Wednesday, December 11, 2013

Persediaan Berpantang

Assalamualaikum W.B.T.
Sekarang dah masuk minggu ke 33. Sedikit demi sedikit petua dah mula diajar. Air sejuk dah berjaya tinggal. Aku sorang yang addict minuman berais. Tapi kata orang, sekarang kalau tak kawal, pantang nanti lagi lah susah nak kawal addiction tu.
Harapnya petua yang diketahui ni mampu lah di praktiskan nanti.

Meh nak share sikit :

1.       Akak office pesan, dah kena selalu kemut-kemutkan punggung sambil duduk saja-saja, perkara yang dia selalu buat & memudahkan proses bersalin dia.
2.       Bengkung moden (zip, strap, & seumpama dengannya) takkan sama kedap & ketatnya dengan bengkung tali tradisional. Which mean, bengkung tradisional lebih baik. Asalkan rajin. Mak pun pesan, nanti berpantang, kena rajin berbengkung, jangan malas-malas. Baik mak. Siapa yang tak mau bentuk badan ke asal. Kalau boleh, nak cantik lagi. Huhu.
3.       Mak bertegas suruh cari bengkung tali, & batu tungku yang betul. Nampak la kat situ betapa penting nya dua benda alah tu. N siap cakap nanti time panaskan tungku, kena letak sekali daun pandan +….(tak ingat).Petua orang tua-tua kot. Tapi aku tengah bingung lagi nak cari kat mana batu tungku yang betul tu.
4.       Ketika meneran nanti, jangan menjerit, sebab menjerit hanya akan mengurangkan tekanan teran tu. Kalau boleh jangan menjerit, supaya seluruh tenaga tertumpu pada proses meneran. Wow!

So far, untuk persediaan berpantang, aku baru bersedia ½ dari keperluan.
Insyaallah nanti nak amalkan Shaklee untuk dalaman, dan Nona Roguy untuk luaran.

Kalau baca review, memang serba salah. Dua-dua bagus.


Shaklee yang aku dah beli untuk dalaman, baru merangkumi Alfalfa, Zink Complex, Ostematrik, Lecithin & Omega Guard. Kalau ikut senarai set penuh; lagi 4 item yang aku takde, Vitamin C, Vita Lea (yg ni banyak lagi,sebab amal ketika pregnant ni), Vitamin B & ESP.

Kalau fulus mengizinkan next month, akan beli lagi 4 ni. Asalnya nak amalkan Nona Roguy selepas baca review mommies yang lain, tapi bila terbaca komen mengenai ada yang tak sesuai, effect alahan pada baby, so decide untuk amal supplement jela.

Risau sangat alahan, sebabnya berniat nak BF baby selama yang boleh. Set Shaklee ESP + Alfalfa adalah milk booster insyaallah. Lagi satu, pengalaman kawan yang melahir secara ceaser, jamu tak sesuai dengan dia katanya. Panas. Dia amal Shaklee, luka cepat sembuh. Tak tahu lagi macamana cara bersalin nanti (tapi harapnya,normal) ,so jalan selamat, beli yang sesuai untuk kedua-dua kaedah bersalin.

 And set ni bertahan selama lebih dari 2 bulan. Beli mahal, tapi boleh guna lama. Berbanding dengan set NR,selepas dah survey, 1 set bertahan selama sebulan. Campur tolak, kalau beli 2 set, sama harganya dengan 1 set Shaklee.
Set luaran pula, aku baru beli Minyak Herbanika & Krim Barut. 

Kata orang kedai, itu sahaja set luaran NR. Tapi bila google semula, set luaran dia jugak merangkumi Herbanika Lulur. Kena beli ke tak ye? Review ibu-ibu, Lulur tu boleh tanggalkan hitam-hitam pada badan .

Ala, sama macam lulur biasa la. Cuma,dia memanaskan badan jugak. Sound good.

Tapi 1 benda yang aku risau. Aku sorang yang mudah temper bila badan, especially kepala rasa panas. Cane nak berpantang dengan benda-benda panas ni? (==)’

Pak mentua cakap, nanti time pantang kena amal makan ikan haruan. Nanti dia boleh tolong beli. Yeay!Aku tak pernah makan haruan. Tapi keli favourite aku. Harapnya haruan sedap macam/lebih dari keli. Ermmmm.Nyum-nyum. Tapi pesan mak Nani Rostam, time berpantang jangan makan & minum bertambah.
 O ye, kalau ikut bacaan blog Nani Rostam, complicatednya cara berpantang ikut cara Melayu Pure. No wonder dia sangat gorgeous walau anak 7.

Kaedah berpantang step by step dari pagi ke malam, aku tak clear lagi. Cuma yang aku tahu secara general, seawal pagi dah kena mandi herba (ada ke herba nanti?), sapu minyak urut & bengkung, kemudian berbengkung. Sambil-sambil berbengkung, bertungku. Tungku di buat pagi, dan petang selepas Zohor. Mandi kena dua kali sehari. Selain daripada tu, tak pasti.

Thursday, December 5, 2013

Banjir Kuantan Disember 2013

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Tiba-tiba terasa emosi dengan cara pihak berkuasa memberi bantuan kepada mangsa .Mungkin sebab kawasan banjir yang terlibat terlalu luas maka bantuan menjadi lambat tapi kalau sampai 1 bot pun tak de, bukan ke tak logik namanya?

Makanan tak cukup, yakni kena berebut & at the end hanya dapat biskut kering,  itu situasi normal kalau dah duduk penempatan beramai-ramai macam tu tapi, orang luar yang nak membantu hantar makanan ni memang langsung tak lepas nak lalu coz takde pengangkutan bantuan disediakan.

Rata-rata yang nak redah banjir terpaksa mengharapkan ada lori atau pengangkutan berat lalu kawasan tu .Dahla bantuan tak de, nak bagi bantuan pun tak lepas. Weh.Wehhhhh…

Tengahari ni, aku gi klinik, monthly check up macam biasa untuk baby. Tapi serius, sepanjang laluan ke klinik aku rasa pressure, rasa cam nak marah semua kereta yang block laluan aku. Haih…baran  tak memasal. Time borak dengan nurse aku pun tanya, if aku nak harung banjir gi hantar makanan kat parents aku boleh tak. Nurse serba salah. Dia nasihatkan jangan. Okey.
 Tapi yang tak best nya bila other nurse membebel,
“Kawasan tu kawasan PKR kan? Mana pergi wakil rakyatnya? Ha..time ni la nak tengok cara dia bantu rakyat. Sape suruh g pangkah Keadilan kat situ”
Walawehhh..Time tu aku iye kan je. Mungkin betul tiada arahan/tindakan segera dari wakil rakyat terpilih.  Tapi yang buat aku bertambah emo bila balik dari klinik, terbaca synopsis video ni. Malas aku nak tengok, sebab watak utamanya, Bung. Buat tambah sakit hati je nanti.

Setakat ni, orang professional yang aku kenal, molek budi bahasanya, teratur bicaranya. Tapi kalau yang macam ni?Tak kisah undi apa pun, yang menjadi mangsa ni manusia. Bukan patung!

 Tiba-tiba handphone ringing. Ada call dari nurse tadi.
“Maisarah akak dah tanya doctor tadi, akak nak mintak tolong sangat awak janganlah gi redah banjir tu ye. Bukan apa,doctor kata 32 minggu ni, macam-macam boleh jadi. Kita risau. Maaf ye, kita faham Maisarah risau kan parents, tapi kami pun risau kandungan awak.Kalau betul nak gi, mintak suami jela yang redah ye?”.
Tiba-tiba sejuk sikit rasa.
Semua ni ujian Allah. Tapi ujian ni buat orang celik mata dengan cara pihak berkuasa punya persediaan. Nampak sangat tak bersedia. Bulan November, normally memang musim hujan di Pantai Timur. Tak biasa/makan gaji buta?
Bahagian dapur.Peti ais tu cuba diselamatkan dengan diletak atas gas masak. Tapi menurut adik, ketika diorang datang jenguk kemudian, peti ais dah senget & hampir jatuh.
Dalam bilik.
Ruang tamu. Time ni air cetek sangat sebab baru naik. Air naik sampai paras pinggang.
Dalam pagar. Depan rumah ni jadi macam sungai & dari pengalaman lepas, air depan rumah ni memang laju, sampai orang boleh hanyutkan mesin basuh diorg untuk dibuang.N mesin tu hanyut dengan laju. Boleh imagine betapa lajunya arus dia? 

Friday, November 29, 2013

Semoga Bahagia Bersama Sampai Habis Nyawa~ ❤❤


Selamat Ulangtahun perkahwinan yang pertama to me & husband!

10 Muharram yang lepas, Khamis, setahun genap kami sebagai suami isteri. Alhamdulillah. Semoga jodoh & rasa cinta antara kami kekal hingga hujung nyawa. Segan nak tulis ‘till Jannah’. Coz tak baik mana pun diri ini,banyak kena usaha (==)’.

Rasa macam baru je lagi jadi pengantin, gelaran ‘suami’ tu macam baru je nak serap dalam saraf-saraf otak ni.  Rasa macam banyak kali nak kena ingatkan diri sendiri ni ‘Aku isteri dia.Aku isteri dia’. Bukan pe, feeling GF-Bf lagi. Ngehngeh. And yes, sesi berkenalan tak habis lagi. Fu ~

Perkenalan bermula bila aku ditempatkan untuk Latihan Industri kat Isuzu Pekan. Under PC Department (lupa dah PC tu apa,personal computer aku tau la:P) . Pejabat aku di atas, dia diaras bawah. 3 bulan je training nya. Bulan Julai-September 2009. Time tu umur aku 22 tahun.

Isuzu, majority nya lelaki. Orang kata, kat situ makcik cleaner pun glamer. Haha.  So HR awal-awal lagi nasihat, kalau ada bunyi ‘swit2’ tu, buat dunno jela. Yela, bila tgk environment keje kat Isuzu tu pun, bagi aku, memboringkan~! Enjin.Spare part.Mesin.Kereta.Tayar.Enjin.Spare part.Mesin.kereta.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Boring~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mana tak kacau org jadinya pekerja-pekerja kat situ.   Sekarang aku tgk dah lawa sikit, landskap dah banyak. Bertambah banyak pokoks-pokoksss and munge-mungeee~

Tiap-tiap pagi, ada 1 port yang setiap pagi sebelum start bersenam, berkumpul budak-budak laki kat situ. Dan tiap-tiap pagi jugakla aku terpaksa melintas situ untuk ke office. Dalam ramai-ramai tu, ada 1 suara yang constant setiap pagi beri salam. Tapi aku tak tau suara sape. Segan aih nak pandang. Kalau time tu aku bawak botol air, tiap-tiap kali bawak tu la dia tegur botol air aku tu cun. Tapi memang cun pun botol tu,kaler pink! Hahah. Ada lagi sampai sekarang :D

Lepas lama macam tu, tiba-tiba 1 hari, dapat sms dari someone.

“Salam, ni Maisarah ke,yang praktikal kat Isuzu Pekan”
“Nope, saya praktikal di Semambu,sape ni?”
“Eh,bukan awak ke yang pakai baju biru tadi?”
“Hari-hari saya pakai baju biru”                                                   Hahahahahaha! :D

Baju biru blup blup
Seronok berbalas SMS dengan dia ni. Dengar suara through phone pun bunyinya matured. Walau tak kenal sape. Tapi lama-lama cam segan-segan pun ada nak datang praktikal. Sape dia ni..sape dia ni..

Lama-lama, dia nak perkenalkan diri. Satu hari, on the way balik jalan kaki keluar dari kilang, tiba-tiba ada orang laki jalan sebelah ,seiring jalan, buat muka ‘selenge’ je. Oh, dia rupanya. Tinggi macam galah.
Comel  ;)

Dia suruh teka berapa umur dia.

"28"    
Terkedu orang tu.
"Baru 25 la cik adik"
Ingatkan yang keje kat situ seme dewasa. Ada jugak yang muda belia lagi rupanya :P

Mungkin dah jodoh, selesa sangat berkawan dengan dia. Time sedih-sedih dia bagi nasihat yang kadang-kadang tak terlintas dek kepala otak aku. Yela, maybe sebab beza 3 tahun, bekerja, dah lebih dulu bergaul dengan macam-macam orang. Macam abang-abang. Macam mak-mak pun ada kalau dah start membebel :P

Satu hari, dia ajak keluar. For the 1 st time .Sebelum keluar, dia terus bawak jumpa mak ayah dia. Okeh,touching. Bukan senang nak jumpa yang ikhlas zaman sekarang. And,nasib baik dia perkenalkan dengan mak ayah dia. Kira sempat jugaklah aku jumpa dengan arwah MIL. Wuwuw~

Dia nak jumpa parents aku plak, tapi aku yang takut nak bawak. Tak habis belajar lagi dah nak bercinta, bawak balik bakal menantu. Gatal ! Uuuuu..
3 tahun, tapi memang  susah nak jumpa dia .Kadang-kadang rasa tak tabah dengan hubungan kami. Istikarah, nampak dia. So stick dengan dia.  
Aku belajar di Johor,dia bekerja di Pekan. Kalau balik Kuantan sekalipun, no dating. No no no~ Bila dah kerja, aku di Cyberjaya pulak. So kalau nak jumpa,harap time dia datang KL je la.
Akhirnya lepas aku hampir setahun bekerja, kami decide untuk seriuskan ikatan. Walau dah tau duit tak cukup, gamble jek bincang dengan family tarikh bertunang & kahwin.Lepas dah bincang tu la baru mai kecut perut. Mana nak cekau duit Ooooo~

Rezeki dari Allah untuk diri masjid, dalam masa setahun sempat kumpul duit + bantuan mak ayah adik beradik,& family si dia, maka kami mengikat tali pertunangan 25.8.2012.

Ikatan selama 3 bulan. Tapi tu pun sempat menyelit gaduh yang banyak. Tu pun of course aku la yang byk meroyan. Cemburu curiga sensitif & macam-macam feel yang ntah pape semua ada! Nasib baik 3 bulan je! Fu ~
Preparation untuk wedding memang memenatkan. Tapi semua rasa penat tu automatik hilang lepas si dia selesai membaca akad nikah,dengan lajunya!Haha. Magis.

Lepas nikah, duduk serumah, macam-macam karakter si dia yang baru dikenali. Kadang-kadang ada tersalah faham sebab sedang ‘mengenali’. Betullah orang cakap, lama mana pun ‘couple’, perangai sebenar lepas kawin itu lain. And mengenali karakter baru dia, buat aku makin sayang. 

Masing-masing tak perfect. Tapi pasangan yang dikurniakan dari Allah ni, nampak perfect di mata aku. ❤❤❤