Saturday, July 6, 2013

Sehari di Bukit Tinggi

Salam sejahtera ke atas kamu!

Jumaat last week tetiba rasa bosan tahap tergedik gedik duk kat opis. 
Memang Sabtu tu dah ambil cuti siap-siap sebab nak raikan abg & kakak ipar balik dari Sarawak.
Tiba-tiba rasa nak g bercuti, terus sms suami.

Me : Bang,jom bercuti, bosan giler rasa ni...Cam ntah pape dah rasa.
Hubby : Ha? Nak g mana. Kan along balik weekend ni takkan x jumpa diorg?
Me : Gi Bukit Tinggi balik hari..mesti sempatnya..jomla bosannya..
Hubby : Insyaallah...

*****************************************************************

Malamnya, whatssapp abg & ipar mohon jangan kecik ati kamek nak berjalan-jalan time dey all balik. Fu~

*****************************************************************

Pas breakfast ramai-ramai pagi tu, terus bagitau mak ayah adik, nak gi Bukit Tinggi 'jap'.
Gerak nya pukul 11. Tiba pukul 1. Angan-angan nak ke tempat sejuk. Tinggal angan-angan (==')

Pukul 1, mana nak sejuk.Haish.

Excited nak masuk dalam, sebab selalu tengok dalam pic orang lain kemain aih lawanya kat dalam tu.

Memang cantik, ada jambatan yang ada swan bawah dia. 
Sepasang hitam, sepasang putih. Gomoks-gomoks.
Angin sepoi-sepoi bahasa buat  rasa jadi nyaman sangat. 

Nasib baik time ni jerebu baru pulih.
 Sampai-sampai terus cari surau dulu, dey all ubah bilik hotel jadikan surau. 
So surau perempuan sangat selesa (^^)

Tapi sekejap sangat teruja nya. 
Lorong cantik dalam bangunan ni pendek sangat, dalam 100meter ++ je kot. 

Memang cantik bangunan-bangunan dia.
So cepat je habis round, patah balik ke parking dah.

Next : Japan Village
Yang ni da lama excited. Sebab teringin nak masuk rumah Jepun. 
Tapi kena tempuh lorong mendaki sampai incik suami terpaksa support belakang badan. Ngehngehngeh.

 Mak, mula-mula sampai pakai jubah, dah tukar pakai track suit.Senang sikit.Heheh


Perkampungan Jepun, canti view kan? Kat sini sejuk macam dalam aircond. RM 1 bagi sebungkus makanan ikan, then boleh kasi makan. Gemuk betul ikan-ikan itew~

Kimono kalau nak pakai, boleh sewa dengan harga RM20, then pusing la 1 tempat ni untuk bergambar feeling2 kat Jepun.
Rumah Jepun pulak kecik-kecik, tapi dalam dia kemas betul dengan susunan bilik. 

Asalnya Bukit Tinggi plan pertama lokasi honeymoon, tapi tengok luaran yang macam kurang aktiviti, kami tukar lokasi. Seriously pada pendapat kami, Bukit Tinggi hanya sesuai jika pergi & balik hari. Kalau menginap, mati kutu x tau nak buat apa :D
Tapi ada jugak adventurous activities yang mereka tawarkan contohnya Flying Fox, Wall Climbing & etc. Tepuk dada tanya selera. 


Habis ronda 2 tempat ni, dah penat. Terus balik. Gerak dari sana pukul 5, sampai rumah pukul 7. Tak sempat mandi keluar makan malam ramai-ramai pulak. Ihiks!

No comments:

Post a Comment