Prof ajak temankan dia & sekaligus dedahkan aku and Hayati dengan benda-benda macam ni.

"Daripada awak berdua duk rumah tak buat apa,baik ikut saya"

Baekkkkk.

Prof dilantik tak pasal2 mnyandang timbalan NCWO.
Bkerut2 dahi dia,sbb dia takmo jawatan tu.
Tapi senyum dalam keterpaksaan sepertimana gambar di atas...=D

Presiden NCWO ni adalah Dato Maznah Mazlan.
Kebanyakan yang hadir plak wanita2 berjaya sperti arkitek,doktor,businesswoman and else.
Oh rendahnya trasa diri ini (T___T)
Rasa mau jadi mcm mereka even tak terer mcm mereka.wuwwu~

Pengisiannya,aku rasa tak byk.
Maybe sbb 1st time join.
Tapi,pas dengar ceramah Dato Maznah,baru terfikir,
tingkatkan kemahiran pada diri,yg boleh tingkat pendapatan.
Dapatkan sijil2 kemahiran yang boleh jana pendapatan.
O ye.Aku minat menjahit.
Y not gi kelas menjahit??
Lombap aih.Nak tunggu ceramah camni ke baru nak terfikir (==)''


Kemahiran terbahagi kepad 5 level.

Misalannya kemahiran menjahit.

Level 1 : Pandai menjahit baju kurung,baju melayu leher bulat.
Tp still takleh amik upah,sbb kualiti jahitan tak lawa lagi,baru basic level.

Level 2: Kemahiran menjahit baju kurung dah diperbagaikan,dah boleh menghasilkan baju kurung moden,baju kebaya dan sebagainya,also baju melayu dah boleh jahit leher cekak musang.
Dah boleh trima upah.

Level 3 : Dah boleh bekerja di kedai2 jahit,dah boleh dihired.
Pakaian yang dijahit,selesa and serba cantik.

Level 4: Dah boleh bukak kedai jahit.

Level 5: Dah boleh bukak kelas@akademi jahitan.

Begitulah jugak dengan kemahiran-kemahiran lain
seperti andaman,perpaipan,elektrik,kimpalan dan sebagainya.

Ada orang yang memiliki kemahiran2 ni,tapi takde sijil.

So if dia tiba2 nak bukak kedai or pape yang memerlukan sijil,
dia boleh dapatkan sijil,
dengan syarat dah ada pengalaman menggunakan kemahirannya,selama 3 tahun.

Kerja susah nak dapat nowadays,
tambahan pulak,prempuan,
yang perlu bersaing dengan laki2,dalam industri.
So,kemahiran2 macam ni yang boleh bantu tingkatkan taraf hidup.

Maybe jadi sampingan.

Mau ke kelas menjahit..Kat mana ya di Kuantan???

(^^)v

-Sekian-

Friday, April 8, 2011

Stairs

Salam sejahtera ke atas kamu!

Pagi ni nak cakap pasal tangga.

Gambar di atas merupakan gambar tangga,bagi mereka yang masih tak kenal apa itu tangga.
Tangga merupakan binaan yang bertingkat2,yang membolehkan kita naik dan turun.
Ye,kerana tangga lah kita boleh sampai ke tingkat atas,kerana tangga juga lah kita boleh turun ke tingkat bawah.
Tangga sangat bermanfaat ketika lif rosak.

Sekian definisi tangga. =D


Sbenaonya aku nak cakap fungsi tangga ni kat aku sepanjang aku bosan2 keje kat cni. (^^)v

Smenjak da keje,baru aku faham,prasaan maleh yang mnebal membuak2 utk bsenam.

Maleh yg melampaui batas2 normal manusiawi.Eceh.
So aku mencabar diri snirik utk sama skali tidak menggunakan lif time keje.Yeah,i dare myself!!

Punya la da lama xbsenam,nak sampai aras atas skali tu,level 5,rasa nak tercabut paha.
Ni mesti 15kg kat kaki saje.
Tu yang rasa nak jatuh tgolek2 kat tangga tuh.Haha
Kalo bleh rasa nak tinggal jap peha kat situ,da hilang penat,gi kutip balik.bole ke camtu??(==)'


Even fungsi tangga pd ksihatan nampak kecik jek,tapi beberapa perkara pasal kesihatan yang kita boleh detect,apabila menggunakan tangga:

-Baru sedar berat badan macam gajah.

-Kekemasan lutut boleh disedari (betul ke istilah kemas tu),
kalau rasa kaki mcm tercabut tu,ado maknoooo la tu.

-Suka hati je jalan laju2,kaki no poblem ma.
Tapi suruh je turun naik tangga,tiba2 leh rasa sakit.Owh,ada poblem rupanya kaki aku.

-Mengah2,stamina semput tak cukup fit.



Hargai tangga di sekitar anda anda =P

Tak berkesempatan beraktiviti panjat gunung?
Moh panjat bangunan tinggi.



-Sekian-



Wednesday, March 16, 2011

Kayo kayO!



Salam sejahtera ke atas kamu!


Pagi td tgk MHI yg membincangkan pasal skim cepat kaya.

Menarik.
Sbb dari dulu lagi byk betul unsur skim cepat kaya mrata-rata.
Pelik tak bila org yg kaya,ajak kita jadi kaya mcm dia?

"wow..baik bnao ajak aku kaya cam dia"

Kalau kat fb kita,byk je gmbr org kluarkan duit dari atm,konon-konon dapat duit snang-snang dgn hanya log in fb.
Ko nak kaya,kaya r.
Ajak-ajak & nyemakkan page org lak aih.
Lumrah biasa,org sboleh-bolehnya taknak share rahsia & formula kaya kan?

Mana bley beb.
Nnt ko dpt beli sofa umah cantik cam aku.Takley2.

Bahayanya skim cepat kaya ni sehingga meruntuhkan kerajaan Albania di mana 2/3 rakyatnya taksub dgn skim cepat kaya.
Apabila putaran downline da terganggu,maka perniagaan ni bankrap & menyebabkan perang saudara diantara mereka kerana brebutkan keuntungan.

Info by Dato'Khairul Anuar:

Skim cepat kaya kebisaannya menggunakan modus operandi berikut:

-Biasanya bermula dari direct selling

-Mencari downline

-Biasanya barang yg dijual,wajib dibeli dalam pakej
(cth: mcm set kfc tu, xtakleh ala carte)

-Kalau nak join 'business' tsebot,kne daftar keahlian byk-byk so that byk dpt untung.

-Tawaran/faedah yang diperolehi dari 'business' tsebot sgt2 lumayan sampaikan cam tak
logikkkkk jek.

-Harga barang yang dijual kalau jual kat luar murah jek,bila org-org yang join 'business' ni jual,pnye la mahal...tu muslihat,supaya kita join diorang,then baru la dapat barang tu dgn harga murah...
Bese jumpa ofer camni kan??
Besenya yg gores2 tu.

-Byk btol testimoni dari org-org bpengaruh digunakan;artis,vip & etc..




Berikut merupakan........pebende ntah nama dia.
Pantang larang kot.heheh.payoh bnao bahse org mniaga nih.
;P

1.Sesiapa sahaja,tidak dibenarkan sama sekali menawarkan keuntungan
kepada pihak lain,tanpa izin daripada kerajaan.

2.Sesiapa sahaja,tidak dibenarkan mengambil deposit tanpa izin kerajaan.



3.Sesiapa sahaja,yang ingin menjual saham,hendaklah mempunyai/menunjukkan prospektus syarikat kepada pembeli.

Prospektus tu apa?
Lagi skali bahse org mniaga.owh~
Prospektus adalah dokumen keterangan tentang company tsebot,profile,
dana-dana dia,saham,kewangan & segala detail tentang company dia.
Contoh paling mudah,brochure cantik cam kat atas.


Semak! Jangan terlibat!

-Sekian-

Saturday, March 5, 2011

Mental Fitness~



Salam sejahtera ke atas kamu!

Anda cepat melenting?
Cepat marah2 bila dtegur?

Saya ye.
Heheh.

Tambah2 kalau ditegur oleh yg tsayang.
Mak.Ayah.Adik bradik.En Bf.
Maka akan emo sampai mrajuk dgn spenuh hati.sdih wo...
Nape marah aku...korg tak sayang aku la tu...Huuuu...

''Awk ni mental tak fit la.Baru kne marah skit da mcm tu.
Cane nak keje nnt kne marah dgn bos la,apa la"
Bebel en.Bf

"Yang mnangis sampai camtu tu knapa.Jiwang betul awk ni"
Kata bonda di 1 hari.


Haha (=__=)'

Mental fitness tu cane?

Korang ok jek bila pas kne marah?
Korang ok jek bila ada beban byk2?
Korang rilek je bila kne kritik kat fb truk2?
Kne caci umpat seme tu?
Ha,mental korang fit la tu.
Good2~

Byk bergaul,byk pngalaman.
Nak handle ragam membe yg 3 suku 4 suku pun uji mental kita gak.

Handle housemate,roommate,classmate,ofismate yg giler gediks pun uji mental gak.
Pastu ngumpat2.opsss
Ok benda silap 2 aku wat gak.
And skrg aku rasa mengumpat tu wat kita lagi psiko.
So.....jgn ngumpat.

Trajang aku kalau dgr aku ngumpat yeh!! (@@)'


Nape tiba2 nak ckp psl ni?

Semalam ada 1 pristiwa dmana sorg kwn aku tgur sorg girl
krana gmbr d FB nya yg tak sesuai dipaparkan.
Mmg tak sesuai.
Muslimah bertudung pose tlentang atas katil you.Tergoda mak~

And girl tu mlenting amat sampai org luar yg tgk pun blh nmpk dia sgt childish..
Baru kne tgur skit dik non.

tu pun da mcm psiko.
Eh?Da ngumpat ke ni?opss..Heeee.

Smalam artikel di newspaper bercrita psl

Benda ni blh jd kalau kita terlalu pk kan yg negatif tentang pe yg dikatakan.
Amek yg positive2 sudeh..

Bak kata sorang pencremah motivasi (aku tak ingat sape namanya):



Bagi 10 sbb knapa harus marah dgn sumthing.
Kalau ada 10 sbb baru leh mrh.Ok la ok la.
Bagi diskaun.Paling kurang 5 la.

Kalau tak,ianya kategori small matter jek,tak yahla mlenting.
Wat sakit jantung jek.


Mental Fitness itu penting supaya kita tak cepat gila.

Jom kita ke 'gym' utk mem-fit-kan mental.


Okeh.Malas da nak type.Ahaha.

-Sekian-