Thursday, November 28, 2013

Batuk Ketika Hamil

Assalamualaikum.
Salam sejahtera ke atas kamu!

Batuk. Bab batuk ni akak ipar pernah nasihat, jaga kesihatan, especially dekat-dekat nak due. Alkisah time dia nak bersalin anak ke 3 dulu, dia terbatuk ketika teran, elok-elok doctor dah nampak rambut baby yang nak keluar, tersedut balik baby tu dalam perut.Herkkkkk. Adoi~!

Sekarang aku tengah alami batuk. Dah 5 hari. 1st time dalam hidup teruk macam ni batuknya. Nasib baik baru week 31. Mula-mula tak mau amek apa-apa medication sebab risaukan baby. Tapi last-last tak tahan sebab batuk nonstop menjelang tengah malam,suara terjejas, termuntah + sakit perut. Terpaksa jugak refer doctor. So aku refer nurse & doctor yang selalu aku gi monthly check up tu. Alhamdulillah baby ok, dan lepas jumpa doctor, aku diberi ubat batuk, antibiotic & ubat minum untuk cuci urin (3% kotoran dalam urin aku time check ni).

Tapi aku takut nak mkn ubat-ubat ni actually. Makan, tapi dalam hati penuh was-was.
Mungkin ada other mommies yang ada experience pasal ni,so aku pun post kat FB.



Oh,ada antara komen yang x tak menjawab soalan,promosi pulak. Pada aku, macam tak kena sikit cara dia. And ada yang scary jugak komen pasal effect batuk tu. Air ketuban pecah?? Kena cepat-cepat sihat ni. Supaya baby pun sihat. Sian baby tak tenang rehat dalam tummy ibu. Vibrate sokmo yek. Hikhik.

Update:
Tahu macamana batuk ni boleh sembuh? Lepas husband nasihat;

"Batuk/selsema ni ada 2 punca, sama ada sebab badan sejuk sangat atau panas sangat. Kalau puncanya sebab sejuk, amalkan minum air suam. Kalau sebab panas, banyakkan minum air suhu normal @ sejuk"

Dah berhari-hari aku amal ubat + air suam tak sembuh2,last2 aku amal air sejuk+ubat pulak. Sembuh! Alhamdulillah.

Thursday, November 21, 2013

Minyak Kelapa Dara VCO Tanamera

Salam sejahtera ke atas kamu!

Minyak Kelapa Dara VCO Tanamera.
Nak story sikit mengenai minyak ni. Melalui office mate la aku kenal mengenai produk ni. Ramai mommies juga yang bagi review product ni. Dengan izin Allah & istiqamah sapu minyak ni, membantu memudahkan pembukaan ketika bersalin normal. Malah ada yang bagi review luka sangat sikit.

Sekarang officemate tu dah bersalin, tengah pantang lagi. So tak sempat lagi nak tanya review dari dia pulak. Tapi yang aku tau, dia sendiri agak tak lama masa bersalin. Tengahari warded sebab dah mula ada tanda nak bersalin, menjelang Maghrib, baby dah keluar (^^) . Time lunch tu kami dating lawat dia, rileks je lagi boleh borak-borak & jalan-jalan. Dan sebab dia takde time-time ni, maka google la sendiri cari supplier. Memang dari weeks 25 lagi aku dah survey & tanya-tanya kat FB. Dari description cara penggunaan tu, aku belum patut guna lagi, yang patut mula adalah bakal mummy yang pregnant 30 weeks above. So, hold lah untuk beli.

Sampailah semalam (19/11/13) aku baru tersedar dari lamunan yang terhenti itu (Ces) yang aku patut dah mula guna. Elemek, kalau baru nak order, baru nak postage, lewat beberapa hari dah la kiranya kan? Beriya.Heuheu.

Pastu aku pun inbox seller yang aku pernah mesej sebelum ni. Nasib baik ready stock sentiasa ada dan, hari ni dah dapat! Super fast punya service, 5 star nak bagi kalau dia mintak. Hehe. So hari ni dah mula apply. Tapi..tapi.. mungkin minyak ni betul-betul pure, bau dia kusss semangat. Macam bau kelapa ori. Perfume gi office la ni. Melintas sebelah orang semerbak bau kelapa. Wangi~~~ Ko hade?Hahaha.

Menjelang minggu ke 37++, cara pengambilan adalah dengan menyapu + telan. Sebelum beli,aku plan nak sapu minyak ni kat perut untuk atasi stretch mark. Tapi sebab bau kuat sangat, terpaksa la stick pada minyak zaitun Safi. Wangi sikit :D

Berkesan atau tak pada aku, kena tengoklah nanti. Hope dipermudahkan bersalin secara normal macam mommies yang lain. Dan kalau ada yang nak beli & mendapat servis yang terbaik~~! Sila lah PM orang ini. Servis laju + tak kerek nak layan mesej customer.

Tuesday, November 19, 2013

Kisah Appointment


Assalamualaikum!

Salam sejahtera ka atas kamu.
Semalam ke klinik untuk rutin bulanan. Alhamdulillah nurse guna dakwat biru untuk kali ni & last appointment, mean rekod berat & kesihatan cantik. Alhamdulillah2!

Kebiasaanya, rutin check up ni meliputi:
1.       Urine Test
2.       HB test (yang ni hujung jari kena cucuk sikit-alaaaa yang macam HIV test tu)
3.       Berat badan
4.       Ukuran perut (Size ideal dengan week atau x)
5.       Pastu nurse akan tekan-tekan perut untuk check kedudukan baby. Yang ni senak sikit.
6.       Tekanan darah

Last week 11/11/13, appointment dengan doctor, yang mana scan baby usia 28 weeks dilakukan, dan time tu baby dalam kedudukan songsang. Tapi Alhamdulillah, minggu ni, kedudukan kepala baby dah kat bawah (^^)

Tapi 30 weeks, nurse kata ruang dalam perut luas lagi, baby boleh pusing-pusing kuak lentang lagi.

Semalam jugak, kali kedua kena cucuk anti-kancing gigi(tetanus). Aku tanya nurse, berapa kali actually kena cucuk anti tetanus ni. Katanya dua kali bagi ibu yang hamil kali pertama. Bagi ibu-ibu yang pernah pregnant, sekali je. Tapi, if 1st pregnancy dulu mereka-mereka hanya dicucuk sekali, maka yang second kena la cucuk lagi.

Kali pertama kena cucuk, dah tau macamana rasa dia. Berbeza dengan cucuk ubat biasa, ubat ni memang terasa sakit. Boleh rasa ubat tu masuk oii. Pastu seharian badan lenguh, bagi yang tak kuat cam haku. Pastu berlaga bahu pulak dengan bahu suami. Tak ke nikmat tu?Fu~

So bila kali kedua nurse kata nak cucuk dalam keadaan mental tak sempat nak bersedia, tarikh nafas dalam-dalam la jadinya depan nurse tu. Sampai nurse tanya;
“Sebenarnya saya boleh cucuk awak ke tak ni?”
Eh. Boleh-boleh :D
Hahahaha! Memang aku takut jarum.Harap maklum.
Dan darah aku pulak hanya boleh diambil sampelnya bila dah betul-betul cucuk dalam.
 Cucuk sikit-sikit darah tak keluar ;|














Ada beberapa soalan yang tak berapa cerdik jugakla terpacul dari mulut aku time borak-borak dgn nurse tu. Uhuk uhuk.

Normal ke ada keputihan?
Normal selagi dia putih jernih tanpa ketulan. Kalau warna kuning/hijau and gatal-gatal, maybe ada infection, akan effect baby. Kena jaga kebersihan lebih sikit. And refer doctor.

Dah kena prepare beg dah ke?
Yang ni nurse gelak. Cis2! (==)’ Dia kata
"Bagus betul orang yang nasihat tu. Awal lagi ni yang. Tapi takpela, bagus jugak awal-awal siapkan. Sebab in-case lahir pra-matang or apa-apa hal'.
Bak kata suami, tak salah pun bersiap awal. Disebabkan kata-kata dia kerapkali boleh tahan 'masin', baik bersiap awal (o.0)