Tuesday, December 18, 2012

Ujian Fizikal Bomba

Assalamualaikum.

Salam Sejahtera ke atas kamu!

Wow dah setahun tak menulis.
Alhamdulillah dah selamat bergelar Puan Isteri sudah lebih 3 minggu.
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Sebelum ni dah berkali kali terfikir nak share pengalaman melalui ujian fizikal bomba yang bagi aku memang pengalaman menarik. Last year. 
Macam ala ala jungle tracking gitu :p


Pertama sekali nak melalui ujian tu of course memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Memang aku sangat berminat dengan unit beruniform coz smart. Ngeh ngeh.
Ujian yang dilalui ni adalah bagi jawatan Pegawai Penguasa Bomba KB41. Tapi rasanya semua jawatan pun akan melalui bentuk ujian yang sama.

Sebaik dipanggil menjalani ujian ni, aku ditemani housemate kerap jugak la ke taman Cyber untuk jogging, pada awalnya SAHAJA. Tapi makin dekat tarikh ujian, makin malas.heheh.

Ujian adalah pada hari Sabtu.
Cuti kerja start Khamis.
Jumaat ke Jabatan Bomba Kuantan.

Omang Aih!!Ramai yang datang training. Jam 3 petang. Panas + Nervous. 
Ujian yang paling ramai failed adalah ujian panjat tali.
Encik encik bomba yang ada sudi ajar aku. 
Tak sampai suku panjat, jatuh. OMG.OMG.Cane neh.
Balik umah sakit seluruh badan.
Malamnya mak ayah suruh makan banyak2 sebab BMI low.


Esoknya tawakkal jela =='
Pagi pagi ayah bawak gi makan breakfast berat2,sekali lagi usaha nak naikkan berat.

Sebaik sampai, memang ramai budak dah tunggu. Calon perempuan yang ada seramai 27 orang. And sepanjang menunggu, entah berapa kali dah berulang alik ke toilet. Minum air banyak sangat breakfast tadi. 

 Seeeeeeeeee. Tengok dari bawah ni macam pendek je kan tali ni. 4 meter setengah. Tapi bila dah kat atas, gayat juggeks!


 Perkara pertama yang pihak bomba lakukan adalah memeriksa fizikal.

1. BMI : Jika ada yang mengalami kurang berat, maybe anda boleh buat macam ni ; sebaik berat ditimbang, ketika tinggi diukur, bengkokkan sikit lutut untuk kelihatan rendah, tapi jangan obvious sgt. Maka balance la BMI. Got what i mean? Ngeh ngeh. BMI kalau tak lepas, maka sila lah balik awal. Time ni ada sorang calon perempuan yang sangat kurus. Ibu bapa yang menemani dia tolong merayu, akhirnya lepas. Tapi rayuan tersebut tak dilakukan depan pegawai SPA. Kawtim meh ~

2. Ujian Penglihatan : Pegawai bomba akan menguji penglihatan dari jauh (sama macam ujian kita biasa buat di klinik, yang tengok abjad kat dinding tu......). Kemudian ujian contact lense. Mereka akan check seorang demi seorang. 



3. Kawad kaki : Calon dikehendaki berkawad sejauh lebih kurang 3 atau 4 meter seorang bagi melihat keadaan kaki, tangan dan bahu.

4. Pemeriksaan bentuk badan : Calon wanita dikehendaki menanggalkan baju (dalam bilik) dan diperiksa oleh pegawai wanita. Tujuannya bagi memeriksa parut pembedahan, kecederaan badan dan...body allignment :p 

Apabila semua ni lepas,maka bermula lah ujian pertama. Panjat tali. Tak lepas ujian ni, maka failed seluruh ujian.
  Semua calon lelaki melepasi ujian ni. 
Tapi hanya beberapa calon wanita yang lepas. Of course me not included. Hahah! Setelah berjaya panjat 3/4m. Berenti amek nafas. Gedebuk jatuh  (==)'

Trust me, kasut yang betul paling membantu. Kitorang time ni pakat share kasut sorang calon tu,sebab kasut dia best & nasib baik dia sporting. Kasut ala ala Converse yang macam budak skolah pakai tu yang terbaik. Getah mencengkam baik pada tali.


Ujian kedua adalah mengangkat berat. Ketika ini bantuan diberikan kepada calon wanita. Kalau tak tolong rasanya ramai yang terlepas atas kaki .hehehe. Menurut pegawai bomba disitu, hanya ujian memanjat tali sahaja yang tak boleh ditolong.Sebab ujian panjat tali dilakukan betul betul depan pegawai SPA. Yang lain lain, kelonggaran diberikan. Wanita perlu mengangkat pemberat tersebut sehingga ke paras pinggang manakala bagi lelaki, perlu mengangkat melebihi paras  pusat.
Berat pemberat tu, I guess lebih kurang berat tong gas yang berisi hokeyh.

 Ujian ketiga adalah memanjat menara bomba. Alat keselamatan dipakaikan. 

Seterusnya, ujian bagi mengangkat tangga ni dengan balance. Nampak ringan, tapi berat actually.

Dan.... Ini je peserta wanita yang berjaya. Aku ni kira datang amek pic jela. Reporter. Hahah.

Sebaik sahaja menerima panggilan ujian fizikal begini, sila lah buat training di Balai terdekat dengan anda, sebab mereka memang open balai seminggu sebelum ujian ,sehingga lewat malam sekalipun.Pasti ada yang sudi memberi tunjuk ajar.

Sekian, bagi yang akan melalui semua ni, goodluck!  =)








Sunday, July 3, 2011

Pimple ku Sayang..

Assalamulaikum..

Salam sejahtera ke atas kamu!

Jerawat ohhhh jerawat.
Masalah aku yang tak berhabis-habis.

Punca jerawat:

* Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.

* Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan

.
* Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.

* Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.


* Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.

* Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.


Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
sumber dari (Web)


Baru-baru ni mak cakap
"Awk ni dah 24 tahun dah,takkan hormon tak stabil-stabil lagi..potpetpotpet"

Apa plak..mana tau..dah benda alah ni nak naik..pimple sayang aku,aku sayang pimple.Ahaks!!

Kalau zaman sekolah,kawan selalu tegur,

''Ko dah pakai produk T3?''
Dah.
"T4?"
Dush3.
Kureng~

''Weh aku takut r tgk pipi ko merah-merah"

Ha....Ko tak tau..ni la original blusher u know
(==)'

Segalanya bermula time form 1&2 aku aktif olahraga.
Muka hangus hangit dan rentung.
Mak tegur suh pakai sunblock.
Aku pun pakai la 1 produk yang mak aku suggest.
Then,wow,memang sunburn dah kurang.
Tapi aku neh....maleh nak sental muka.
Balik sekolah berbasikal redah asap kete debu bla3,sampai umah tak basuh muka.
Sedar tak sedar de accessories atas muka.

Naik form 3,kawan tegur,
"Ala mai...sayangnya,muka da putih,tapi ada jerawat pulak..."

O,muka aku putih ye?
O,teruk ye kalau jerawat naik?
Oo..........

Pastu alamak.Alamak.
Baru perasan kalau jerawat naik maknanya cepat-cepat kena control,
kalau tak nanti get worse.

Pastu mula la tny orang tu orang ni,

Weh,ko pakai pe kat muka?Ko plak?Ko?Dia?Then?Pastu?Oo...
Pastu semangat gi kedai cari produk yang sama.
Then try.
Then,gedegung gedegang makin subur pulak kebun haku.

Sampai hujung form 5,ada yang memperkenalkan aku dengan satu produk,
memang sangat menjadi produk ni.
Jerawat,parut,dan segala kat muka aku semua habis.
Time tu baru aku perasan,o..ada tahi lalat ye kat muka aku?
Selama ni kompius dengan pimple.Haha!

Tapi...lama-lama aku stop pakai,since aku tersedar produk tu nipiskan kulit muka aku.
Stop je produk tu,terus pimple naik banyak2.
Seeee?
Betapa bahayanya produk ni.
And produk ni memang hangat kat pasaran sampai sekarang.

After met pakar kulit,baru reda..Alhamdulillah.

Now baru aku realized,
Produk yang sesuai dengan orang lain,tak semestinya sesuai dengan kita.
Sebab produk tu bukanlah berperanan besar pada kulit seseorang.
Kerana pimple datangnya dari 'dalam'.
Darah kotor,hormon,genetik.
So kalau Siti Nurhaliza yang kulitnya flawless giler,aku tak perlu try la produk dia,sebab memang takkan dapat kulit sesihat dia,sebab itu gene~~~
Kalau Wardina yang comel giler tu,aku tak perlu tau dia pakai apa kat kulit sebab kulit dia kalau tak pakai produk apa-apa pun memang secantik itulah.

Lepas baca artikel pasal Maizawati ni:
Dapat disimpulkan,jangan tiru orang pakai produk apa..sebab memang susah nak dapat secantik orang yang memang kulit dia takde problem..
70% jenis kulit anak,datangnya dari jenis kulit bapa.

It is about gene~

Aku tak pernah sunyi.
Pergi mana-mana ada 'teman'~ =D

-Sekian-



Monday, June 6, 2011

Ujian bertulis MPK

Assalamualaikum

Salam sejahtera ke atas kamu!




Mari menguji minda..dengan soklan2 di bawah ;D

Soalan berkenaan Pahang:

1.Adun Parlimen Kuantan?
2.Terdapat berapa Majlis Perbandaran di Pahang?
3.Berapa daerah dalam Pahang?Negeri manakah yang bersempadan dengan Pahang?
4.Ketua jabatan tertinggi di Majlis Perbandaran Kuantan dikenali sebagai apa?
5.Ibu negeri Pahang yang pertama?
6.Daerah terluas di Pahang?
7.Majlis Perbandaran Kuantan adalah badan berkanun atau..?
8.Universiti yang terdapat di Pahang?
9.Majlis Perbandaran Kuantan terdiri daripada berapa bahagian?
10.Sambutan Hari Merdeka peringkat kebangsaan di Pahang diadakan pada tahun berapa?


Soalan Umum:

11.Benua kedua terbesar di dunia?
12.Negara yang akan menganjurkan sukan olimpik tahun 2012?
13.Negeri di Malaysia yang akan menganjurkan Sukan Malaysia pada tahun 2012?
14.Siapa Menteri Perumahan Malaysia?
15.Siapa Menteri Penerangan,Kebudayaan dan Komunikasi Malaysia?
16.Tong Biru pada stesen kitar semula,adalah untuk bahan buangan apa?
17.Tong Coklat pada stesen kitar semula,adalah untuk bahan buangan apa?
18.E=MC
2 adalah ciptaan siapa?
19.Apakah hasil ciptaan Leonardo De Caprio selain daripada lukisan potret Monalisa?
20.Negara Malaysia diisytiharkan darurat pada tahun berapa?
21.Warna biru pada bendera Malaysia melambangkan apa?
22.Apakah perkara ketiga dalam Rukun Negara?
23.Blue Cube (Kubah Biru) terdapat di negara mana?
24.Siapa yang mencetuskan idea kilat sebagai pemancar elektron?
25.Siapakah Perdana Menteri Australia?
26.Barrack Obama berada dalam parti politik apa?
27.Organ apakah yang memproses glukosa di dalam badan?
28.Apakah software yang memproses perkataan ,selain 'Microsoft Word'?
29.Sultan Mizan Zainal Abidin adalah Agung yang ke berapa?
30.Cukai pintu juga dikenali sebagai cukai ____?
31.Apakah suruhanjaya yang dirubuhkan bagi mendapatkan pandangan rakyat Sabah & Sarawak mengenai penubuhan gagasan Malaysia?
32.Senarai Wilayah Persekutuan di Malaysia?
33.Tarikh penubuhan Malaysia?
34.Apakah nama penuh kapal angkasa yang dinaiki oleh Syeikh Muzhafar?
35.Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua?
36.'Bapa Pembangunan' adalah gelaran bagi Perdana Menteri Malaysia yang ke berapa?
37.Antara negara-negara ini; 'Oman,Jordan,Syria,Mesir'-yang mana bukan negara Asia?
38.Antara universiti - universiti ini; 'Hull University,Massachoute Institute,Harvard University'-yang mana bukan terdapat di Amerika?
39.Siapakah yang mencipta lampu?
40.Jabatan apakah yang menguruskan pengambilan penjawat awam di Malaysia?
41.Ahli negara ASEAN?
42.Fungsi komputer?
43.Apakah daerah Bandar Diraja Perak?
44.Berapakah jumlah rakyat negara China?
45.Siapakah yang menghasilakan penisilin?
46.Siapakah yang membunuh John.F.Kennedy?


Ni 46/60 Soalan yang aku ingat.Jom Jawab!
(^^)v

Soalan-soalan ni adalah soalan ujian bertulis Majlis Perbandaran Kuantan yang aku join 5/6/2011,di Kompleks Belia Indera Mahkota,Kuantan,yang mana dari 24,300 permohonan,hanya 3ribu yang terpilih.Wah!

Soalannya ada yang senang je,kan?
Tapi langsung tak terjangka akan masuk,mean,soalan-soalan yang tak perlukan study as preparation,tapi perlukan our alertness pada environment dan perkembangan isu semasa.

Bukan senang nak gi sit exam ni,kena 'berperang'!
Punya la ramai yang datang sampai nak masuk dewan kena divide group by group,yang mana group tersebut tidaklah dibahagi secara sistematik tapi kena rebut siapa yang berjaya masuk dewan dulu.
Maka terbentuk lah 'group' di dalam dewan.Hahah!

Berhimpit-himpit nak masuk tu,dah macam orang berhimpit-himpit
nak cium Hajarul Aswad di Mekah.
Can u imagine?

Awal-awal sampai,aku nampak ramai giler orang.
Rasa nak surrender,tapi nanti membazir balik kalau tak go on.
Maka brebutla jua

Sampai macam tu na...Nak keja gov punya penangan~
(~~)'


Sorry for those yang bertanyakan apa soalan yang bakal masuk aritu,serius tak boleh jangka apa yang masuk,at the end,soalannya memang tak terjangka!Anyway,goodluck,moga ada rezki untuk kamu-kamu =)