Monday, November 18, 2013

Entering week 30


Salam sejahtera ke atas kamu!

Allahurabbi, badan dah mula sakit-sakit. Maybe sebab kandungan makin berat.
(eh?yeke?dua-dua tambah berat,baby & ibu :p )

Masuk minggu ke  30 ni dah mula susah nak bangun kalau dah mula duduk atau baring. Feel dia sama macam belon yang berisi penuh dengan air. Bila nak mula angkat tu, hoihoi~ Tapi bila dah bangun atau diri, kena diri je,sebab tau dah, sekali dah landing, 
mesti susah dah nak bangun.
Hari ni Isnin. Nak kata Monday Blues, tak la sangat, sebab mood kerja OK je. Tapi, malas nak bangun & jalan. Rasa nak bersandar je kat kerusi empuk ni. Dari pagi tadi makan 4 bijik kuih + air masak je. Tak lapar. And tak kenyang sangat.  Tapi tegang perut macam baru pas hadap hidangan size nasi Arab punya. Hehe. Nasib baik  front desk, ramai orang lalu lalang. 
Kalau  tak dah lama bermalasan makan gaji buta kat office yaw.

Bos baru lepas tegur: 
“Tak lama sangat dah gaya awak ni Sarah”
‘Eh, lambat lagi bos, bulan 1’
Mommy-mommy vogue kat ofis pulak : 
“Sarah, perut awak Nampak dah turun”
Herk. Ok yang ni bikin nervous. Lek lekkk… (O.0)’

Nampak tak larat dah kot gaya jalan aku. Malunya. 
Sorry baby, Ibu tak kuat semangat sikit hari ni.
Tapi ibu janji hari ni nak basuh seme baju baby yang kiut-kiut tu bagi wangi (^^)

Wednesday, October 30, 2013

PerKEMBANGan Pesat :P

Assalamualaikum,
Salam sejahtera ke atas kamu!
Semakin berkembang.

Sebelum kawen, berat purata 45kg. Dekat-dekat nak kawen, berat 46-47kg. Lepas dah kawen berat naik menghampiri 50kg.

Mula-mula dapat tau pregnant, berat 52kg. And sekarang, 60kg.

Mean, sepanjang pregnant hampir 7 bulan, I have gained 8kg.


 Dari bacaan kisah-kisah orang lain, ramai yang tak reti handle kenaikan berat badan ketika hamil anak pertama. Yelah, takde experience. Memang rata-rata naik lebih dari 10kg. Tapi kalau ada yang tak naik banyak tu, mau tuntut ilmu please~! 1st timer , kalau tak makan, orang takutkan dengan cerita anak tak cukup khasiat, janin tak membesar, bantut & macam-macam lagi.

“Gemuknya awak sekarang” 
“Maisarah, awak tengok tak semula pic awak yg dulu dengan sekarang?Jauhnya beza”

Kadang-kadang rasa tertekan bila kena  tegur macam tu. Lepas tu balik rumah marah-marah bila suami suruh makan. Nak diet!Nak dietttttt! Pastu kena bebel balik. Haha.

Memang betul, mula-mula naik mendadak 3kg dulu,  sebab tak tau apa nak buat macamana. Tak makan salah, kurang makan pun salah. Tapi sekarang, dah tau cara. Hoyeahh! Caranya, makan dengan normal di siang hari. 
Malam ,minum susu aje. Tak pun sekadar alas perut. 
Memang sekarang ni malam-malam mudah tertidur awal. Sian en.Suami malam-malam layan movie sorang-sorang. Jadi, kalau malam pun makan berat, tidur awal pulak, membelon la. Huhu.

Sekarang rasanya macam tak makan banyak mana, kurang dari tabiat makan sebelum pregnant, tapi badan tetap naik, so I guess its normal la kot. Hehe. Layankan aje.Nanti-nanti lah diet :D
Time ni baru 2 bulan pregnant. Masih boleh 'panjat' Bukit Tinggi. Kononnya :p 
3 bulan, di bulan Ramadhan :)
4 bulan, dah Syawal 2013. Perut penuh khasiat makanan raya.
Pastu naik 3kg mendadak.Muahaha  
 5 bulan, berkursus di Rawang
 7 bulan! Ok. Ketara perKEMBANGan.

Takpelah, yang penting baby sihat. Mohon sangat semuanya ok & dalam lindungan Allah.
Due lambat lagi, bulan 1. Tapi dah berapa orang dah asyik sebut

"Dekat dah tu.Ntah2 bulan 12"
Nervous oii~!

Yang penting nak habaq mai sikit, chek sekarang makan supplement ni, kot ada yang berkenan, habaq la na?
Hat penting skali bila masuk trimester ni, tu...hat yang ostematrik tu. Nak elak dari kejang a.k.a cramp malam-malam ooo..Tak mahai pun, senang bawak pi mana-mana. Paihtu tak susah nak telan,licin ja pil-pil dia.Ha~ tu dia. Rosak bahasa. Haha.Lai-laiiiii
Sila like page INI
-Sekian- 

Friday, October 18, 2013

DIRTY TOPIC?Stay away from meyh!

Assalamualaikum,
Salam sejahtera ke atas kamu!
Selalu tak borak-borak dengan kawan jantina?
Topik apa yang selalu diborakkan?

Whatever topics it is, satu bab yang paling aku rasa tak boleh nak terima bila diborakkan terutama dari mulut lelaki yang dah kawin, adalah adalah bab se*s. Seriously perasaan time dengar tu rasa cam nak sepak orang tu laju-laju!

Perempuan dikatakan  famous dgn topik ‘anyam ketupat’ tapi laki-laki pulak, lebih worse dengan sebab most of them suka topik bab tu. Sorry to say : Its sound JIJIK to me! Macam takde topik lain nak dibincangkan.

Kat company lama aku kerja, sesama internal staf, satu ruang sembang khas di install kat PC masing2 oleh company utk mudahkan discussion keje. So sambil-sambil keje tu kadang-kadang ada yang buzz just utk borak-borak kosong.
 Sorang guy yang tak kawen lagi ni memang suka ajak borak, mostly pasal pengalaman masak, wedding preparation, style, fashion. Ha menarik tu bila laki terer bab tu. Jadi seronok chat. Malangnya lama-lama dia suka share story bab teetttt. Sikit-sikit aku mula jadi benci + meluat + rasa jijik dengan mamat ni. Bukan nak hina dia, tapi aku rasa tu perasaan yang sesuai untuk digambarkan pada sorang lelaki yang suka cakap pasal tu. And buat aku rasa tak boleh go on dengan ‘kawan’ ni, apabila aku tegur dia yang aku tak suka borak bab tu ,dia jawab:

‘’Hey come on, grow up la. U bukannya kecik lagi nak sempitkan fikiran tak mo cakap pasal benda-benda ni? Da nak kawen da pun’’

Boleh blah. Putus kawan.

Bab ni, tak perlu open. Jangan sebut sesekali pun dengan berlainan jantina. Persahabatan laki & perempuan ada batasnya. Sesama jantina, yes I can accept sebab nak dapatkan nasihat dan pengalaman. Dan kalau nak dengar nasihat dari laki sekalipun, biar lelaki tersebut menjawab dengan hikmah & penuh  berlapik ayatnya.
Dan : Menjawab tanpa nafsu.