Tuesday, October 8, 2013

Zaman belajar & Part time! (^^)

Salam sejahtera ke atas kamu!

Tadi tengah rehat, terkenang pulak zaman belajar yang mana antara aktiviti yang mewarnai hidup time tu, kerja part time! Kalau tak silap, start sem 2 (1st year) lagi dah start buat kerja part time. Sebab? Awal-awal sem banyak giler masa free, makin banyak masa free makin banyak duit untuk dihabiskan.Warghhh.Joli-joli.Heheh. Biasala time tu baru kenal dunia ‘luas’ , tambah plak awal-awal sem dulu join kelab tarian,time menari tu di mekap kaw-kaw punya, po laie, dari situ la start belajar mekap bagai. Pastu beli sikit-sikit. Sikit, tapi zaman student mana de duit meh. Murah bila dah keje, mahal oooo bila masih bergelar student.

Ada dua aktiviti aku aktif awal-awal sem dulu, kelab silat & kerja. Silat best, selain belajar banyak ‘bunga’, banyak juga menjelajah Johor kerana aktiviti dia. Tapi, its cost money. So..i choose to be more focus pada part time! Baru duit masyuk~ selain masa yang diperuntukkan pun sama jek, petang2.Consider aktiviti riadah la tu~

1.      Staf kat Cybercafe Kolej Kediaman
Menapak 2 3 langkah je CC tu dari bilik (okeh over). Dekat sgt, tak penat, & tak perlu belanja pape. Dari situ aku kenal ramai orang, & banyak pengalaman.
Dari 1st year sampai final year aku stay situ. Dah kacip dgn bos yg sporting.

2.       Jual bunga time konvo
Yang ni join kelab silat. Seronok. Join venture dengan penjual bunga sebenar. Tengok & belajar menggubah dari orang tu. Dan yang paling seronok sebab sambil-sambil jual, leh raikan konvo senior-senior.

3.       Join Digi buat promotion DigiCampus
Mostly yang join ni Chinese. Aku join jugak sebab classmates Chinese ajak. Tapi yang ni tough sikit, sebab yela, nak approach orang untuk beli benda yang tak pernah diorg dengar lagi, DigiCampus time tu  baru sgt lagi diperkenalkan.Cam direct selling lak rasa. Tapi keje ni ajar aku jadi tak tahu malu :P

4.      Berniaga di Bazar Ramadan
Walaupun untuk beberapa hari aku tolong makcik tu berniaga, manyak untung oooo! Best & banyak untung rupanya berniaga bazaar ni. Makcik tu jual mihun sup & rojak mee. Dalam UTM jugak. Tapi 2 jam aku tolong,dari jam 5-7pm, dia bayar RM15,siap belanja berbuka lagi.Sup dia sedap giler,cukup rasa. Tu untuk sehari.Kalau aku tolong sebulan??? Lumayan. Bagi sorang student la. Tapi aku rasa memang makcik tu dapat banyak untung. Ehehe.

Ha, tu la antara keje part time aku zaman student. Bestnya bila ingat balik.Banyak experience gained dari situ. And memang aku masukkan seme kerja-kerja tu dalam resume. Ihiks!

Oh ye. Time aku kerja kat Cyberjaya last year, disebabkan sebelah malam tak tau nak watpe,single lak time tu, nak dating boyfren jauh, sempat la jugak part time. Side Income. Heheheh. Di kedai fotostat. Sikit, tapi income bulanan aku jadi tambah RM400 dengan kerja tu. Dari aku dok tercongok kat umah layan FB lepas refresh refresh pastu boring tido, baik aku keje. And dapat berkenalan dengan kawan dari Vietnam & Indon. Serius rasa lain bila dapat dekati orang cam diorang, ada cerita tersendiri yang boleh di share.And bos dia, Uncle pe tah nama, ajar serba sedikit macamana dia boleh start business & jadi kaya raya. Nice!

No comments:

Post a Comment