Thursday, May 5, 2011

Langkah baru

Assalamualaikum

Salam sejahtera ke atas kamu!

Baru2 ni ke KL untuk sign agreement kerja baru dgn mak,ayah & adik.
Betapa aku disayangi sebab ditemani mak ayah sampai ke bilik perjumpaan tu pun,
siap tolong baca agreement tu sama-sama.
After dah sign,ayah siap tolong semak lagi,kot2 ada yang terlepas pandang.Hahah!

Pakguard,operator yang kawal pintu keluar masuk bangunan tu pun terkelip-kelip,
sengih-sengih pelik tgk aku bawak mak ayah teman.

"Erm..yang nak sign agreementnya,sorang je kan pakcik,makcik?"

=D

Tertangkapnya gambar ni sebab ayah boring aku baca lama sgt ;)


Lepas je ayah aku snap pic ni,aku suh dia tunggu kat bilik ni.
Ayah,tolong jaga surat tu,ngah tak tahan nak gi toilet!!


-Sekian-

Saturday, April 23, 2011

Small Stall.A polite Worker.

Assalamualaikum.
Salam sejahtera ke atas kamu!


Semalam ayah tak kerja.
So ktorg breakfast sama-sama kat gerai roti canai.
Even gerai tu kecik,kedudukan pun kat simpang jalan je,
tapi roti canai dia best.

Namun begitu,roti canai yang garing lagi sedap bukanlah tajuk utama cerita ini.Ehem ehem.


Kedai tu bukak lambat.
Pukul 8 lebih baru beroperasi.
Maybe sebab yg urus kedai tu,dua org je.
Yela gerai kecik kan.
So aku selalu la frust sebab tak dapat pekene roti canai dia pagi2 before keje,
dapat lalu depan gerai tu pun jadila~amik bau.Hahah!

Ada sorang pekerja ni,(kat gerai tu ada dua je yg keje,bos and budak ni)
tiap kali amek order,senyum kemain.Lelaki ye.
Manisss je muka dgn pelanggan (^__^)
Jari dia akan menunjuk arah,dengan menggunakan ibu jari tangan.
u know wat i mean??u know wat i mean??? !
camni:

Gemuknya tangan...(==)''

Tiap kali dia pulangkan baki duit,or nak hantar hidangan,dia akan tunduk hormat and hulurkan duit dengan cara macam ni:


Tak pun camni:


Cara memberi barang @ memulangkan duit sangat penting ketika urusan niaga.
Tu etika yang diajar time aku part time dulu.
Budak ni praktikkan.
Even kat gerai kecik.
Memang berbunga2 la hati kami sebagai pelanggan.
Kalau kat restoran grand2 tu normal la kan.

Lepas habis breakfast semalam,dan nak bredar,budak tu dekati ktorg.

"Pakcik,selama saya kerja kat sini,saya mintak maaf ye jika ada tsalah laku and layanan.
Harini last saya kerja sini,hujung minggu ni dah nak sambung blajar smula dah''

Budak tu bercakap dengan rendah suara.
Ayah aku tak ckp pape lagi,aku yang jawabkan

''Takpe2,awak x wat salah pape pun,ok2 je seme"
Heeeeee.

Dalam kereta ayah gitau,budak tu akan sambung Master.
Sopan & pandai.
Goodluck ye budak!
Orang sopan macam tu berhak dapat doa dari seme~ =)


-Sekian-


Sunday, April 17, 2011

Penipu keji

Assalamualaikum

Salam sejahtera ke atas kamu!

Rakyat Malaysia dkenali dengan sikap pemurah.Betul ke??
Maybe betul..Dats y meminta sedekah boleh dijadikan "kerjaya".
Dan kerana "kerjaya" itulah,ramai yang betul-betul memerlukan tertindas.


Citer 1


Time ni aku kat terminal Larkin,Johor Bahru,nak balik Kuantan.
Sementara menunggu bas bergerak,ada sorang makcik,
dengan muka sedih,bawak anak dia naik bas.
(Dalam gambar yang tak brapa jelas ni,anak makcik ni,yg duduk atas benda kuning tu,makcik tu,yg berbaju ungu duduk di tiang)
Then mintak sedekah dari seat ke seat.
Terdetik 'orang ni betul2 susah or x?'
Tapi bagilah jugak.
Kalau betul dia susah,kita dapat bantu.
Kalau dia tipu, "ko sendiri jawabla dgn tuhan"

Dia tak habis round seat ke seat lagi,driver bas dah halau.
Eh,kejamnya pakcik ni.
Tapi,rupanya 'kejam' bersebab.

"Inilah masalah rakyat Malaysia,pemurah sgt tak soal selidik dulu orang yg mintak derma tu.
Saya bukan nak halang awak semua buat baik,tak,
tapi saya dah kerap sgt bawak bas ke sini,saya dah kenal sape makcik tu.
Awak ingat dia betul-betul susah ke?Tak!
Henfon dia tak main la macam kita-kita ni,
yang mahal2 dekat sribu tu sbijik kalau awak semua nak tahu!
Dia tak bawak anak dia mkn kat gerai2 tepi ni,tuh,tiap2 tengahari bawak anak ke KFC.
Tu,peniaga buah tepi tu nak bagi buah yang dah tak dijual pada dia,
anak beranak sombong,taknak trima.
And bukan dia sorang buat keje tu,entire family buat.Dia and anak kecik tu naik bas ni,anak-anak yang lain kutip kat bas lain"

Okeh.Tersentap.Baru je nak berfikiran positif.


______________________________________________________________________

Citer 2

Ayah ke stesen minyak untuk pam tayar keretanya..
Dari jauh,dia nampak sorang budak laki mengheret basikal buruk menghampiri dia.
Bermuka kusam,berbaju lusuh.

"Pakcik..boleh tak mintak rm2,saya lapar nak bli makanan..air saya dah ada ni"

Ayah tak endah.

"Pakcik..boleh tak mintak rm2,saya lapar..air minum saya dah ada"

Budak tu repeat,mungkin dia ingat ayah tak dengar...

Sekali lagi ayah tak endah.
Budak tu berlalu.
Waktu tu baru ayah tengok dia betul-betul..

Budak tu masuk longkang,kutip tin2 kosong,masukkan ke dalam kotak pada basikal dia.
Jalan & jalan lagi.

Ayah berhentikan kereta dekat budak tu.
Ayah hulurkan RM2.

"Terima kasih pakcik..."

Then ayah terus drive ke hospital,tempat ayah bekerja.
Otw balik,pusing kat bandar,dia terserempak dengan budak tadi,
sedang kutip2 tin kat tepi2 jalan.

Ayah brek kereta mengejut,membuatkan kereta belakang dia time tu marahkan ayah.
Ayah tersentak.

Budak tu rupanya betul-betul miskin & lapar,bukan buat-buat.

Ayah hulurkan duit extra.

"Eh,apa ni pakcik,byk sgt ni.."
Walaupun duit yang ayah mampu hulurkan time tu tidaklah banyak.

'Adik dah mkn?'
Ayah bertanya.

"Belum pakcik.Lepas saya dah siap kerja nanti,saya makan"

'Okeh2,adik teruskanlah kerja,tapi jangan tak makan ye'

Dalam kereta,ayah menangis....huuuuuu (T__T)

Besarnya kesan penipu kepada orang yang betul-betul memerlukan.



-Sekian-