Tuesday, October 1, 2013

TEMAN, sehidup semati

Assalamualaikum
Salam sejahtera ke atas kamu!

Dulu-dulu time ceramah kursus kahwin, ustaz ada bercerita macamana ragam isteri dia kat rumah yang sentiasa mahu kan dia sentiasa berada depan mata.

"Eh, ada abang, ingatkan takde”

Intai si isteri dari bilik, sambil menjahit.
Ustaz (suami) nya pulak tengah melayan rancangan TV.

“Lah awak ni, saya ada kat umah pun awak pelik ke?”

Pastu ustaz tu gelak.
Katanya lucu sebenarnya bila dia ingat-ingat balik gelagat isteri.
Masing-masing buat hal sendiri kat umah tapi
skali skala isteri dia akan tetap intai,cari dia.
Dia faham apa sebenarnya yang terbenak dalam fikiran isteri dia.

Isteri sebenarnya bukanla nak berkepit aje dengan suaminya kat rumah,
 bukan jugak nak dera suami dengan kerja macam-macam.
Sebenarnya isteri lebih tenang bila ada suami yang teman di rumah.
Tak perlu buat apa-apa. Cuma perlu teman. Tak susah pun.

Bila dah kawen ni, aku faham pe isteri ustaz tu rasa.
Mebi sebab baru lagi kawen,mebi.
Tapi rasanya seme pompuan pun sama, ustaz td & isteri dia pun da lama kawen,
masih camtu jek bini dia.

1 perkara yang lelaki bujang tak faham, bila geng diorang kawen & kwn dey all tu da takleh nak spend masa together2 mcm dulu :

DAH KENA IKAT.
 DAH KENA QUEEN CONTROL.
 TAKUT BINI.

Macam-macam istilah lah yang bila isteri dengar, boleh sentap.
Seolah-olah kita sebagai isteri dah rampas kawan diorang.
Seolah-olah isteri ni jahat sangat.

Hello~~!
Lepas je kawen, isteri kena ikut suami & mostly girlfrens
 yang bujang akan faham yangkawan diorg da takleh nak keluar
sewenang-wenangnya sebab da bersuami.
Kawan hilang sorang demi sorang.
Lost contact, senyap sikit demi sikit.
Kalau tau update pun dari FB @ laman social lain.
Nak lepak lama-lama pun belum tentu suami izinkan,
 (sedetik suami rasa tak suka, dah jatuh dosa pd isteri)
Walhalnya de sesetengah isteri, zaman bujangnya aktif,
 sana sini ramai kenalan & join aktiviti macam-macam.
The only best friend yang dia ada skrg,SUAMI.
Takkan ada kata-kata kurang menyenangkan keluar
dari kawan isteri baik laki @ perempuan.

Jarang sangatla dengar isteri yang halang suami keluar bersantai
dengan kawan-kawan dey all ,sbb faham emosi lelaki.
Ego nya lain dari pompuan.

Tapi hanya suami yang gentleman & betul-betul sayang isteri saja akan faham, betapa isteri sunyi, apabila suami tak de kat umah.
Even dah ada anak.
Suami teman lain rasa dia.
Anak teman, lain rasanya.Kot. Ihik.

Sayang anak tangan-tangankan, Sayang isteri tinggal-tinggalkan.
Mungkin tu prinsip orang laki.  
Tapi aku tak rasa camtu bagi orang perempuan.
Merana bila  meninggal & ditinggal-tinggalkan ni.
Kan sebelum kawen dulu janji nak jadi TEMAN sehidup semati?
Hehe.


No comments:

Post a Comment