Friday, January 3, 2014

8 tanda awal bersalin


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


1. Sakit Belakang- Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil,semakin lama semakin kerap dan kuat. Ia akan jadi lebih teruk pada bahagian bawah belakang. Keadaan ini berlaku kerana bayi dalam kandungan beralih kedudukan dan menekan tulang belakang.


Jika sukar untuk berjalan, minta suami anda urut bahagian belakang semasa anda berbaring secara mengiring.

2. Kontraksi rahim-  Kontraksi adalah  rasa tegang pada perut malah kadang-kadang anda  akan berasa sakit di bahagian tengah perut sehingga ke bahagian ari-ari.
Sekiranya sudah mengalami kontraksi,cuba perhatikan dan catatkan jarak masa di antaranya.Kontraksi sebenar berlaku secara  teratur  pada jarak masa yang konsisten. 

**Aku kerap rasa sakit kat ari-ari ni especially bila bangun dari duduk,maybe sebab berat kot.Belum tahap sakit konsisten lagi**

Jika kontraksi yang dialami berlaku setipa lima minit dan perut mengeras dalam masa 20 hingga 45 saat setiap kali, secara teratur dan semakin kerap,segera bergegas ke hospital pilihan agar anda boleh mendapatkan pemantauan daripada doktor yang memeriksa kehamilan.Perlu diingatkan bahawa braxton Hicks tidak sama dengan kontraksi sebenar. Ia kurang menyakitkan, tidak teratur dan lama-kelamaan akan hilang sendiri. 

3. Bloody show- Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda berupa lendir pekat bercampur darah yang keluar daripada faraj. Lendir ini merupakan pluk mukus seperti gam lekang yang keluar dari laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis.Perlu diketahui,apabila lendir ini keluar, ia bererti bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan. 

Jika anda mengalami tanda sebegini, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk ke hospital.  Hal ini boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.

4. Pecah Ketuban- Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada lelehan air yang keluar daripada faraj dalam jumlah yang banyak. Air yang keluar itu seharusnya jernih dan tidak berwarna. Sebaliknya jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih  berada dalam kandungan.


Ramai wanita hamil  yang keliru tentang perbezaan air ketuban dan air kencing. Untuk pengetahuan,air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil. Air ini berwarna jernih dan tidak berbau.  Tidak seperti air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing.


Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.Jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Sementara itu, menurut kajian kebanyakan wanita tidak pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin.Apa yang berlaku ialah doktor akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin


5. Serviks terbuka- Sebaik sahaja kontraksi berlaku,pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walau bagaimanapun,hanya doktor yang berupaya mengetahui perubahan serviks semasa pemeriksaan faraj dilakukan.Pembukaan di bahagian pangkal rahim dapat dikesan dengan skala 1cm hingga 10cm.


6. Perut memulas- Disebabkan bayi sudah mula bergerak ke saluran peranakan,ia akan memberi tekanan kepada saluran yang dikhususkan untuk membuang air besar. Sesetengah wanita akan mengalami keadaan di mana kerap ke tandas kerana terasa ingin membuang air besar. Anda dinasihatkan agar berhati-hati dan prihatin dengan tanda seperti ini kerana dikhuatiri timbul kejadian tidak diingini seperti bersalin di dalam tandas dan umpamanya.


7. Perut "turun"- Perut anda akan kelihatan membuncit di bahagian bawah,manakala bahagian atas terasa ringan atau kosong. Keadaan ini menandakan bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan. Hal ini biasanya berlaku di sekitar dua minggu sebelum kelahiran.
**Kalau tak perasan, cara untuk ukur sama ada perut sudah ke bawah atau belum,letakkan tapak tgn bermula dari hujung dada ke perut.Jika tapak tangan dalam keadaan flat dan tidak condong,bermakna perut anda sudah turun**
Contoh seperti  kedudukan tangan kiri model (yang bercincin) , cuma lebih rapat ke dada. Tangan model adalah condong mengikut perut, bermakna perut  masih belum turun.
8. Kerap membuang air kecil- Apabila bayi sudah bergerak ke bawah,sudah pasti ia akan memberi tekanan pada pundi kencing. Atas sebab itulah,anda akan mula kerap berasa hendak membuang air kecil. 

Update : Sekarang Alhamdulillah sudah selamat bersalin, tidak semua di atas aku alami pada waktu hampir bersalin tu, yang aku alami mengikut turutan adalah:
1. Perut tak selesa sebelum datang contraction ( Tengahari 31/1/2014) 

2. Contraction selang 15 minit. ( Tengahari 31/1/2014) 
3. Bloody show, ketika contraction tu aku dah pun mula pakai pad heavy flow punya. ( Petang 31/1/2014) 
4. Keluar air ketuban, rasa lelehan panas tiba2 even tak rasa nak kencing pun,and meleleh laju tak boleh kawal. Memang basah pad. ( Tgh malam 31/1/2014) 
5. Contraction selang 10 minit. ( 3 @ 4 am 1/2/2014)
6. Bukaan 1 cm ( 6am 1/2/2014)
7. Perut memulas & memang buang air besar atas katil labor room (theheheh :P) (Dalam pukul 2.30++pm kot 1/2/2014)
8. Bukaan 9 cm, teran &  bersalin ! (Right after lepas hajat tadi hehe)

P/S :   Saya adalah agen Produk Shaklee. Mahukan produk ini dengan harga rendah?Klik sini & PM saya. Ini produk kesihatan terbaik & paling meyakinkan yang pernah saya cuba,jangan gusar untuk 'melabur' bagi produk yang berbaloi ini 



No comments:

Post a Comment