Thursday, September 12, 2013

Gula..Gula..Air Gula ('.')'

Salam sejahtera ke atas kamu!


Nape bukan air sirap ke, Starbux ke, Float ke,Ice blended ke?Euww!
Ni semua berat terlebih 2 kg punya pasal.


Awal-awal pregnancy berat ditimbang 52.5 kg, maintain selama 3 bulan.
Then nurse bebel blabla bla sebab berat tak naik-naik.


Maka dengan confident nya pas raya makan banyak-banyak bagi berat naik.
Dengan confident jugak gi appointment klinik tak risau pape.
Berat dah jadi 54.5kg.


Pastu kena bebel dengan nurse sebab dalam masa 3 weeks naik 2.5kg.
Pulak dah??


Jumpa doctor, doctor cakap since family takde history kencing manis/diabetic, so dia bagi chance lagi.
Next appointment,berat naik normal, 0.5kg, then 0.5kg lagi = 56kg.
Malangnya semalam, dek kerana gi appointment dengan perut kenyang, baru lepas lunch,
maka berat naik lebih dari 0.5kg!


Final! Next week kena minum air gula. Sob2~


-Sila lapar-laparkan diri sebelum ke appoinment kalau tak mau minum air gula-


Tuesday, September 10, 2013

Musim haji yang tiba lagi~

Salam sejahtera ke atas kamu!

Musim haji  ♫♪♫ ~ Telah tiba lagi ~ ♫♪♫  (Sape ingat lagu ni?)


7 September 2013, kami adik beradik & sepupu, hantar mak & ayah ke Kelana Jaya.Alhamdulillah dah tiba masa mak ayah dijemput menjadi tetamu Allah. Dan Alhamdulillah, mereka dapat pergi bersama-sama. Kuranglah sikit kerisauan kami adik beradik.


Flight mak ayah sepatutnya jam 1.00 am tapi ter-delay 2 jam,mesti mak ayah penat amat.


Lepas Isyak, mak ayah dah masuk balai Kelana Jaya. Kami tiba ke Kelana dari Kuantan lebih kurang jam 4 petang. 


1 perkara aku nak komen pasal lokasi Kompleks Tabung Haji ni. Apsal ko duk dalam taman perumahan orang oii ~ !!Sila la tukar lokasi. Puas makan buah 'langsat' nak mencariknyehh.


Tengah-tengah sesat tu, abg & kak ipar suruh install waze.

Dengan kadar segera install! Dan sangat berguna. 
Memang ia tunjukkan shortcut, 
sampai celah - celah taman orang ha dia bawak lalu. Heheh.
Mekasih Waze!




Dalam 4 jam++ jugakla menunggu. Ramai. Hujan lebat. lapar.Yang tak

de kena mengena ni pun asyik lapar, bakal jemaah apatah lagi.  
Walau penat, tapi seronok, sebab leh lepak-lepak 1 complete family kat situ.

Nasib baik suami dah pernah ada pengalaman menghantar ayah ke haji sebelum ni, maka dapat arrange beg mak ayah kat barisan awal-awal untuk masuk awal~♥♥


 Time ni mak baru terima beg gantung, cute beg ni katanya. Hehe.

Bila tiba masa mak ayah nak bergerak ke balai, salam peluk cium. Fuh, nasib baik tak nangis.


 Betul-betul sebelum mak ayah bergerak masuk balai.

Lepas dah selesai urusan mak ayah, kami adik beradik pun bergerakla ke hotel. Nasib baik kak ipar dah pindah KL, leh tolong book hotel. Maka berlonggoklah kami di hotel tersebut~ Tapi..bilik berasingan :P


Sebelum balik bilik, kami-kami gi cari makan dulu kat Kg. Baru. Masing-masing muka penat, time order semua tak memilih, konon tak de selera. Order set makan untuk 5-6 orang. Licin! Tak pernah hayat makan ramai-ramai camtu sampai licin menciut-ciut!Lapar dalam diam.Pas dah kenyang sikit baru semua leh borak2 & sembang2.hahaha.


Kenyang perut senang hati. Balik tido.Esoknya jalan-jalan. Pastu berpisah.Rasa cam tak puas spend masa dengan siblings sama-sama.


Mak ayah dijangka balik 23/10/13. 

Sangat harap mereka selamat semuanya.
Dan kami akan berkumpul lagi. 
Time tu maybe kena sewa homestay. Mesti!

Alkisah ternangis jugak bila dah balik umah mak. 

Guna kain smayang dia. De bau, tapi orangnya takdek. 
Lainnya rasa.Erk.Sebak.Sob2~

Ketika ketiadaan diorang, aku & suami perlu kerap jenguk umah, memandangkan sebelum ni dah pernah dipecah masuk. Risau.


Dan, budak ni, of course aku jugak kena jaga. 

Buat masa sekarang tergedik-gedik kat umah mentua, & tengah aktif memburu cicak. Heheh.

Oh ye, sempena nak hantar mak ayah, aku try order tudung dari Elle Zada. Konon-konon nak bagi kena tema, kena la pakai alim-alim skit nak hantar orang gi
haji neh.Heheh

Memang agak kekok kalau tak biasa bertudung besar, tapi seriously tudung ni aku pakai rasa selesa amat. 
Tak panas even besar.
 Tak panas even kaler aku pilih tu hitam.
Jenguklah, n try!
Benda elok apa salahnya promote kan~ :D


Thursday, August 1, 2013

Buku Pink! ~

Salam sejahtera ke atas kamu!

Alhamdulillah usia kandungan dah cecah 14 minggu, which mean, dah melepasi trimester pertama.

Dah melalui 3 kali appoinment untuk monthly check up bagi ibu hamil.
For me, its a boring routine :P
Dan sekarang, buku pink aku dah mula comot. hehehe

Permulaannya apabila kandungan dah cecah 7 minggu, aku pun pi la klinik untuk pendaftaran. 
Bagi 1st timer cam aku for sure kekok nak menghala ke mana kalau ke klinik.
Nasib baik ada officemate yang pregnant jugak n ada pengalaman, ajarkan.

1. Mula2, pergi kaunter pendaftaran, bagitau pada staff tu, NAK BUAT BUKU PINK.

2. Bayaran RM1 dikenakan (bg klinik kerajaan) & staff akan refer kita kepada makmal bagi ujian urin.

3. Bila dah dapat result urin & +ve pregnant, maka lagi RM1 dikenakan sebagai bayaran untuk buka buku pink.

4.Staff akan suruh kita letak buku tersebut ke bilik bernombor yang dinyatakan, & jumpa nurse.

5. Nurse akan suruh kita pergi : 
- check darah (cucuk di celah lengan ye,harap maklum. Aku takut jarummmm T_T)
- check gigi
di sub2 klinik yang ada disitu
aaaaand bila dah dapat result,

6. Nurse dari bilik bernombor tu akan panggil, sebelum masuk bilik tersebut, berat ditimbang. Bila dah masuk bilik, nurse akan minta kita selak/buka tudung utk check :

- Leher (sama ada kita mempunyai tiroid/ tak)
- Warna rambut (kalau warna rambut pudar/berwarna mungkin kita ada penyakit)
- Picit kaki kita (untuk tengok darah pada kulit kaki)
- Picit perut. ouch! (Nak rasa dah de ketulan / tak) 

Pastu, borak-borak dengan nurse, dia ambil details kita, siap!
Cincai-cincai pun 2 jam jugak nak siap semua benda alah ni.  Dah boleh balik :D