Thursday, January 2, 2014

Jauhi produk kulit yang merbahaya, cantik secara sihat


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kulit yang sihat,mulus, dan kelihatan flawless memang menjadi idaman wanita.
Pelbagai produk ditawarkan untuk mencantikkan kulit, dan most of it, mengandungi pemutih.  Antara kulit putih, atau sihat,yang mana pilihan anda? 

Sejujurnya saya melihat,  kebanyakan lelaki memandang lebih kepada perempuan yang berkulit cerah.  Maka dengan itu, ramailah yang sanggup memedihkan kulit muka, mengambil langkah berisiko mencuba pelbagai produk luaran & dalaman untuk mendapatkan kulit PUTIH,bukan setakat cerah lagi dah. BEAUTY IS PAIN.

Ngeri bila tengok senarai produk yang dilarang oleh KKM kerana kandungan yang merbahaya.
Dan testimoni produk ni memang hebat-hebat. Kulit yang teruk pada awalnya boleh jadi licin dan putih. Antara link yang berkongsi senarai produk tersebut, anda boleh lihat disini:



Aku sendiri, memang seorang yang mempunyai masalah kulit. Puncanya bermula ketika tingkatan dua, aktif berolah raga bawah terik, kulit hangus, cuba memakai produk, kemudian balik dari beraktiviti, tidak dicuci terus kerana penat & berehat dahulu, ditambah dengan habuk debu akibat berbasikal dari sekolah ke rumah, maka jerawat naik dengan banyaknya.

Ketika itu aku diperkenalkan dengan produk Safi (Hijau)

Memang ia membantu dalam menghilangkan kesan hangus matahari, tapi satu masalah dengan Safi ni, kalau tak dicuci dengan betul, maka krim itu sendiri menjadi punca kepada jerawat. Sebab ia berminyak.

Kemudian, masuk tingkatan  empat, jiran memperkenalkan aku dengan pencuci muka Seri Gama (Gamat).

Memang menjadi, kulit bebas jerawat. Ketika itu aku amalkan pencuci tersebut & krim kecantikan safi (Hijau).
Tapi, entah kenapa, bila dah menjadi dengan produk tersebut,aku ‘gatal tangan’ untuk cuba produk lain, iaitu Pencuci Muka Pond’s. Langsung tak menjadi dan jerawat naik semula. Aduhai!
Melihat keadaan kulit yang teruk, seseorang memperkenalkan aku kepada produk Set Jerawat & Jeragat Natasya Gold. 1 Set, mengandungi pencuci muka, & krim malam. 
Mula-mula guna, pedih! Tapi tak menggelupas. Tahu tak, dalam masa dua minggu, jerawat yang banyak tu hilang! Kulit jadi putih bersih. Tapi, sebab aku tak terfikir pasal kulit nipis, aku teruskan pakai dan pakai sehingga satu hari ada orang tegur dan bagitau kulit aku  nampak nipis. Hanya muka saja yang putih sangat. Malunya~ Terus aku stop pakai, dan jerawat yang naik selepas tu jadi lebih teruk dari sebelumnya. Yela, sebab kulit dah nipis.

Lepas habis tingkatan lima, ayah bawa aku rujuk ke pakar kulit. Ayah dibebel oleh doktor tu (kenalan ayah) sebab membiarkan masalah aku dah jadi begitu teruk baru ambil tindakan untuk bawa ke pakar. Ketika sesi rawatan , aku diberikan ubat bernama “Roaccutane”. 
Ubat ni sangat kuat dan bahaya kerana ia mampu mencacatkan janin sekiranya aku mengandung. Sebab itu sebelum aku meneruskan sesi rawatan tu, berulang kali doktor tanya sama ada aku mempunyai perancangan berkahwin dalam masa terdekat.
Dua bulan mengambil ubat tersebut sebelum berhenti dan disusuli dengan pengambilan antibiotic, kulit aku sembuh. Memakai krim Safi(Hijau) untuk bantuan luaran, kawan pernah tegur, “Mana gi semua jerawat ko?”.

Alhamdulillah.

Tapi mak mula risau. Mak ayah masing-masing bekerja dalam bidang perubatan. Pengalaman menyebabkan mereka suruh aku stop ambil antibiotic tersebut, sebab kata mereka, aku masih muda, dan buah pinggang sudah terlalu bekerja kuat untuk mencerna ubatan tersebut. Maka setelah dua tahun aku stop ubat tersebut, hormone jerawat aktif semula. 

Ketika di tahun akhir UTM, jerawat menjadi-jadi. Terpaksa sabar tanpa ambil ubatan, tapi macam-macam produk luaran yang aku cuba. Syahirah, Shurah. Semua tak menjadi. Jerawat tetap naik. Kadang-kadang je surut, yakni time period. Memang masalah hormone betullah aku nih!

Doktor kata, jenis kulit aku, kalau jerawat naik, memang besar-besar saiznya. Jerawat bagi kulit aku dikenali sebagai Nodular Acne.  
Pasrah. Apabila dah habis belajar, bekerja, tak ada perkara lain yang aku amalkan, hanya jaga kebersihan sebaik mungkin di samping rajin oles krim Safi (Hijau) untuk hilangkan parut.

Sehingga lepas kahwin, baru aku terdetik kat hati untuk cuba produk dalaman. Orang kata, kalau lepas kahwin, jerawat dah tak de. Tapi tu hanya mitos. Hormon kita tetap sama. Mungkin rasa bahagia saja yang boleh buatkan orang naik ‘seri’.

Nampak iklan Shaklee di Page FB kawan. Tanya pada dia, dia pun suggest set kesihatan kulit, yang mengandungi Vitamin C yang terkenal membekalkan nutrien cukup untuk kulit, Vitamin B untuk sentiasa tenang & tidak membuat kulit nampak stress sentiasa, vitamin E yang mengandungi ekstrak anggur untuk kecilkan pori & juga Energy Soy Protein (ESP), minuman untuk membekalkan protein, untuk kulit & rambut.

Klik untuk imej jelas
Gambar kiri, adalah gambar sebelum amal Shaklee. Ketika ini bekerja, memang oles krim,dan bedak,tapi itu pun tak boleh cover  lagi apa yang ada. Gambar kanan, adalah selepas 2 bulan amal. 

Alhamdulillah. Walaupun tidaklah kulit menjadi cantik mulus tegang,
(kalau licin sangat-sangat nanti orang cakap tak logic pulak,sebab memang masalah sebelum ni sangat teruk) tapi sekurang-kurang jerawat dah tak naik & kulit dah tak berminyak.  Yang penting ,istiqamah mengamalkannya. Tak berani mencuba produk luaran yang bermacam-macam. Masih stick pada produk Safi lagi, sebab satu-satunya produk yang ‘lembut’ pada kulit, tak macam yang lain, hingga mengelupas!



P/S : Saya adalah dropship bagi butik Mrs.Rxns dari Terengganu. Klik sini untuk sebarang pertanyaan produk &   melihat pilihan-pilihan lain.Dijamin kualiti dan pilihan yang cantik-cantik  


3 comments:

  1. thanks kak. syaa pun ada mslh sma mcm kkak nie (15thun) hehe.. skrang saya tdak ragu utk mggunkn produk safi hijau trsbut :)

    ReplyDelete
  2. thanks kak. syaa pun ada mslh sma mcm kkak nie (15thun) hehe.. skrang saya tdak ragu utk mggunkn produk safi hijau trsbut :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..selesai masalah sis :)

    ReplyDelete