Wednesday, December 11, 2013

Persediaan Berpantang

Assalamualaikum W.B.T.
Sekarang dah masuk minggu ke 33. Sedikit demi sedikit petua dah mula diajar. Air sejuk dah berjaya tinggal. Aku sorang yang addict minuman berais. Tapi kata orang, sekarang kalau tak kawal, pantang nanti lagi lah susah nak kawal addiction tu.
Harapnya petua yang diketahui ni mampu lah di praktiskan nanti.

Meh nak share sikit :

1.       Akak office pesan, dah kena selalu kemut-kemutkan punggung sambil duduk saja-saja, perkara yang dia selalu buat & memudahkan proses bersalin dia.
2.       Bengkung moden (zip, strap, & seumpama dengannya) takkan sama kedap & ketatnya dengan bengkung tali tradisional. Which mean, bengkung tradisional lebih baik. Asalkan rajin. Mak pun pesan, nanti berpantang, kena rajin berbengkung, jangan malas-malas. Baik mak. Siapa yang tak mau bentuk badan ke asal. Kalau boleh, nak cantik lagi. Huhu.
3.       Mak bertegas suruh cari bengkung tali, & batu tungku yang betul. Nampak la kat situ betapa penting nya dua benda alah tu. N siap cakap nanti time panaskan tungku, kena letak sekali daun pandan +….(tak ingat).Petua orang tua-tua kot. Tapi aku tengah bingung lagi nak cari kat mana batu tungku yang betul tu.
4.       Ketika meneran nanti, jangan menjerit, sebab menjerit hanya akan mengurangkan tekanan teran tu. Kalau boleh jangan menjerit, supaya seluruh tenaga tertumpu pada proses meneran. Wow!

So far, untuk persediaan berpantang, aku baru bersedia ½ dari keperluan.
Insyaallah nanti nak amalkan Shaklee untuk dalaman, dan Nona Roguy untuk luaran.

Kalau baca review, memang serba salah. Dua-dua bagus.


Shaklee yang aku dah beli untuk dalaman, baru merangkumi Alfalfa, Zink Complex, Ostematrik, Lecithin & Omega Guard. Kalau ikut senarai set penuh; lagi 4 item yang aku takde, Vitamin C, Vita Lea (yg ni banyak lagi,sebab amal ketika pregnant ni), Vitamin B & ESP.

Kalau fulus mengizinkan next month, akan beli lagi 4 ni. Asalnya nak amalkan Nona Roguy selepas baca review mommies yang lain, tapi bila terbaca komen mengenai ada yang tak sesuai, effect alahan pada baby, so decide untuk amal supplement jela.

Risau sangat alahan, sebabnya berniat nak BF baby selama yang boleh. Set Shaklee ESP + Alfalfa adalah milk booster insyaallah. Lagi satu, pengalaman kawan yang melahir secara ceaser, jamu tak sesuai dengan dia katanya. Panas. Dia amal Shaklee, luka cepat sembuh. Tak tahu lagi macamana cara bersalin nanti (tapi harapnya,normal) ,so jalan selamat, beli yang sesuai untuk kedua-dua kaedah bersalin.

 And set ni bertahan selama lebih dari 2 bulan. Beli mahal, tapi boleh guna lama. Berbanding dengan set NR,selepas dah survey, 1 set bertahan selama sebulan. Campur tolak, kalau beli 2 set, sama harganya dengan 1 set Shaklee.
Set luaran pula, aku baru beli Minyak Herbanika & Krim Barut. 

Kata orang kedai, itu sahaja set luaran NR. Tapi bila google semula, set luaran dia jugak merangkumi Herbanika Lulur. Kena beli ke tak ye? Review ibu-ibu, Lulur tu boleh tanggalkan hitam-hitam pada badan .

Ala, sama macam lulur biasa la. Cuma,dia memanaskan badan jugak. Sound good.

Tapi 1 benda yang aku risau. Aku sorang yang mudah temper bila badan, especially kepala rasa panas. Cane nak berpantang dengan benda-benda panas ni? (==)’

Pak mentua cakap, nanti time pantang kena amal makan ikan haruan. Nanti dia boleh tolong beli. Yeay!Aku tak pernah makan haruan. Tapi keli favourite aku. Harapnya haruan sedap macam/lebih dari keli. Ermmmm.Nyum-nyum. Tapi pesan mak Nani Rostam, time berpantang jangan makan & minum bertambah.
 O ye, kalau ikut bacaan blog Nani Rostam, complicatednya cara berpantang ikut cara Melayu Pure. No wonder dia sangat gorgeous walau anak 7.

Kaedah berpantang step by step dari pagi ke malam, aku tak clear lagi. Cuma yang aku tahu secara general, seawal pagi dah kena mandi herba (ada ke herba nanti?), sapu minyak urut & bengkung, kemudian berbengkung. Sambil-sambil berbengkung, bertungku. Tungku di buat pagi, dan petang selepas Zohor. Mandi kena dua kali sehari. Selain daripada tu, tak pasti.

No comments:

Post a Comment