Monday, September 23, 2013

Emotional Intelligence

Assalamualaikum,salam sejahtera ke atas kamu!

Baru-baru ni, 2 hari meninggalkan suami tercinta sebab kena pergi kursus pasal emosi.
Eheh. Agaknya beremosi sangat kot kerja ni.Hakhak.


Kerja membabitkan customer service memang banyak mempermainkan & memperkotak katikkan jiwa ini.
Kalau tak kerana kerja ni pun aku mmg dah beremosi,
pe tah lagi bila kerja ni diayak, dan digaul mesra sekali. Gitew~

Memang sebelum pi kursus ni aku n kawan-kawan seangkatan beremosi sikit dgn sorang customer neh, nak servis tapi tamau bayar.
Asyik highlight status dia ; Tengku, acane?
Awat plak la makin kayo makin tamau bayar nih?kompius haku.

Maka dengan semangat aku n kwn ke Rawang.
Bangga sikit sebab gi sana tanpa GPS,terer la tuh maknanya :P

Actually mindset kata kursus ni akan sangat membosankan,
dok dengar lecturer bla bla bla bla kat depan.

Tapi tak bosan rupanya. Sebab lecturer comel giler.Muahaha.
Aktiviti pulak menarik, tak sempat menguap berair mata tersengguk-sengguk dah kena lari-lari dalam kelas.
Dah kena melukis-lukis kaler-kaler dalam kelas.
Dah kena buli.
Punya la lec takmo bagi kitorg bosan.Eheh.

Part emosi ni paling menarik bila dia sedarkan kita betapa penting kawal emosi bila berhadapan dengan masalah,contohnya fussy customer , ada 4 cara :

·         Avoid ( Elak masalah berlarutan )
·         Deny ( Nafikan & jangan ambil port )
·         Compete ( kalau betul-betul nak ambil port, compete sampai menang )
·         Learn ( Fikirkan positif ending supaya kita beremosi dengan cara betul )

Bab ni, sedikit sebanyak membantu aku untuk cuba sebaik mungkin untuk berfikiran positif sepanjang kerja, &  pregnant ni.
Adalah beberapa perkara kecik yang menggugat hati ni. Wuwu~


·         Cerita-cerita ngeri orang bersalin.
·         Belum pun baby lahir dah ada mulut-mulut yang
nak comparekan baby ni dengan baby orang lain.
·         Komen-komen perubahan rupa fizikal time pregnant ni.

Benda kecik,tapi leh touching kalau fikir sangat oooo~

O ye, selain mengajar bab Emotional Intelligence, lecturer turut buat kuiz,untuk kenal personality diri.
Caranya, sila lukis arnab (own imagination,jangan tiru pic). Ihik!

Dan bila dah siap, sila bandingkan lukisan anda dengan pic ni (^^)v
**Lupa pulak nak amek pic arnab yang dilukis leh budak-budak kelas,
yg rupa kancil pun ada.Haha!**



No comments:

Post a Comment