Tuesday, July 30, 2013

Puasa & Hamil

Salam sejahtera ke atas kamu!

Alhamdulillah puasa dah hampir sebulan, lagi beberapa hari,mission accomplished!
Puasa tewas selama 2 hari, tertinggalnya puasa tersebut pulak, pada hari bekerja, Jumaat & Sabtu! 

Macam-macam rasa rupanya bila puasa dlm keadaan cani, dahaga, lemah lain macam.

1st day terbuka puasa tersebut sebab risau tgk urin keruh + tekak sangat-sangat kering. 
Tapi yg x syok nya bila dah sampai office mana leh minum sesedap rasa. Kejap-kejap kena kunci pantry untuk minum air, air masak sahaja... Ihik.

2nd day terbukak puasa, time ni banyak sangat bergerak sana sini sampai
 lenguh lutut + tekak kering amat.
Hilang daya. Pun sama, berbuka & hilangkan letih dengan air masak je.
Tapi time masak untuk berbuka, confident lain macam,sbb : boleh merasa masakan dengan jayanya. Ngehngeh!

Dan ada jugak la hari-hari lain yang merayu-rayu kat en.suami, 
'Nak berbuka..nak berbukaaaaaa.Pewhlisss'
Pastu kena gelak.

'Siannya..orang tu dah biasa 'cuti' time puasa..kali ni tak boleh..hahaha.'

Fine (=.=)'

Tapi lepas dah tertinggal puasa 2 hari tu, ragu-ragu pulak pasal qada & fidyah.
Bincang-bincang dengan kak ipar,

1. Kalau berbuka sebab risaukan kesihatan diri sahaja : Qada
2. Kalau berbuka sebabkan risaukan kandungan : Qada & Fidyah

Aku rasa dua-dua hari berbuka tu adalah sebab aku sendiri yang x larat. Kategori mana ye?
And aku google jugak sebab kukuh wanita boleh berbuka puasa, yela, takut aku ni termasuk dalam kategori nak berbuka sebab ngada-ngada. Ces.


1. Rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun telah berehat selama 30 minit hingga sejam.

2. Rasa loya dan mula muntah sehingga tiada cara lain selain memakan ubat penahan muntah.

3. Rasa sangat haus, warna air kencing menjadi keruh dan baunya sangat hancing, menandakan fenomena dehidrasi. Bila dehidrasi berlaku, wanita hamil akan berasa amat lemah dan membahayakan diri dan bayinya. Beliau haruslah berbuka, jika perlu meminum air atau dimasukkan air saline ke dalam saluran darahnya secara intravenous.

4. Jika umur kehamilan melebihi 20 minggu dan bilangan pergerakan bayi dalam rahim menjadi kurang daripada 10 kali pergerakan. Kebiasaanya bayi akan bergerak selepas ibunya makan kerana pada masa itu bayi dalam rahim mendapat nutrisi yang dibekalkan. Kekurangan pergerakan bayi menunjukkan bayi itu memerlukan nutrien dan berada dalam keadaan bahaya. Adakalanya apabila wanita hamil berbuka puasa, pergerakan bayi dapat dirasakan semula.

5. Rasa sakit perut memulas-mulas seperti mahu melahirkan. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang. Dengan makan dan minum, nutrien dapat diberikan kepada bayi dan proses kelahiran pra matang dapat dielakkan.

6. Berat wanita hamil tidak bertambah atau mengalami kekurangan berat badan. Ini bermakna tenaga dan nutrien yang disimpan semakin berkurangan yang sepatutnya disimpan secukupnya untuk proses kelahiran nanti.

7. Mengalami sakit kepala atau demam yang memerlukan wanita hamil harus memakan ubat untuk melegakan kesakitan dan demamnya.


Ok, aku kategori ketiga. Heeee!


No comments:

Post a Comment