Wednesday, September 18, 2013

Air Gula Part 2

Assalamualaikum.
Salam sejahtera ke atas kamu!

Pagi ni dah ke klinik,untuk minum air gula. Happynya yeayyy! (~.~)'

Mula-mula, nurse ambil darah sebelum kena minum.
Ye aku takut jarum.
Tapi aku dah cuba sehabis baik untuk bertenang, tarik nafas, 
tapi, pas 3 kali cucuk kiri & kanan, baru darah nak keluar. 

 ♫♪♫ ♫♪♫ Fantastic Mr Loba-loba  ♫♪♫

Lepas tu baru la gi amek air. 
Ini lah saiz gelas nya. Gula adalah separuh dari gelas ni (Intai nurse bancuh)


Mulakan dengan bismillah, tutup hidung, habiskan 1 shot!
Perit tekak. Uweks.Yaks. Yew yewwww~

Pastu lain-lain, rutin appointment biasa.
Lepas 2 jam, kena amek darah semula.
Pun, 3 kali kena cucuk baru darah nak kluar. Pe jadah nya seme ni oi.
Mungkin nak uji seberapa gagah perkasa nya tangan yang tough neh.
Pengalaman iye dak.
As sweet as the sugar water. 

Result dijangka keluar 2 3 hari lagi.
 Tapi dah google dulu simptom-simptom kencing manis :

1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5.Berat badan berlebihan
6.  Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit
8. Menghadapi masalah jangkitan yang kerap seperti:-
~ Kulit
~  Gusi
~  Jangkitan pundi kencing
9. Penglihatan yang semakin kabur
10. Luka lambat sembuh
11.  Parut luka berwarna kehitam-hitaman
12. Rasa kebas di tangan atau kaki
13.Tekanan darah tinggi mula hadir
14.Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan 
     otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)

So far symptom ni takde, kecuali berat naik.Ihik.
-Semoga selamat semuanya-




Sunday, September 15, 2013

Tak minat jadi minat ♡♥

Salam sejahtera ke atas kamu!

Dulu selalu tengok mak & ayah berebut remote TV sebab mak nak tengok drama, ayah pulak nak layan sukan.
Disebabkan aku pompuan & of course tak minat sukan, turut sama join mak boikot ayah.Kadang-kadang tolong mak sorok remote. Muahaha.

Ending dia, mak masuk tido awal sebab ayah taknak mengalah.
Aku pun sama, masuk bilik layan mesej pakwe. Eh?Ahaha.

Dan sekarang aku dah kawin dengan pakwe tersebut ~♥

Macam ulang tayang pulak.

En.suami memang peminat sukan.
Pantang lepas remote sikit channel tv akan tukar channel sukan.
Bola badminton lumba kete moto basikal pendek kata semua la!
Dulu aku tak minat bola tapi dia selalu ajak teman tengok bola kat stadium,
tiba-tiba jadi minat.
Adala kenal 2 3 orang player dari tak kenal langsung.

Dulu bila aku merungut asyik channel sukan ajek, ada jugakla dia layan & tukar semula channel. SEKARANG??
100% kuasa veto kecuali kalau aku dah buat muka boring giler.heuheu.

Malam semalam berebut lagi.Lepas tengok bola dia tengok badminton pulak.Fu~
Mula-mula bosan.
Tapi bila dia rajin bercerita pe benda rules game tu yang aku tak faham, 
minat pulak jadinya.
Macam tu la dia gain minat aku pada apa yang dia minat.
Rajin bercerita  walaupun aku rasa soklan tu cam kureng cerdik skit.Ihik ♡ 

Seronok sebenarnya cuba kenal dunia dari pandangan orang lain, asal kena cara.
Tambah-tambah kalau orang tu orang yg kita minat ;p

Macam zaman belajar dulu, nak minat subjek, minat cikgu/lecturer dia dulu..lalala~



Thursday, September 12, 2013

Gula..Gula..Air Gula ('.')'

Salam sejahtera ke atas kamu!


Nape bukan air sirap ke, Starbux ke, Float ke,Ice blended ke?Euww!
Ni semua berat terlebih 2 kg punya pasal.


Awal-awal pregnancy berat ditimbang 52.5 kg, maintain selama 3 bulan.
Then nurse bebel blabla bla sebab berat tak naik-naik.


Maka dengan confident nya pas raya makan banyak-banyak bagi berat naik.
Dengan confident jugak gi appointment klinik tak risau pape.
Berat dah jadi 54.5kg.


Pastu kena bebel dengan nurse sebab dalam masa 3 weeks naik 2.5kg.
Pulak dah??


Jumpa doctor, doctor cakap since family takde history kencing manis/diabetic, so dia bagi chance lagi.
Next appointment,berat naik normal, 0.5kg, then 0.5kg lagi = 56kg.
Malangnya semalam, dek kerana gi appointment dengan perut kenyang, baru lepas lunch,
maka berat naik lebih dari 0.5kg!


Final! Next week kena minum air gula. Sob2~


-Sila lapar-laparkan diri sebelum ke appoinment kalau tak mau minum air gula-