Saturday, December 14, 2013

Ada Beza



Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas kamu.

Bezanya semangat kerja yang dulu & sekarang. Totally feel demotivated. Nak kata berpunca dari gaji? Tak. Aku bersyukur seadanya taraf gaji dengan rate living cost kat Pekan ni. Tapi lebih kepada penat.

Bila datang rasa tak tabah, memang aku akan merungut. Aku manusia biasa jugak. Sebenarnya, untuk pupuk rasa tabah, adalah dengan tidak merungut. Layankan aje. Tapi, serius. Bila dah badan rasa penat, otak memang tak leh cerna benda baik dengan baik. Hukhuk. Mangsa yang terpaksa dengar ; suami.

Apabila kena kerja pada hari Sabtu, awal-awal dulu aku boleh terima. Tapi makin lama, makin aku mempersoalkan kenapa kena kerja Sabtu. Kenapa? Orang lain aku tengok rileks je kerja, tapi aku tak. Dey all memang tabah. 
Alasan aku : Sebab bagi aku, 1 hari saja cuti,Ahad, tak sempat untuk aku refresh semangat kerja & rehatkan fizikal.

Dulu, takde istilah Monday blues dalam kamus kerja aku. Sebab cuti pada hari Sabtu membolehkan aku rehat betul-betul & buat kerja rumah sampai lelah. Ahadnya sama ada jalan-jalan/duduk je habiskan masa di rumah & bersedia untuk tempuh minggu baru keesokannya.

Tapi tidak sekarang. Dalam 1 hari itu lah nak kejar segala kerja rumah yang ditinggalkan sepanjang weekdays.Hari itu jugaklah pasang angan nak berjalan-jalan. Tapi most of the time duduk rumah je. Ending ; Ahad yang penat & mengharap esoknya cuti lagi untuk berehat pula. Maka terjadilah Monday blues. Dan lama-lama, sepanjang minggu tu aku terasa berat nak jadi pekerja yang efisien. Tak produktif. Dan mungkin, tak berkat. 
Dan sekarang aku tengah terfikir, nanti aku ada masa untuk habiskan hari dengan anak, Ahad je?
Bukan sekali dua aku 'merungut'

**Rindu nak berweekend di rumah**



P/S : Saya adalah dropship bagi butik Mrs.Rxns dari Terengganu. Klik sini untuk sebarang pertanyaan produk &   melihat pilihan-pilihan lain.Dijamin kualiti dan pilihan yang cantik-cantik  



No comments:

Post a Comment