Sunday, April 17, 2011

Penipu keji

Assalamualaikum

Salam sejahtera ke atas kamu!

Rakyat Malaysia dkenali dengan sikap pemurah.Betul ke??
Maybe betul..Dats y meminta sedekah boleh dijadikan "kerjaya".
Dan kerana "kerjaya" itulah,ramai yang betul-betul memerlukan tertindas.


Citer 1


Time ni aku kat terminal Larkin,Johor Bahru,nak balik Kuantan.
Sementara menunggu bas bergerak,ada sorang makcik,
dengan muka sedih,bawak anak dia naik bas.
(Dalam gambar yang tak brapa jelas ni,anak makcik ni,yg duduk atas benda kuning tu,makcik tu,yg berbaju ungu duduk di tiang)
Then mintak sedekah dari seat ke seat.
Terdetik 'orang ni betul2 susah or x?'
Tapi bagilah jugak.
Kalau betul dia susah,kita dapat bantu.
Kalau dia tipu, "ko sendiri jawabla dgn tuhan"

Dia tak habis round seat ke seat lagi,driver bas dah halau.
Eh,kejamnya pakcik ni.
Tapi,rupanya 'kejam' bersebab.

"Inilah masalah rakyat Malaysia,pemurah sgt tak soal selidik dulu orang yg mintak derma tu.
Saya bukan nak halang awak semua buat baik,tak,
tapi saya dah kerap sgt bawak bas ke sini,saya dah kenal sape makcik tu.
Awak ingat dia betul-betul susah ke?Tak!
Henfon dia tak main la macam kita-kita ni,
yang mahal2 dekat sribu tu sbijik kalau awak semua nak tahu!
Dia tak bawak anak dia mkn kat gerai2 tepi ni,tuh,tiap2 tengahari bawak anak ke KFC.
Tu,peniaga buah tepi tu nak bagi buah yang dah tak dijual pada dia,
anak beranak sombong,taknak trima.
And bukan dia sorang buat keje tu,entire family buat.Dia and anak kecik tu naik bas ni,anak-anak yang lain kutip kat bas lain"

Okeh.Tersentap.Baru je nak berfikiran positif.


______________________________________________________________________

Citer 2

Ayah ke stesen minyak untuk pam tayar keretanya..
Dari jauh,dia nampak sorang budak laki mengheret basikal buruk menghampiri dia.
Bermuka kusam,berbaju lusuh.

"Pakcik..boleh tak mintak rm2,saya lapar nak bli makanan..air saya dah ada ni"

Ayah tak endah.

"Pakcik..boleh tak mintak rm2,saya lapar..air minum saya dah ada"

Budak tu repeat,mungkin dia ingat ayah tak dengar...

Sekali lagi ayah tak endah.
Budak tu berlalu.
Waktu tu baru ayah tengok dia betul-betul..

Budak tu masuk longkang,kutip tin2 kosong,masukkan ke dalam kotak pada basikal dia.
Jalan & jalan lagi.

Ayah berhentikan kereta dekat budak tu.
Ayah hulurkan RM2.

"Terima kasih pakcik..."

Then ayah terus drive ke hospital,tempat ayah bekerja.
Otw balik,pusing kat bandar,dia terserempak dengan budak tadi,
sedang kutip2 tin kat tepi2 jalan.

Ayah brek kereta mengejut,membuatkan kereta belakang dia time tu marahkan ayah.
Ayah tersentak.

Budak tu rupanya betul-betul miskin & lapar,bukan buat-buat.

Ayah hulurkan duit extra.

"Eh,apa ni pakcik,byk sgt ni.."
Walaupun duit yang ayah mampu hulurkan time tu tidaklah banyak.

'Adik dah mkn?'
Ayah bertanya.

"Belum pakcik.Lepas saya dah siap kerja nanti,saya makan"

'Okeh2,adik teruskanlah kerja,tapi jangan tak makan ye'

Dalam kereta,ayah menangis....huuuuuu (T__T)

Besarnya kesan penipu kepada orang yang betul-betul memerlukan.



-Sekian-

2 comments:

  1. haah.dia rasa sdih giler,time dia cite 2 pun cam sebak2 je.dia rasa bslah sbb kdekut bg rm2 je pd bdk 2 mula2,sbb yela,bkn snang nak caya org skrg ni.

    ReplyDelete