Thursday, December 5, 2013

Banjir Kuantan Disember 2013

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Tiba-tiba terasa emosi dengan cara pihak berkuasa memberi bantuan kepada mangsa .Mungkin sebab kawasan banjir yang terlibat terlalu luas maka bantuan menjadi lambat tapi kalau sampai 1 bot pun tak de, bukan ke tak logik namanya?

Makanan tak cukup, yakni kena berebut & at the end hanya dapat biskut kering,  itu situasi normal kalau dah duduk penempatan beramai-ramai macam tu tapi, orang luar yang nak membantu hantar makanan ni memang langsung tak lepas nak lalu coz takde pengangkutan bantuan disediakan.

Rata-rata yang nak redah banjir terpaksa mengharapkan ada lori atau pengangkutan berat lalu kawasan tu .Dahla bantuan tak de, nak bagi bantuan pun tak lepas. Weh.Wehhhhh…

Tengahari ni, aku gi klinik, monthly check up macam biasa untuk baby. Tapi serius, sepanjang laluan ke klinik aku rasa pressure, rasa cam nak marah semua kereta yang block laluan aku. Haih…baran  tak memasal. Time borak dengan nurse aku pun tanya, if aku nak harung banjir gi hantar makanan kat parents aku boleh tak. Nurse serba salah. Dia nasihatkan jangan. Okey.
 Tapi yang tak best nya bila other nurse membebel,
“Kawasan tu kawasan PKR kan? Mana pergi wakil rakyatnya? Ha..time ni la nak tengok cara dia bantu rakyat. Sape suruh g pangkah Keadilan kat situ”
Walawehhh..Time tu aku iye kan je. Mungkin betul tiada arahan/tindakan segera dari wakil rakyat terpilih.  Tapi yang buat aku bertambah emo bila balik dari klinik, terbaca synopsis video ni. Malas aku nak tengok, sebab watak utamanya, Bung. Buat tambah sakit hati je nanti.

Setakat ni, orang professional yang aku kenal, molek budi bahasanya, teratur bicaranya. Tapi kalau yang macam ni?Tak kisah undi apa pun, yang menjadi mangsa ni manusia. Bukan patung!

 Tiba-tiba handphone ringing. Ada call dari nurse tadi.
“Maisarah akak dah tanya doctor tadi, akak nak mintak tolong sangat awak janganlah gi redah banjir tu ye. Bukan apa,doctor kata 32 minggu ni, macam-macam boleh jadi. Kita risau. Maaf ye, kita faham Maisarah risau kan parents, tapi kami pun risau kandungan awak.Kalau betul nak gi, mintak suami jela yang redah ye?”.
Tiba-tiba sejuk sikit rasa.
Semua ni ujian Allah. Tapi ujian ni buat orang celik mata dengan cara pihak berkuasa punya persediaan. Nampak sangat tak bersedia. Bulan November, normally memang musim hujan di Pantai Timur. Tak biasa/makan gaji buta?
Bahagian dapur.Peti ais tu cuba diselamatkan dengan diletak atas gas masak. Tapi menurut adik, ketika diorang datang jenguk kemudian, peti ais dah senget & hampir jatuh.
Dalam bilik.
Ruang tamu. Time ni air cetek sangat sebab baru naik. Air naik sampai paras pinggang.
Dalam pagar. Depan rumah ni jadi macam sungai & dari pengalaman lepas, air depan rumah ni memang laju, sampai orang boleh hanyutkan mesin basuh diorg untuk dibuang.N mesin tu hanyut dengan laju. Boleh imagine betapa lajunya arus dia? 

No comments:

Post a Comment