Thursday, April 17, 2014

Review Minyak Kelapa Dara Tanamera

Salam sejahtera ke atas kamu!

Sebelum ni aku pernah menulis mengenai  Minyak Kelapa Dara Tanamera, yg aku guna utk preparation bersalin. Guna atas nasihat kawan, dia sendiri juga guna atas testimoni orang lain.

Meh nak bagi review lepas aku sendiri yang guna pulak. Mungkin takdir,mungkin jugak disebabkan mengamalkan produk ni dengan izin Allah, koyakan itu hanya dibuat (gunting) oleh sebab doktor nak memvacuum.  Dan guntingan tersebut tidaklah besar. Alhamdulillah.

Penggunaan semasa Mengandung:
·                     Untuk elak rekahan kulit
·                     Mudahkan proses bersalin tanpa pengoyakkan faraj
·                     Untuk elak sembelit

Lepas 30 weeks pregnancy, mulakan sapuan minyak ni kat perineum. Urut-urut. Sampai dah nak bersalin, kerapkan sapu. Tapi,bau kelapa nya memang kuat sikit la. Takde masalah kot utk itu. Mungkin ada yang bermasalah dengan kegatalan sikit masa mula-mula amal. Tapi lama-lama, ia akan okay.

Penutup minyak ni kemas. Sikit je yang keluar tiap kali tuang, so tak la membazir. Sampai sekarang minyak tu banyak lebih lagi. Aku guna utk sapu di kepala baby Amran since kepala nya ada kuping-kuping sikit. RM40, dan tahan lama, berbaloi-baloi minyak ni~!

No comments:

Post a Comment