Tuesday, December 31, 2013

Kencing Manis Ketika Hamil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kejap lagi ada appointment di klinik. Last week, macam tragedy pulak. On Monday, dapat result 3rd stage ujian air gula, tersangkut pulak kencing manis. Haiiii lah~~!

Sebelum minum air gula, reading darah adalah 4.7 mmol.
Selepas minum, 8.3 mmol!

So pada hari tu jugak, instead of kena bebel dengan nurse, aku kena refer dietitian. Dia advice suruh banyakkan minum air masak & kurangkan minum manis je. Memang a week sebelum ujian 3rd stage tu, aku kerap minum milo tiap kali lapar, n selalu terliur kek! Secret Recipe pulak baru bukak dekat dengan umah ni ha. Hapo laie~

Dan hari esoknya, aku kena lalui Blood Sugar Profile test.
Malam sebelumnya, bermula jam 11 malam,aku kena berpuasa. So 1st test darah esoknya adalah pukul 9.30am. Hasil bacaan : 4.4mmol. Sampel darah diambil dari urat lengan,banyak sikit la yang diambil.Selepas tu baru aku ambil breakfast; milo segelas.

Next jam 11.30am : 4.6mmol. Bacaan kedua,tiga & empat, sampel darah diambil dari hujung jari sahaja. Selepas ujian ni aku makan roti coklat & air masak sahaja.

Next, jam 6 petang ,disebabkan aku hanya makan roti & air masak, gap pulak lama between 11.30am-6 pm, so bacaan jadi 4.1mmol. Lepas pada tu memang aku lapar amat. Tibai biskut Jacob Hi-Fibre 2 peket (6keping).

9pm : 5.7 mmol. Terkejut! Biskut kering Hi Fibre tu pun boleh naikkan readings sampai 1.6mmol. Wallah~

Alhamdulillah, keempat-empat bacaan lepas & cantik. Bacaan sepatutnya adalah 3<Normal<6  .Lepas ujian keempat terus ajak suami makan tomyam. Sangat laparrrrrrr.

Disebabkan risau,takde ilmu tapi hasil cariann di google sangat-sangat menakutkan mengenai risiko kencing manis pada bayi, maka aku pun bertanya sana-sini kat FB. Yang tak kenal semuanya. Tapi Alhamdulillah masih dikelilingi oleh orang-orang yang baik, mereka tak lokek berkongsi pengalaman.  

Soalan kepada salah sorang ahli group di FB



Komen dan pandangan dari FB page






Akak ni banyak pengalaman dalam bidang perbidanan


























Dan dia ada blog untuk rujukan.

Jemputlah refer (^^)



P/S : Saya adalah dropship bagi butik Mrs.Rxns dari Terengganu. Klik sini untuk sebarang pertanyaan produk &   melihat pilihan-pilihan lain.Dijamin kualiti dan pilihan yang cantik-cantik  


No comments:

Post a Comment