Tuesday, December 31, 2013

Kencing Manis Ketika Hamil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kejap lagi ada appointment di klinik. Last week, macam tragedy pulak. On Monday, dapat result 3rd stage ujian air gula, tersangkut pulak kencing manis. Haiiii lah~~!

Sebelum minum air gula, reading darah adalah 4.7 mmol.
Selepas minum, 8.3 mmol!

So pada hari tu jugak, instead of kena bebel dengan nurse, aku kena refer dietitian. Dia advice suruh banyakkan minum air masak & kurangkan minum manis je. Memang a week sebelum ujian 3rd stage tu, aku kerap minum milo tiap kali lapar, n selalu terliur kek! Secret Recipe pulak baru bukak dekat dengan umah ni ha. Hapo laie~

Dan hari esoknya, aku kena lalui Blood Sugar Profile test.
Malam sebelumnya, bermula jam 11 malam,aku kena berpuasa. So 1st test darah esoknya adalah pukul 9.30am. Hasil bacaan : 4.4mmol. Sampel darah diambil dari urat lengan,banyak sikit la yang diambil.Selepas tu baru aku ambil breakfast; milo segelas.

Next jam 11.30am : 4.6mmol. Bacaan kedua,tiga & empat, sampel darah diambil dari hujung jari sahaja. Selepas ujian ni aku makan roti coklat & air masak sahaja.

Next, jam 6 petang ,disebabkan aku hanya makan roti & air masak, gap pulak lama between 11.30am-6 pm, so bacaan jadi 4.1mmol. Lepas pada tu memang aku lapar amat. Tibai biskut Jacob Hi-Fibre 2 peket (6keping).

9pm : 5.7 mmol. Terkejut! Biskut kering Hi Fibre tu pun boleh naikkan readings sampai 1.6mmol. Wallah~

Alhamdulillah, keempat-empat bacaan lepas & cantik. Bacaan sepatutnya adalah 3<Normal<6  .Lepas ujian keempat terus ajak suami makan tomyam. Sangat laparrrrrrr.

Disebabkan risau,takde ilmu tapi hasil cariann di google sangat-sangat menakutkan mengenai risiko kencing manis pada bayi, maka aku pun bertanya sana-sini kat FB. Yang tak kenal semuanya. Tapi Alhamdulillah masih dikelilingi oleh orang-orang yang baik, mereka tak lokek berkongsi pengalaman.  

Soalan kepada salah sorang ahli group di FB



Komen dan pandangan dari FB page






Akak ni banyak pengalaman dalam bidang perbidanan


























Dan dia ada blog untuk rujukan.

Jemputlah refer (^^)



P/S : Saya adalah dropship bagi butik Mrs.Rxns dari Terengganu. Klik sini untuk sebarang pertanyaan produk &   melihat pilihan-pilihan lain.Dijamin kualiti dan pilihan yang cantik-cantik  ❤


Tuesday, December 24, 2013

Persiapan Beg Ibu ke Hospital

Assalamualaikum, Salam sejahtera ke atas kamu.

Alhamdulillah, mummy’s beg dah hampir siap kemas. Sikit aje barang yang akan di bawa. Sikit, tapi bermasalah pulak dengan beg yang kecik. Maybe terpaksa beli picnic basket kot. Senang nak keluarkan barang nanti & boleh isi banyak barang.
Antara item yang dah dikemas adalah :
1.       Kain batik 2 helai
2.       T shirt 1 helai (Sengaja bawa yang ada butang di dada supaya senang in-case nak susukan baby)
3.       Tuala 1 helai
4.       Seluar dalam 5 helai
5.       Nursing bra 3 helai
6.       Jubah 2 helai (Untuk pakai ketika di hospital & ketika keluar nanti,senang untuk sarung je, I is failed bab ikat batik dengan kemas.Fu ~)
7.       Disposable Nursing Pad 8 keping
8.       Maternity Pad 8 keping
9.       Breast pump,botol susu  & Storage Bottle
1.     Bedak, deodorant, minyak zaitun.

Barang yang belum kemas lagi adalah :
1.       Air Zam-zam
2.       Minyak/Air Selusuh
3.       Charger Handphone
4.       Berus gigi,ubat gigi, sabun muka & mandi
5.       Termos & makanan.
6.       Telekung Travel
7.       Baju sejuk
S.       Stokin

Beg baby pulak, dah lama siap kemas. Dah disimpan dalam bonet kereta, Suami siap bungkus dalam plastik tak bagi beg tu kotor (^^)


P/S :   Saya adalah agen Produk Shaklee. Mahukan produk ini dengan harga rendah?Klik sini & PM saya. Ini produk kesihatan terbaik & paling meyakinkan yang pernah saya cuba,jangan gusar untuk 'melabur' bagi produk yang berbaloi ini ❤

Saturday, December 14, 2013

Ada Beza



Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas kamu.

Bezanya semangat kerja yang dulu & sekarang. Totally feel demotivated. Nak kata berpunca dari gaji? Tak. Aku bersyukur seadanya taraf gaji dengan rate living cost kat Pekan ni. Tapi lebih kepada penat.

Bila datang rasa tak tabah, memang aku akan merungut. Aku manusia biasa jugak. Sebenarnya, untuk pupuk rasa tabah, adalah dengan tidak merungut. Layankan aje. Tapi, serius. Bila dah badan rasa penat, otak memang tak leh cerna benda baik dengan baik. Hukhuk. Mangsa yang terpaksa dengar ; suami.

Apabila kena kerja pada hari Sabtu, awal-awal dulu aku boleh terima. Tapi makin lama, makin aku mempersoalkan kenapa kena kerja Sabtu. Kenapa? Orang lain aku tengok rileks je kerja, tapi aku tak. Dey all memang tabah. 
Alasan aku : Sebab bagi aku, 1 hari saja cuti,Ahad, tak sempat untuk aku refresh semangat kerja & rehatkan fizikal.

Dulu, takde istilah Monday blues dalam kamus kerja aku. Sebab cuti pada hari Sabtu membolehkan aku rehat betul-betul & buat kerja rumah sampai lelah. Ahadnya sama ada jalan-jalan/duduk je habiskan masa di rumah & bersedia untuk tempuh minggu baru keesokannya.

Tapi tidak sekarang. Dalam 1 hari itu lah nak kejar segala kerja rumah yang ditinggalkan sepanjang weekdays.Hari itu jugaklah pasang angan nak berjalan-jalan. Tapi most of the time duduk rumah je. Ending ; Ahad yang penat & mengharap esoknya cuti lagi untuk berehat pula. Maka terjadilah Monday blues. Dan lama-lama, sepanjang minggu tu aku terasa berat nak jadi pekerja yang efisien. Tak produktif. Dan mungkin, tak berkat. 
Dan sekarang aku tengah terfikir, nanti aku ada masa untuk habiskan hari dengan anak, Ahad je?
Bukan sekali dua aku 'merungut'

**Rindu nak berweekend di rumah**



P/S : Saya adalah dropship bagi butik Mrs.Rxns dari Terengganu. Klik sini untuk sebarang pertanyaan produk &   melihat pilihan-pilihan lain.Dijamin kualiti dan pilihan yang cantik-cantik  ❤