Monday, September 23, 2013

Emotional Intelligence

Assalamualaikum,salam sejahtera ke atas kamu!

Baru-baru ni, 2 hari meninggalkan suami tercinta sebab kena pergi kursus pasal emosi.
Eheh. Agaknya beremosi sangat kot kerja ni.Hakhak.


Kerja membabitkan customer service memang banyak mempermainkan & memperkotak katikkan jiwa ini.
Kalau tak kerana kerja ni pun aku mmg dah beremosi,
pe tah lagi bila kerja ni diayak, dan digaul mesra sekali. Gitew~

Memang sebelum pi kursus ni aku n kawan-kawan seangkatan beremosi sikit dgn sorang customer neh, nak servis tapi tamau bayar.
Asyik highlight status dia ; Tengku, acane?
Awat plak la makin kayo makin tamau bayar nih?kompius haku.

Maka dengan semangat aku n kwn ke Rawang.
Bangga sikit sebab gi sana tanpa GPS,terer la tuh maknanya :P

Actually mindset kata kursus ni akan sangat membosankan,
dok dengar lecturer bla bla bla bla kat depan.

Tapi tak bosan rupanya. Sebab lecturer comel giler.Muahaha.
Aktiviti pulak menarik, tak sempat menguap berair mata tersengguk-sengguk dah kena lari-lari dalam kelas.
Dah kena melukis-lukis kaler-kaler dalam kelas.
Dah kena buli.
Punya la lec takmo bagi kitorg bosan.Eheh.

Part emosi ni paling menarik bila dia sedarkan kita betapa penting kawal emosi bila berhadapan dengan masalah,contohnya fussy customer , ada 4 cara :

·         Avoid ( Elak masalah berlarutan )
·         Deny ( Nafikan & jangan ambil port )
·         Compete ( kalau betul-betul nak ambil port, compete sampai menang )
·         Learn ( Fikirkan positif ending supaya kita beremosi dengan cara betul )

Bab ni, sedikit sebanyak membantu aku untuk cuba sebaik mungkin untuk berfikiran positif sepanjang kerja, &  pregnant ni.
Adalah beberapa perkara kecik yang menggugat hati ni. Wuwu~


·         Cerita-cerita ngeri orang bersalin.
·         Belum pun baby lahir dah ada mulut-mulut yang
nak comparekan baby ni dengan baby orang lain.
·         Komen-komen perubahan rupa fizikal time pregnant ni.

Benda kecik,tapi leh touching kalau fikir sangat oooo~

O ye, selain mengajar bab Emotional Intelligence, lecturer turut buat kuiz,untuk kenal personality diri.
Caranya, sila lukis arnab (own imagination,jangan tiru pic). Ihik!

Dan bila dah siap, sila bandingkan lukisan anda dengan pic ni (^^)v
**Lupa pulak nak amek pic arnab yang dilukis leh budak-budak kelas,
yg rupa kancil pun ada.Haha!**



Rukun Haji


Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas kamu!

Ketika ini mak ayah dah pun berada di Mekah, tapi secara jujurnya, 
aku x hafal sangat rukun haji, makanya turutan ibadah mak ayah, x hengat~ :D
Google utk refresh.

And, SMS la mak utk tanya perkembangan.

1.    Rukun pertama , memakai ihram berserta niat.

2.    Rukun kedua ialah tawaf di Arafah.
Ia merupakan rukun haji yang paling penting 
dikira wukuf walaupun sekadar lalu atau berhenti seketika di Padang Arafah
3.    Rukun ketiga ialah tawaf keliling ka'abah
4.    Rukun keempat ialah mengerjakan sa'iy di antara bukit Safa dan Marwah, sebanyak tujuh kali.
5.    Rukun kelima ialah bercukur atau gunting rambut kepala.





Mereka di step yang kedua, Alhamdulillah.

19/9/2013, ayah call & suara dia serak amat, efek cuaca panas kat sana.
Katanya, mak steadyyyy.Sihat.Alhamdulillah.
Moga ayah cepat sembuh & sentiasa bertenaga ~ 

Wednesday, September 18, 2013

Air Gula Part 2

Assalamualaikum.
Salam sejahtera ke atas kamu!

Pagi ni dah ke klinik,untuk minum air gula. Happynya yeayyy! (~.~)'

Mula-mula, nurse ambil darah sebelum kena minum.
Ye aku takut jarum.
Tapi aku dah cuba sehabis baik untuk bertenang, tarik nafas, 
tapi, pas 3 kali cucuk kiri & kanan, baru darah nak keluar. 

 ♫♪♫ ♫♪♫ Fantastic Mr Loba-loba  ♫♪♫

Lepas tu baru la gi amek air. 
Ini lah saiz gelas nya. Gula adalah separuh dari gelas ni (Intai nurse bancuh)


Mulakan dengan bismillah, tutup hidung, habiskan 1 shot!
Perit tekak. Uweks.Yaks. Yew yewwww~

Pastu lain-lain, rutin appointment biasa.
Lepas 2 jam, kena amek darah semula.
Pun, 3 kali kena cucuk baru darah nak kluar. Pe jadah nya seme ni oi.
Mungkin nak uji seberapa gagah perkasa nya tangan yang tough neh.
Pengalaman iye dak.
As sweet as the sugar water. 

Result dijangka keluar 2 3 hari lagi.
 Tapi dah google dulu simptom-simptom kencing manis :

1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5.Berat badan berlebihan
6.  Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit
8. Menghadapi masalah jangkitan yang kerap seperti:-
~ Kulit
~  Gusi
~  Jangkitan pundi kencing
9. Penglihatan yang semakin kabur
10. Luka lambat sembuh
11.  Parut luka berwarna kehitam-hitaman
12. Rasa kebas di tangan atau kaki
13.Tekanan darah tinggi mula hadir
14.Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan 
     otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)

So far symptom ni takde, kecuali berat naik.Ihik.
-Semoga selamat semuanya-