Thursday, June 27, 2013

Alkisah Wedding 7 Bulan Lepas

Salam sejahtera ke atas kamu!

Dah 7 bulan usia perkahwinan, Alhamdulillah..
Dah lama nak share benda benda ni tapi tertangguh tangguh.
Mana la tau, boleh jadi rujukan pada sape sape yang bakal kahwin (^^)

Lagu

Bukanlah niat nak berlagu lagu sangat hari tu tapi seriously time pi wedd orang, geli betul telinga aku ni dengar lagu yang entah pape DJ mainkan. Dangdut la, lagu orang putus cinta la,lagu evergreen bagai la haiii.
N plus aku tak suka orang berkaraoke di majlis.
So sebab taknak lagu yang entah pape dipasang aku pun download la lagu cintun & nasyid yang aku rasa sesuai.

Tapi... (==)'
DJ of the day telah meng spoil kan segalanya. 
Diorang pasang lagu lagu aku macam nak xnak je pasang.
Walaupun dah dipesan suh pasang lagu yang diberi tu je, last2 diorang pasang jugak lagu yang bukan2. 
Siap bagi orang karaoke plak tu.Hoiiii.
Ok, mak ayah aku memang tak amek port lagu yang DJ nak layan.
 Asalkan pada dey all, time azan,silent.
Nak avoid semua ni jadi?
Better face to face pada DJ hari tu,pesan dengan clear,sendiri. Sebab aku pas pesanan pada ayah jek.


Pelamin
Suka betul aku dengan pelamin tu. Simple.
Tapi silapnya, tak 'ukur pelamin di rumah sendiri'. Ha,penah dengar peribahasa tu?Heheh.
Yeah, memang mak andam tak pernah datang umah aku sebelum wed untuk ukur pelamin. 
Cuma aku yang datang butik bagi ukuran hall umah. 
Tu yang jadi ngam ngam. Tapi untuk merenjis dan tetamu, sempit gilos =='

Tapi ada hikmah disebalik seme itewww.
Takde renjis renjis.Fu!Terus baca doa selamat, makan!
Kalau tamau jadik sempit sempit cam titew, ukur molek deh!


Mekap
Selain baju, mekap paling diutamakan time wedding.
Dengan mekap orang menyerlah, dengan mekap jugak orang nampak scaryyyyy!
Nak dekat wed time tu la subur benao anak-anak jerawat naik. 
Tak sempat dah kot nak gi facial bagai.
So awal-awal pesan pada mak andam yang jerawat tengah naik,pelisssss.
Tulun la kaver pe yang patut.
Maka plap-plap-plap mak andam tepek mekap.
 Memang dapat cover, tapi hasilnya muka nampak gelap.
Akad nikah & sanding adalah pada hari yang sama.
So mak andam suggest untuk sanding nanti, touch up je, takyah mekap baru.
Aku pun setuju jek coz gap hanya sejam pas nikah & sanding, jimat masa.
Tapi tu dia silapnya.
Musim panas + touch up (mean mekap akan jadi tebal amat) = feel awkward.
Jangan kedekut untuk bayar lagi bagi mekap yang asing.
Terasa ringan muka bagi mekap time sambut menantu,sebab selapis je J



-Sekian-

Tuesday, June 25, 2013

Ada hadiah dariNya

Salam sejahtera ke atas kamu!

Alhamdulillah, sekarang dah bakal jadi mummy, Insyaallah. Last week, genap 2 bulan (^^)

Normally period datang cantik on time lepas 29 hari.
 So bila lewat sehari terus aku check. Excited pelik. Hahaha.
Lagipun memang terasa lain pada badan.Berat maintain tapi badan kembang semacam.Haish!

23.05.2013, sebelum pergi meeting kat Kuantan,dengan sengajanya try UPT. 
Jeng jeng jeng!!

Punya lah suspen tengok line samar-samar tu. Terus whatsapp siblings tanya apa maknanya tu.hehehe. Tapi kak ipar advice suruh beli UPT yang elok sikit. Nervous ooooo. Bagitau pada encik suami pun dia cakap sabar dulu. Takut terlebih berharap. Fu~
Terus ke meeting. Dalam meeting fokus dah ke laut :P


Balik meeting, terus singgah Giant Kuantan, beli benda alah ni. Check. 3 minit sebelum result ni keluar. Dalam hati dup dap laju kemain ! 
Tepon encik suami, dia pulak tengah busy. Tapi lepas tu dia call balik tanya banyak kali
 'Betul ke?Betul ke?'
Allah je yang tau betapa comel giler senyum dia bila kami jumpa, tak pernah tengok senyum yang macam tu sebelum ni,ohhh I'm melting (^^,)v

Thursday, March 28, 2013

Perodua Pekan (Teras Sari Auto Sdn.Bhd)

Salam Sejahtera ke atas kamu!

Hai semua!
Bila sebut sahaja Perodua, pasti semua dah sedia maklum akan syarikat Otomobil ini kan?
Selain dari menyediakan kenderaan mampu milik dengan rekabentuk yang comel , servis kami juga diakui antara yang terbaik di Malaysia. Wow! 

Sebagai pekerja Perodua, bunyinya seakan "Masuk bakul angkat sendiri" namun sebagai pekerja juga harus kami akui semenjak dari awal pembabitan, kami sentiasa diberi perhatian oleh HQ agar segala-gala aspek tugas kami, mengikut Standard Of Procedure.

Saban minggu akan ada pihak HQ turun padang bagi memantau. Kerana itulah kami di Perodua Pekan (Teras Sari Auto Sdn Bhd) sangat yakin! Servis kami antara yang terbaik.

Semua pekerja Bahagian Jualan mahupun Servis, dihantar menjalani latihan terus di Ibu Pejabat Perodua di Rawang.
Bangunan Korporat, HQ Rawang
Staf bahagian servis di pilih dari kalangan yang sangat mahir dalam bidang teknikal kenderaan. Walaupun masih muda, mereka telah lama didedahkan dengan kemahiran automotif sama ada melalui pengalaman bekerja, juga sijil dan diploma. 
Baru-baru ini, pasukan servis ini telah mengadakan free inspection activity  di Muadzam Shah sebagai langkah pertama, bagi mendekatkan diri dengan penduduk-penduduk seluruh Zon Pekan. Walaupun hanya beberapa staf yang menyertainya, namun pelanggan yang datang menzahirkan rasa puas hati dengan menjemput pasukan ini ke sana lagi. Sudah pasti kami akan memenuhinya.

Ketika mengadakan free inspection activity  di Muadzam Shah
Bengkel Servis di Premis kami
Ruang menunggu yang selesa

Staf bahagian jualan pula dipilih dari kalangan mereka yang peramah dan amanah. Ketika sesi temuduga lagi pihak pengurusan menegaskan nilai yang diinginkan ini dari seorang Penasihat Jualan.

Penasihat Jualan kami terdiri daripada 13 orang yang aktif melakukan promosi sekitar Zon Pekan. 

Penasihat Jualan mengedarkan Risalah sebelum hari Pelancaran S-Series, 14 Mac 2013
Antara yang ingin kami promosikan adalah Perodua S-Series, iaitu siri Perodua yang telah di-upgrade, namun telah diturunkan harganya! Hebat bukan? Justeru itu sekiranya ada yang berminat untuk mengetahui tawaran terkini dari Perodua, jangan segan-silu untuk menghubungi kami di 

Perodua Pekan 
09-4225100/6100/7100      atau email kepada kami di       terasauto@yahoo.com

Talian ini adalah untuk kedua-dua bahagian, iaitu Jualan dan Servis