Wednesday, April 16, 2014

I am a mommeyyyh!


     Naluri keibuan?

Sejujurnya aku seorang yang kekok dgn kanak-kanak, apatah lagi baby.  Mata ni pandang dey all sebagai manusia yang comel,tapi nak suruh aku asuh/jaga/main dgn diorg? Memang jadi sesi mata bertentang mata je la. **Krik krik krik**

Tiap kali aku pegang baby, diorang nangis. Nampak tak betapa takde aura keibuannya aku ni?So,aku surrender. Namo pegang baby no no no. Ihik

Bila dapat anak sedara, sekali sekala jugak pegangnya. Sorry Najla sayang. Bila dah pregnant,makngah nak  la belajar pegang baby. Mak ngah try dukung awak dengan steady dan awesomenya, tapi tak tersteady mana jugakla.
Makcik dukung nampak lebih stable & au naturel.Phew~
Dengan bakal anak-anak saudara (bertunang). Tak ke sedih betul dia? Mekap aku cam hantu aku rasa hahaha! **Seyes cam hantu**
Anak sedara sepupu. Ha yang ni stabil sikit.
Lepas je baby Amran lahir,maka bermula lah dunia baru  sebagai ibu. Oh ye, memang gelar kan diri ‘Ibu’ pun , sebab diri ni cam takde cirri-ciri keibuan pun, so bila nanti Amran panggil  ‘Ibu’, terasa la sikit keibuan tu nanti.  I am a proud mommy. Hnnnsss hnnnss kembang hidung.

Kat wad, nurse-nurse tanya,

“Ni anak sulong ke?”
“Aah”
“Patutla kekok nampak awak pegang” -------- Mekasih  (==)’

Balik berpantang, kena jugak bebel dengan mak coz kekok sangat pegang baby & tambah2 time mandikan dia.  Mau tak kekok, lembut sangat lagi oo  baby. Kalau jadi pape kat dia menyesal tak sudah. Kekoknya aku sebab berhati-hati sangat.

Sekarang, Alhamdulillah dah flexible sikit tangan ni. Kalau dah peluk anak,rasa tak nak lepas.
Bab tengah belajar sekarang : Tidurkan baby Amran dengan jayanya! Sebab duration aku nak tidurkan dia lebih lama dari yang en.husband buat. But thanks Allah, dikurniakan pasangan yang tak kekok dengan baby. Kalau tak,haru!

Tuesday, April 8, 2014

Pengalaman proses bersalin!



Salam Sejahtera ke atas kamu!


Alhamdulillah,dah 2 bulan lebih usia anak pertama kami,seorang putera yang comel! (^^,)
Hari keluar dari hospital, 4 Februari 2014
Bila kenangkan masa melahirkan, “best” sungguh~!Hahah.

Genap 40 minggu, doktor pesan perlu melalui proses induce, diarahkan mendaftar di wad bersalin kerana baby GDM, takleh lama-lama dalam perut dikhuatiri dia lemas. Actually admit di Hospital Pekan, Pahang. Masuk mendaftar 30 Januari 2014. Dan itu memang tarikh jangkaan due.
Hari mendaftar di Hospital Pekan. Tak sakit pape lagi, boleh la nak 'peace' bagai kan.
 Tapi pada hari pertama berada di wad, doktor hanya check jalan & keadaan baby. Langsung takde tanda jalan akan buka dalam masa terdekat. Pintu rahim kemas tertutup lagi. Keadaan baby dalam perut ok dan stabil, maka doktor tangguh proses induce.

31 Januari, check jalan,masih belum ada bukaan, dan tiada tanda akan bersalin jugak. Doktor monitor jantung baby. Selama ni jantung baby laju & berdebar, tiba-tiba hari ni,degup dia slow! Alamak! Hospital baru di daerah kecil ni,kemudahan bilik bedah takde, maka aku perlu ditransfer ke Hospital Kuantan. Doktor tak yakin untuk teruskan induce sebab memandangkan degup baby x stabil, in case baby lemas ketika usaha nak teran, takde bilik bedah untuk back up.

Perlu check out dari hospital Pekan jam 12 tengahari. Time tu dah mula rasa pinggang & perut tak selesa. Orang kata rasa contraction ni ala-ala senggugut. Tapi sebab tak pernah alami senggugut, so tak tau pun tu permulaan contraction. Ingatkan rasa tak selesa sebab tak makan lagi! So sebelum ke hospital Kuantan,sempat la lagi makan-makan kat hospital Pekan. Sedap oh lauk hospital rupanya.Ngehngeh.

Ke hospital Kuantan dengan ambulans. Dia punya laju perghh macam aku dah nak terberanak sangat-sangat dah. Dengan bergoncang & bumping tak hengat. Hello encik driver~! Tapi dek kerana ambulans tu bergoncang sakan, tiba-tiba sakit perut makin kuat. Keluar je dari ambulans, terus kena check jalan. Time tu doktor sahkan memang dah start contraction. Wehuuu takyah induce! ❤

Start dari tu dah mula sapu-sapu perut dah. Mak kata tu baru sikit rasanya.Nanti-nati lagi ‘best’. Pastu dia gelak. Sedapnya rasa dia oooiiiii~! (==)’

Suami teman sampai Maghrib. Pastu bila dia balik, tahan diri dari menangis . Sebab. Dah start kena hadapi sakit sorang-sorang. Huwaaaaa! Dia pesan suruh rehat, aku try tido tapi mata dah tak nak lelap. Start 8 malam, dah mula  tak selesa nak baring. Pusing kiri dan kanan, umang aih lagi ngeri rasa contraction tu. Tapi bila telentang, sakit pinggang plak sebab tampung perut. Selang 10 minit ‘dia’ datang. So,memang langsung takleh pejam mata. Pukul 1 pagi , tiba-tiba rasa cecair panas. Basah pad. Tanya nurse, tu ke air ketuban.  Dia cakap mungkin. Tapi dia tak check pun. Terasa hati. Huh.

Dekat pukul 2 pagi, aku tekan loceng, panggil nurse. Nurse yang sama datang pegang perut aku & tanya, “Anak sulong ke?”
Aku bagitau dia yang aku tak reti handle sakit tu. Ter-menitik jugak air mata ngadu kat dia. Kakakaka. Tapi teringat mak pesan, jangan nangis. Kena kuat semangat.

Time dia pegang tu,aku rasa lega sikit. Dia suruh bertenang and ajar cara pernafasan, and pesan, itu lah cara bernafas kat labor room nanti. Setiap kali datang contraction, tarikh nafas dalam-dalam ikut hidung, hembus dari mulut. Dia panggil doktor untuk check bukaan, baru 1cm.

Lepas nurse ajar bernafas tu, dapatla selelap dua antara gap contraction tu. Pukul 6 lebih, aku dah tak tahan, panggil nurse lagi. Check jalan, 4cm. Alhamdulillah! Disuruh makan & masuk labor room segera. Sempat minum nestum & milo sahaja. Tak kenyang pun.

Pukul 7:30, aku di katil kedua. Suami sampai & mula teman. Doktor masukkan cecair induce. Dijangka bukaan penuh jam 5 petang. Huhu~!Aku disuntik ubat tahan sakit. Ubat tu kata doktor boleh buat aku mengantuk. Dapatla rehat dari pukul 8am-12 tengahari. Lepas pada tu ubat tu dah tak berkesan. Dah start ramas jari suami tiap kali contraction. Sian dia. Hehe. Ada dia bercerita time aku sakit-sakit tu,nak tenangkan aku. Tapi, ceritanya time tu melintas kat telinga tapi aku blur apa benda dia citer tuh. Jawab pun merepek-repek je aku rasa.Heheh.

Dahaga tak yah cakapla. Mintak dengan suami,tapi nurse tak bagi minum. Siap mintak titiskan sikiiiiit je air pun tak leh. (T_T)
Sakit pinggang, mintak disapukan minyak panas, nurse marah membebel-bebel katanya normalla,nak jadi ibu ni memangla sakit macam-macam.Jangan la nak manja sangat.Heh.Kalo aku segar time tu nak jugak aku cepuk nurse tu.Tak efek pape pun kot sapu minyak tu,bagi aku lega skit je pun. Ciss!

2:30pm, aku sakit perut nak buang air besar. Nurse cakap,buang je atas katil. So, teran je la membuang kat situ :P
Lepas je membuang, doktor check jalan. Dah 9 cm! Maka dia suruh aku teran ,sama macam aku teran nak buang air tadi. Ohhh..dengan terernya aku teran muahahaha. Tapi lepas tahap dahi baby je. Selebihnya terpaksa vacuum sebab baby dah mula berak & dikhuatiri lemas. Plus, aku dah flat betul.

O ye, ketika teran, teknik handle kepala tu kena betul. Aku terperasan,apabila postur kepala tak betul, punggung terangkat. Tu yang boleh akibatkan koyakan besar. Ouchh! Nasib baik suami support, adjust kepala supaya tak salah postur. 
 Alhamdulillah, jam 3:21 pm, 1 Februari 2014, lahirlah Malik(Pemimpin) Amran (Yang Memakmurkan) b.Muhammad Abdullah~!
Mula-mula keluar dari perut,beratnya 3.50 kg, ni timbangan bila ditahan kat wad,turun 100gram.Uik?
Luka jahitan? Luaran, adalah dalam 1.5cm. Alhamdulillah. Tapi, jahitnya di bilik bedah. Dan siap disuntik epidural. Kebas separuh badan. Kenapa? Sebab aku dapat luka di pintu rahim. Puncanya teran awal sangat padahal pintu rahim tak buka lagi. Pelik,bila masa aku teran awal, padahalnya aku start teran bila nurse-nurse sorak suh teran. Ohhh. Rupanya time aku ‘membuang’ tu dah ter-teran.Ops. Muehehehe.

Tapi seronok pulak bila teringat balik, time bersalin tu, semua nurse yang ada bersorak bagi support.

 “ Lagi Maisarah, kuat lagi! Ha, betul dah cara teran tu,kuat lagi! Come on Maisarah, push! Push!” 

Kalau ada team pom pom girl mesti lagi meriah ni. Hahaha!

Dah 2 bulan 14 hari. Bestnya peluk & cium baby. Rezeki paling  mahal ❤

Saturday, January 4, 2014

Kesukaran & Pengalaman Baru ketika Hamil ❤

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sepanjang pregnant, macam-macam ketakupayaan dirasa sikit demi sikit. Awal mengandung dari trimester pertama, masih mampu buat kerja rumah macam biasa. Cuma orang-orang selalu pesan,
“Jangan buat kerja berat”
Kerja berat tu macamana? Sebab aku rasa kerja-kerja umah takde la berat mana. Kecuali angkat benda berat, ha yang tu aku faham. Eheheheh. Kemudian , lama-lama baru aku faham sendiri. Antara yang aku rasa ‘berat’nya tu, apabila

*Mengemop lantai :  sebab terasa tekanan tenaga kita ‘tenyeh’ mop tu di perut.   Menyapu rileks lagi.
*Angkat benda berat : Yang ni of course la kan.

Selain dari tu, en.suami dah tak bagi panjat-panjat. Kategori bahaya la tu.

Trimester kedua
Dah mula rasa sakit pinggang time tidur malam. Tak boleh kekal iring satu side lama-lama, kena tukar. Dan sebab bantal khas untuk orang pregnant tu mahal sangat bagi aku, so aku lipat towel bagi tebal, and alas kat kawasan pinggang, adjust sesedap rasa ye tuan-tuan & puan-puan.
Camni la lapik tu, ganti dengan towel je. Kalau ada bantal nipis yang lain maybe lebih baik.
Pastu lama-lama, malas dah pakai lapik-lapik ni, memang lenguh masih lagi terasa kat pinggang, tapi badan dah get used kot, so. Bye bye towel-time-tidur.

Masuk bulan ke lima,dah tak nampak kaki.Hahaha! :
Sebab masuk 5 bulan, perut dah pesat membesar dengan tough! :P   
Terperasan ketika mandi. Pandang bawah,

 “Eh,mana kaki aku?” .

Dah tak boleh guna tandas cangkung: Sebab perut tolak kaki, jadi rasa tak stabil je duduk, macam nak tergolek ke belakang.

Dah mula susah nak potong kuku kaki sendiri. Terpaksa mintak tolong hubby. Nasib baik kuku kaki lambat panjang. Sebulan dua kali je la susahkan beliau bab tu.

Trimester ketiga
Masuk bulan ke 7, perut dah makin berat, dah mula sakit pinggang bila travel jauh.
Juga dah mula sukar untuk ~  
*Cukur bulu ehem-ehem **ops sensored**     
                              
*Nak pakai stoking-memang kena pusing habis kaki nak sarung stoking tu 
*Nak sarung kain sembahyang & seluar                                                     
*Nak tunduk lama-lama ambil wuduk kat surau ,especially yang paipnya separas lutut je tu.                                  
*Dah mula slow bangun dari duduk sebab kalau bangun drastik, sakitnya kat ari-ari! 

*Ha yang ni malas punya pasal, dah tak suka solat kat surau dengan sejadah, sebab bila dah bangun, malas dah nak tunduk pulak untuk ambil sejadah, and lipat :P  Memang dah mula sukar ambil barang yang jatuh,susah nak tunduk. 
Nasib baik karpet surau yang dikunjungi so far bersih-bersih.Heheh

Sekarang dah 9 bulan. Jalan dah tak larat nak laju, sebab baby dah masuk 'laluan'. So memang terasa keras di ari-ari.Sakit.Hukhuk. Extra careful now. 


P/S :   Saya adalah agen Produk Shaklee. Mahukan produk ini dengan harga rendah?Klik sini & PM saya. Ini produk kesihatan terbaik & paling meyakinkan yang pernah saya cuba,jangan gusar untuk 'melabur' bagi produk yang berbaloi ini ❤