Saturday, July 6, 2013

Sehari di Bukit Tinggi

Salam sejahtera ke atas kamu!

Jumaat last week tetiba rasa bosan tahap tergedik gedik duk kat opis. 
Memang Sabtu tu dah ambil cuti siap-siap sebab nak raikan abg & kakak ipar balik dari Sarawak.
Tiba-tiba rasa nak g bercuti, terus sms suami.

Me : Bang,jom bercuti, bosan giler rasa ni...Cam ntah pape dah rasa.
Hubby : Ha? Nak g mana. Kan along balik weekend ni takkan x jumpa diorg?
Me : Gi Bukit Tinggi balik hari..mesti sempatnya..jomla bosannya..
Hubby : Insyaallah...

*****************************************************************

Malamnya, whatssapp abg & ipar mohon jangan kecik ati kamek nak berjalan-jalan time dey all balik. Fu~

*****************************************************************

Pas breakfast ramai-ramai pagi tu, terus bagitau mak ayah adik, nak gi Bukit Tinggi 'jap'.
Gerak nya pukul 11. Tiba pukul 1. Angan-angan nak ke tempat sejuk. Tinggal angan-angan (==')

Pukul 1, mana nak sejuk.Haish.

Excited nak masuk dalam, sebab selalu tengok dalam pic orang lain kemain aih lawanya kat dalam tu.

Memang cantik, ada jambatan yang ada swan bawah dia. 
Sepasang hitam, sepasang putih. Gomoks-gomoks.
Angin sepoi-sepoi bahasa buat  rasa jadi nyaman sangat. 

Nasib baik time ni jerebu baru pulih.
 Sampai-sampai terus cari surau dulu, dey all ubah bilik hotel jadikan surau. 
So surau perempuan sangat selesa (^^)

Tapi sekejap sangat teruja nya. 
Lorong cantik dalam bangunan ni pendek sangat, dalam 100meter ++ je kot. 

Memang cantik bangunan-bangunan dia.
So cepat je habis round, patah balik ke parking dah.

Next : Japan Village
Yang ni da lama excited. Sebab teringin nak masuk rumah Jepun. 
Tapi kena tempuh lorong mendaki sampai incik suami terpaksa support belakang badan. Ngehngehngeh.

 Mak, mula-mula sampai pakai jubah, dah tukar pakai track suit.Senang sikit.Heheh


Perkampungan Jepun, canti view kan? Kat sini sejuk macam dalam aircond. RM 1 bagi sebungkus makanan ikan, then boleh kasi makan. Gemuk betul ikan-ikan itew~

Kimono kalau nak pakai, boleh sewa dengan harga RM20, then pusing la 1 tempat ni untuk bergambar feeling2 kat Jepun.
Rumah Jepun pulak kecik-kecik, tapi dalam dia kemas betul dengan susunan bilik. 

Asalnya Bukit Tinggi plan pertama lokasi honeymoon, tapi tengok luaran yang macam kurang aktiviti, kami tukar lokasi. Seriously pada pendapat kami, Bukit Tinggi hanya sesuai jika pergi & balik hari. Kalau menginap, mati kutu x tau nak buat apa :D
Tapi ada jugak adventurous activities yang mereka tawarkan contohnya Flying Fox, Wall Climbing & etc. Tepuk dada tanya selera. 


Habis ronda 2 tempat ni, dah penat. Terus balik. Gerak dari sana pukul 5, sampai rumah pukul 7. Tak sempat mandi keluar makan malam ramai-ramai pulak. Ihiks!

Tuesday, July 2, 2013

Yang Terpendam

Salam sejahtera ke atas kamu!

Asyik nak marah!! Argh!
Kalau dulu once a month memang datang rasa nak marah/emo/sensitif bagai & dats normal.
Tapi sekarang. Hari-hari -tolong jangan ada buat silap.  Kill kill die die!

Menci menci menci!



1

Rabu & khamis , satu event Perodua akan diadakan.
Kebetulan, syarikat mengupah kontraktor tinted untuk membuat pemasangan bermula Sabtu, dimana kami dijanjikan siap juga pada hari Sabtu.

Alkisah, mereka gagal melunas janji, walaupun telah dihighlight beberapa kali bahawa mereka perlu siapkan sebelum event berlangsung.
Petang Selasa, kami sudah sepatutnya membuat preparations event tersebut, tapi kontraktor tersebut hilang entah kemana.
Palang-palang besi memanjat mereka tinggalkan camtu jek.
Walawehhhhh!

Petang, 6pm; mereka datang
'Encik berdua kemana?'
'Pasang tinted kat tempat lain tadi'

What the???
Stress.
Kaboooom!
Padan muka ko.


2
Lori stok kereta baru sampai.
Inspect as usual.
Study the checklist jugak macam biasa.
Tiba masa nak cop-cop, incik driver lori tanya

'cop mana cop, meh saya tolong cop'
'xpe2 cik, saya kena check betul2 dulu'
'ala nak check apa sangat..tak de pape ni..'
(dengan selamba bliau amek cop company dari aku.cop cop cop)
'saya kena check  betul2 pakcik, biar saya cop,saya dah pernah kena sebelum ni,saya tahu tugas saya,pakcik duk diam-diam boleyyy!?'

##$^*&&&(*!

********************************************************
Sekecik-kecik hal boleh buat aku tinggi kan suara sekarang ni. Haiiii la hati~

Friday, June 28, 2013

Makanan Tambahan (^^)v


Salam sejahtera ke atas kamu!
Nak story skit nih, sebelum ni selalu mengadu mudah sangat letih kaki.
Pastu kan , sorang senior ni pun perkenal kan la pada satu minuman, ESP. Ermmm.nyum-nyum.
Tiap kali teringat ESP tu, teringatkan rasa dia. Best!

Actually di-suggest consume ESP + Vit E + Vit B adalah untuk kulit, tapi kesan lain plak yang aku rasa, which is, badan rasa best!
Untuk kulit, bagi sesetengah orang dia efek laju-laju, tapi bagi aku dia slow & steady.
 Seperti sorang daddy yang cool…**okeh xde kena ngena
Tapi ada rasa yang berubah.



Macam ni lah aku diperkenalkan pada produk ni, Instagram (^~)v
Lepas 2 botol minum (now jar ketiga) badan rasa best amat, lenguh kaki dah kurang!
Tak semua pimples hilang, tapi setiap kali jumpa adik kat Kedah yang selang 1 @ 2bulan baru jumpa tu, dia cakap beza banyak.wowwee~!
Akan terus consume, sebab mana ada yang instant kat dunia ni,kena istiqamah.

Sekarang dia plak tengah cuba. Bismillah.
http://1.bp.blogspot.com/-tZ-tehZtjwE/UPZGLXb2ZJI/AAAAAAAAEeg/EDEvfu1bC_U/s400/wer.jpg
Produk ni adalah Shaklee. Bukan ubat, tapi supplement, yang bekalkan zat yang tak cukup dalam badan. Bila  zat cukup maka badan rasa best.
Banyak testimoni dari orang lain tapi yang ni dari aku. Ori punya.
Kalau nak try, do let me know ya! Will introduce ya to the distributor.