Sunday, May 8, 2011

Penempatan reramai

Assalamualaikum
Salam sejahtera ke atas kamu!

Harini hari kedua berada di rumah sewa,di Cyberia Smarthome,Cyberjaya.

Bagi yg nak ke sini lawat haku (kalo ada la) (T______T) :

Perlu jumpa nama tempat ni dulu

Then akan jumpa roundabout,pusing kanan (pukul 3)

Akan jumpa security
Then,jumpa lorong ni.Kemudian,belok kiri
Here is where i live currently
Room mates adalah student MMU,sbelah je dgn rumah ni,diorg ke kelas pun jalan kaki je.
And penghuni rumah ni,ada yg kembar.
Menengok mereka...wat aku jeles!!!
Best jgk kan ada kembar mcm ni,kerja sama-sama,blajar sama-sama,bilik sewa pun sama-sama.
Mean,campak je kemana-mana,diorg tak risau,sbb ada kawan.

Mak!Nak kembar boley??
(T____T)

Semalam agak kekok,sbb kat tempat baru kot.
Macam terkejut pun ye.
Pagi semalam celik mata kat rumah sendiri,harini celik mata dah kat tempat lain.
Magik.Blink2**
So,tak pasal2 homesick.Hahah!

=D

Malam semalam tak lapar, & tak tau nak gi cari kedai makan kat mana.
Adik-bradik kembar ni ajar.
Kalau tak ke kedai....order delivery.
Then akan hantar ke rumah.
Memang mcm kat hostel zaman blaja dulu-dulu.
Okeh,i folo u la twins..
Nak mrasa.
Next time dah tau itu ini,i think i prefer jalan gi kedai kot utk tapau.
Tak pun masak.
Sbb,bosan!Ergh....


Tapi petang,kira2 pukul 6,aku gi jalan2 & utk tapau makanan.
Dekat sangat tempat nak beli belah nya.
Cuma aku ke-kekok-an coz susah nak jumpa melayu,most of them are foreigners.
Student MMU kot.
Maybe aku kuar tak kne masa.Ngehngeh.



Aku pun cepat2 tapau & blah!



Friday, May 6, 2011

Bonda~

Assalamualaikum

Salam sejahtera ke atas kamu!

Sana-sini sambutan Mother's Day.
Sempena sambutan,mau la bercerita tentang bondaku~ =)

Dari kecik org slalu ckp aku iras mak time muda.
Iras tang mana aku pun tak tau.
Puas belek depan cermin telek jrawat telek tahi lalat,telek dagu,mana sama!Takde2!

Tapi orang da cakap camtu,aku trime dgn banggga..
Sbb mak cantik zaman muda (0''o)

Cantik tapi...garang.ops.

Orang kata bila anak prempuan iras mak,anak lelaki iras ayah,jadi tak skepala.
Kami mmg tak skepala.
Ada je yang nak digaduhkan.
Gaduh pun sbb aku mlenting balik.
Haha.

Dek krana aku rasa dia garang,maka aku tak reti nak show sayang kat dia scara zahir.
Tapi mmg syg..
Sebab garang dia aku jadi orang.
She show her concerns through 'bebelan'.
Pas emo kena marah,kadang-kadang tak boleh terima tguran dari dia.
Tapi bila pk balik,apa yg dia tgur tu ada betulnya.
Maybe kerana 'dah lebih dulu mkn garam'.
So senyap-senyap,aku trima nasihat dia,lepas da pk blk.
=D

Setiap mak ayah mesti dah rencanakan yang terbaik utk anak2 dey all kan?

Jiwa remaja byk guna emosi dari guna otak.
Mak cuba guide yang itu.
Dia menjadi seorang ibu yang melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin walaupun cara garangnya kadang-kadang buat aku sangat tak faham.
~

Thanks Allah for giving me a great mother.



Thursday, May 5, 2011

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Assalamualaikum..

Salam Sejahtera ke atas kamu!


Ada sape2 minat menyertai kerajaan (tentera)?

Pengambilan dijangkakan bulan 6,terbuka bagi graduan Diploma & Ijazah

Secara fizikal,
Wanita:
Tinggi/Berat:1.57m/45kg


Lelaki:
Tinggi/Berat:1.62m/47.5kg

BMI:18-23


Permohonan boleh dibuat dengan menghantar salinan-salinan berikut:

-Ijazah/Diploma
-Transkrip
-SPM/SPMV
-Kad Pengenalan
-Sijil Berhenti Sekolah
-Sijil Kelahiran Pemohon,Ibu & Bapa
-Sijil Kokurikulum
-2 Keping sampul surat berukuran 20cm x 28cm,
bersetem 50 sen &beralamat sendiri.
Sila catatkan pada sebelah kiri sampul sama ada permohonan untuk tentera Darat,Laut atau Udara Malaysia.
Goodluck!



Klik pada pic untuk tumbesaran