Thursday, October 3, 2013

Merasa TERKESAN, Fuh!

Assalamualaikum,
Salam sejahtera ke atas kamu!
Allahurabbi. Terkesan sungguh dengan kenaikan minyak.
Baru-baru ni dengan hubby ke pasaraya, memang normal tiap-tiap bulan after gaji hubby akan ajak beli groceries. Terkesan, sungguh. Bila lihat hubby fikir panjang nak capai barang yang biasa kami beli sebab jelas ketara harga barang tu naik banyak & tak mampu nak bantu dia coz duit gaji sendiri disimpan untuk baby. Dia bukan jenis berkira orangnya tambah-tambah kalau barang tu memang digunakan kat umah. Tapi de certain barang terpaksa beli kat tempat lain yang lebih murah maybe. Susu Anmum yang topup sokmo tiap kali sebelum habis tu pun dah naik RM2! Bunyinya sikit , tapi agak menekan bagi yang baru nak bina hidup baru macam kami.

Disebabkan itu, plan asal nak kumpul duit je dulu untuk beli barang-barang baby. Yelah, awal lagi, baru 23 weeks, nak beli apa. Paling sesuai orang nasihatkan beli la time dah 7 bulan nanti.

“ What’s on my mind? “

Macamana plan kewangan untuk kawin dulu, macam tu jugakla untuk menimang baby ni. Biar awal, tapi kena beli sikit-sikit supaya x rasa sangat tekanan harga barang. Yela, se cute-cute size, rege nyeeeee haih. Nasib baik cute, sejuk mata memandang.Hehe.



So baru-baru ni, ajak hubby beli barang baby sikit. Baru dapat baju 4 pasang. 2 malam, 2 siang. Warna, universal. Don’t like pink.Ihik. Barang tambahan lain mungkin next months. 4 months to go. Sikit-sikit lama-lama jadi la sebakul barangnya nanti. Ngehngeh.

“ What’s on their mind? “

Macam-macam lagi benda nak dinaikkan harga. Parking.Gula. Minyak lagi. Rumours or tak, kalau takde angin masakan pokok bergoyang.
Tapi bila baca laporan audit tu, HAPPY giler!! Huh.

Tuesday, October 1, 2013

Maybank2u Klik-klik

Assalamualaikum,
Salam sejahtera ke atas kamu!

Lambat dapat tau tapi excited sbb akhirnya tahu. Hehehe.
Semalam cuti sebab nak uruskan KWSP, tapi akhirnya 3 perkara tersetel. Alhamdulillah.
Selama ni agak terbeban sebab malas betul nak g bank in duit 
Tabung Haji & bayar PTPTN.
Penyudahnya akaun & hutang tak berganjak-ganjak.
Mula la usha kot dengan M2U leh setel. Rupanya boleh! Tapi cas RM1 la.
Better dari takde masa langsung nak mencelah time keje nak pi bayao.

Tabung Haji
Pilih Account & Banking
Pilih 'Transfer'
Klik pilihan 'Tabung Haji'
Next
Next
And next. Follow je :P
Lepas sehari, baru akan ter update dalam sistem Tabung Haji. Then boleh la semak dengan Tabung Haji. Tapi sebelum buat aktiviti di atas, sila lah daftar no akaun Tabung Haji beserta no siri buku Tabung Haji di mesin ATM Maybank. Baru la mende-mende alah di atas boleh dilakukan.


PTPTN
Mula-mula pilih 'Bill Payment"
Klik "make a one-off payment"
Scroll pilihan yang ada
Dan pilih urusan!
Pun cas RM1. Lepas 3 hari baru update di sistem PTPTN.Tapi kena ingat nombor rujukan surat tawaran PTPTN la. Kalau tak ingat nombor tu, silalah call/refer PTPTN. Tada~!
Moga hutang selesai jua nanti.Amin ♥ ❤

TEMAN, sehidup semati

Assalamualaikum
Salam sejahtera ke atas kamu!

Dulu-dulu time ceramah kursus kahwin, ustaz ada bercerita macamana ragam isteri dia kat rumah yang sentiasa mahu kan dia sentiasa berada depan mata.

"Eh, ada abang, ingatkan takde”

Intai si isteri dari bilik, sambil menjahit.
Ustaz (suami) nya pulak tengah melayan rancangan TV.

“Lah awak ni, saya ada kat umah pun awak pelik ke?”

Pastu ustaz tu gelak.
Katanya lucu sebenarnya bila dia ingat-ingat balik gelagat isteri.
Masing-masing buat hal sendiri kat umah tapi
skali skala isteri dia akan tetap intai,cari dia.
Dia faham apa sebenarnya yang terbenak dalam fikiran isteri dia.

Isteri sebenarnya bukanla nak berkepit aje dengan suaminya kat rumah,
 bukan jugak nak dera suami dengan kerja macam-macam.
Sebenarnya isteri lebih tenang bila ada suami yang teman di rumah.
Tak perlu buat apa-apa. Cuma perlu teman. Tak susah pun.

Bila dah kawen ni, aku faham pe isteri ustaz tu rasa.
Mebi sebab baru lagi kawen,mebi.
Tapi rasanya seme pompuan pun sama, ustaz td & isteri dia pun da lama kawen,
masih camtu jek bini dia.

1 perkara yang lelaki bujang tak faham, bila geng diorang kawen & kwn dey all tu da takleh nak spend masa together2 mcm dulu :

DAH KENA IKAT.
 DAH KENA QUEEN CONTROL.
 TAKUT BINI.

Macam-macam istilah lah yang bila isteri dengar, boleh sentap.
Seolah-olah kita sebagai isteri dah rampas kawan diorang.
Seolah-olah isteri ni jahat sangat.

Hello~~!
Lepas je kawen, isteri kena ikut suami & mostly girlfrens
 yang bujang akan faham yangkawan diorg da takleh nak keluar
sewenang-wenangnya sebab da bersuami.
Kawan hilang sorang demi sorang.
Lost contact, senyap sikit demi sikit.
Kalau tau update pun dari FB @ laman social lain.
Nak lepak lama-lama pun belum tentu suami izinkan,
 (sedetik suami rasa tak suka, dah jatuh dosa pd isteri)
Walhalnya de sesetengah isteri, zaman bujangnya aktif,
 sana sini ramai kenalan & join aktiviti macam-macam.
The only best friend yang dia ada skrg,SUAMI.
Takkan ada kata-kata kurang menyenangkan keluar
dari kawan isteri baik laki @ perempuan.

Jarang sangatla dengar isteri yang halang suami keluar bersantai
dengan kawan-kawan dey all ,sbb faham emosi lelaki.
Ego nya lain dari pompuan.

Tapi hanya suami yang gentleman & betul-betul sayang isteri saja akan faham, betapa isteri sunyi, apabila suami tak de kat umah.
Even dah ada anak.
Suami teman lain rasa dia.
Anak teman, lain rasanya.Kot. Ihik.

Sayang anak tangan-tangankan, Sayang isteri tinggal-tinggalkan.
Mungkin tu prinsip orang laki.  
Tapi aku tak rasa camtu bagi orang perempuan.
Merana bila  meninggal & ditinggal-tinggalkan ni.
Kan sebelum kawen dulu janji nak jadi TEMAN sehidup semati?
Hehe.